2010–2019
Roh-Nya Bersama Mu
April 2018


Roh-Nya Bersama Mu

Saya berdoa dengan segala hatiku semoga anda akan dengar suara Roh, yang dihantar kepada anda dengan murah hati.

Saudara dan saudari, saya bersyukur atas peluang untuk berucap kepada anda pada hari Sabat Tuhan, dalam persidangan umum Gereja-Nya, pada musim Easter. Saya bersyukur kepada Bapa Syurgawi kita kerana kurnia Putera Terkasih-Nya, yang datang ke bumi secara sukarela untuk menjadi Penebus kita. Saya bersyukur untuk mengetahui bahawa Dia menebus dosa-dosa kita dan bangkit dalam Kebangkitan. Setiap hari saya diberkati untuk mengetahui bahawa, kerana Korban Tebusan-Nya, pada suatu hari, saya boleh dibangkitkan untuk hidup selama-lamanya bersama keluarga.

Saya tahu perkara-perkara ini dengan satu-satunya cara kita semua boleh tahu. Roh Kudus sudah berucap kepada minda dan hati saya bahawa ini benar—bukan sekali sahaja tetapi selalunya. Saya sudah perlukan kesenangan hati yang berterusan itu. Kita semua mengalami tragedi di mana kita perlukan penenangan Roh. Saya dapat rasa penenangan itu pada hari saya berdiri bersama bapa dalam satu hospital. Kami memerhati ibu saya bernafas dengan susah—dan kemudian henti bernafas. Semasa kami memandang mukanya, dia bersenyum semasa kesakitan meninggal tubuh badannya. Sekejap kemudian, bapa saya berucap. Dia kata, “Anak perempuan Tuhan telah pun pulang ke rumah.”

Dia berucap dengan lembut. Wajahnya tenang. Dia berucap tentang sesuatu yang sudah dia tahu adalah benar. Dengan senyap, dia mula mengemaskan barang-barang ibu. Dia pergi ke ruang depan hospital untuk berucap terima kasih kepada para jururawat dan doktor yang menjaga ibu.

Bapa saya memiliki penemanan Roh Kudus pada saat itu untuk merasa, untuk mengetahui, dan untuk melakukan apa yang dia lakukan hari itu. Seperti orang ramai, dia sudah menerima janji: “Agar mereka boleh memiliki Roh-Nya bersama mereka” (A&P 20:79).

Matlamat saya hari ini adalah untuk meningkatkan keinginan dan keupayaan anda untuk menerima Roh Kudus. Ingatlah, Roh Kudus ialah ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan. Bapa dan Putera ialah makhluk yang telah dibangkit. Roh Kudus ialah lembaga Roh. (Lihat A&P 130:22.) Anda boleh pilih untuk menerima Dia atau tidak dan mengalu-alukan Dia ke dalam hati dan minda anda.

Syarat-syarat untuk menerima berkat ilahi ini jelas dalam kata-kata yang diucapkan setiap minggu tetapi mungkin kita tidak selalunya memahami mereka. Untuk memiliki Roh-Nya, kita mesti “selalu mengingati” Juruselamat dan “taat kepada perintah-perintah-Nya” (A&P 20:77).

Masa ini menolong kita mengingati korban Juruselamat dan kebangkitan-Nya dari makam. Ramai kita dapat menggambarkan imej-imej ini dalam minda kita. Saya pernah berdiri di luar satu makam di Yerusalem bersama isteri saya. Ramai orang percaya makam itu ialah makam di mana Juruselamat yang disalibkan keluar sebagai Tuhan yang hidup dan sudah bangkit.

Pemandu pelancong hari itu kata kepada kami, “Mari, lihatlah satu makam yang kosong.”

Kami menundukkan kepala untuk masuk ke dalam. Kami nampak satu bangku batu bersandar pada satu dinding. Tetapi satu gambar lain datang ke minda saya, sebenar dan nyata seperti saya nampak hari itu. Imej itu ialah Maria, yang ditinggalkan oleh para Rasul di makam itu. Roh biarkan saya melihat imej itu dan dengar dalam minda saya, sejelas seperti saya berdiri di sana:

“Maria berdiri sambil menangis di hadapan kubur. Sambil menangis dia menjenguk ke dalam kubur itu.

“Dia melihat dua malaikat berpakaian putih, duduk di tempat jenazah Yesus dibaringkan dahulu, satu malaikat pada sebelah kepala dan satu lagi pada sebelah kaki.

“Malaikat-malaikat ini bertanya kepadanya, Puan, mengapa menangis? Maria menjawab, Jenazah Tuhan saya telah diambil dan saya tidak mengetahui tempat Dia diletakkan!

“Setelah berkata demikian, Maria berpaling dan nampak Yesus berdiri di situ. Tetapi Maria tidak tahu bahawa Dia Yesus.

“Yesus bertanya kepadanya, Puan, mengapa menangis? Siapakah yang puan cari? “Oleh itu Maria berkata, Tuan, jika tuan sudah memindahkan jenazah Yesus, beritahulah saya tempat tuan meletakkan jenazah-Nya, supaya saya boleh pergi mengambil jenazah-Nya.

“Yesus berkata kepadanya, Maria! Maria berpaling kepada Yesus lalu berkata dalam bahasa Ibrani, Rabbuni! (yang bererti guru).

“Tetapi Yesus berkata kepadanya, Jangan pegang Aku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku dan beritahu mereka bahawa sekarang Aku sedang kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Tuhan-Ku dan Tuhanmu”(Yohanes 20:11–17).

Saya sudah berdoa untuk dibenarkan untuk merasa seperti yang Maria rasa di makam itu dan seperti dua orang pengikut pada jalan ke Emaus semasa mereka berjalan bersama Juruselamat yang sudah bangkit, memikir bahawa Dia seorang pengunjung ke Yerusalem:

“Tetapi mereka sangat mendesak-Nya, katanya: Tinggallah bersama-sama dengan kami, sebab hari telah menjelang malam dan matahari hampir terbenam. Oleh itu Yesus masuk ke rumah untuk bermalam dengan mereka.

“Waktu Dia duduk makan dengan mereka, Dia mengambil roti, mengucap berkat, lalu memecah-mecahkannya dan memberikannya kepada mereka.

“Ketika itu terbukalah mata mereka dan mereka mengenal Dia, tetapi Dia lenyap dari tengah-tengah mereka.

“Mereka bercakap sesama sendiri, Tidakkah hati kita berasa seperti meluap, ketika Dia berkata-kata kepada kita di tengah jalan dan menerangkan isi Alkitab kepada kita?” (Lukas 24:29–32).

Sebahagian kata-kata itu diulangkan dalam satu pertemuan sakramen yang saya hadiri lebih daripada 70 tahun dahulu. Pada masa itu, pertemuan sakramen diadakan pada waktu petang. Ia gelap di luar. Jemaah menyanyikan kata-kata berikut. Yang sudah saya dengar banyak kali. Tetapi saya masih ingat perasaan petang itu. Ia lebih mendekatkan saya kepada Juruselamat. Mungkin jika saya bacakan kata-kata itu, perasaan itu akan datang kepada kita semua sekali lagi:

Ya, tinggallah bersertaku!

Hari telah laju;

Bayang bayang senja tiba,

Gelap di sekitarku.

Ke dalam hatiku Tuhan,

Aku menyambut Mu.

Ya, tinggallah bersertaku!

Jalan di sisi ku.

Kehadiran Mu, Ya, Tuhan,

Nyalakan hatiku.

Firman Mu penuhi jiwaku

Ku dekat pada Mu.

Ya, Yesus tinggal sertaku;

Sepanjang malam ini.

Ya, Yesus tinggal sertaku;

Sepanjang malam ini.1

Peringatan yang lebih berharga daripada peringatan kejadian ialah peringatan Roh Kudus menyentuh hati kita dan pengesahan-Nya yang berterusan ke atas kebenaran. Lebih berharga daripada melihat dengan mata kita, atau mengingat kata-kata yang diucapkan dan dibaca, adalah mengingati perasaan yang bersama suara lembut Roh. Saya jarang sekali berasa seperti dua orang itu yang berjalan pada jalan ke Emaus—seperti sesuatu lembut tetapi jelas membara dalam hati. Biasanya, perasaan itu datang sebagai rasa terang dan jaminan yang lembut.

Kita ada jaminan Roh Kudus sebagai satu teman dan kita juga miliki arahan benar tentang bagaimana untuk menerima kurnia ini. Kata-kata ini diucapkan oleh seorang hamba Tuhan yang diberi wewenang dengan meletakkan tangannya ke atas kepala kita: “Terimalah Roh Kudus.” Pada saat itu, kita memiliki jaminan bahawa Dia akan dihantar kepada kita. Tetapi kewajipan kita adalah memilih untuk membuka hati kita supaya menerima pelayanan Roh, sepanjang hidup kita.

Pengalaman Nabi Joseph Smith memberikan kita satu panduan. Dia mulakan dan teruskan pelayanannya dengan keputusan bahawa kebijaksanaan diri sendirinya tidak cukup untuk mengetahui apa yang harus dia ikut. Dia pilih untuk merendahkan hati di depan Tuhan.

Kemudian, Joseph pillih untuk menanya Tuhan. Dia berdoa dengan beriman bahawa Tuhan akan jawab. Jawapan datang apabila dia seorang budak kecil. Pesanan-pesanan datang apabila dia perlu tahu tentang bagaimana Tuhan hendak menubuhkan Gereja-Nya. Roh Kudus menolong dan membimbing dia sepanjang hidupnya.

Dia mematuhi ilham apabila ilham itu sukar diikuti. Sebagai contoh, dia menerima arahan untuk menghantarkan Dua Belas Rasul ke England pada masa dia paling perlukan mereka. Dia masih hantar mereka.

Dia menerima pembetulan dan kesenangan hati daripada Roh apabila dia dipenjarakan dan Orang-orang suci tertindas. Dan dia patuh apabila dia pergi ke Carthage walaupun dia tahu dia mungkin akan mati.

Nabi Joseph menetapkan satu teladan bagi kita tentang cara untuk menerima arahan dan kesenangan hati yang berterusan dari Roh Kudus.

Pilihan pertamanya adalah merendahkan hati di hadapan Tuhan.

Kedua adalah berdoa dengan beriman kepada Tuhan Yesus Kristus.

Ketiga adalah mematuh dengan tepat. Kepatuhan mungkin bererti bertindak dengan cepat. Ia mungkin bererti untuk bersedia. Atau ia mungkin bererti untuk menungguilham dengan sabar.

Dan keempat adalah berdoa untuk mengetahui keperluan dan hati orang lain dan bagaimana untuk menolong mereka bagi pihak Tuhan. Joseph berdoa bagi Orang-orang suci yang menderita semasa dia berada dalam penjara. Saya berpeluang untuk memerhati para nabi Tuhan semasa mereka berdoa, memohon demi ilham, menerima arahan, dan bertindak ke atas arahan itu.

Saya sudah nampak banyak kali mereka berdoa tentang orang yang mereka kasihi dan layani. Kerisauan mereka tentang orang lain membuka hati mereka untuk menerima ilham. Ini boleh berlaku kepada anda.

Ilham akan menolong kita melayan orang lain bagi pihak Tuhan. Anda pernah nampak ini dalam pengalaman anda, seperti saya pernah juga. Uskup saya kata kepada saya—pada masa isteri saya menghadapi tekanan besar—“Setiap kali saya dengar tentang seseorang dalam bahagian kita yang perlukan bantuan, saya akan nampak isteri anda di situ apabila saya pergi menolong. Bagaimana dia dapat lakukan itu?”

Dia seperti semua pelayan yang baik dalam kerajaan Tuhan. Mereka lakukan dua perkara. Pelayan yang baik berlayakkan temanan Roh Kudus selalunya. Dan mereka berlayak demi kurnia kasih ihsan, iaitu kasih suci Kristus. Kurnia-kurnia itu berkembang dalam diri mereka semasa mereka gunakan kurnia-kurnia itu untuk melayan kerana mereka mengasihi Tuhan.

Kata-kata berikut menghuraikan dengan sempurnanya bagaimana doa, ilham, dan kasih bagi Tuhan bekerja dalam pelayanan kita:

“Apa sahaja yang kamu minta daripada-Ku demi nama-Ku, Aku akan melakukannya.

“Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku.

“Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya.

“Dia Roh Tuhan, yang menunjukkan apa yang benar tentang Tuhan. Dunia tidak dapat menerima Dia, kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu.

“Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu.

“Tidak lama lagi, dunia tidak akan melihat Aku lagi, tetapi kamu akan melihat Aku. Kerana Aku hidup, kamu pun akan hidup.

“Apabila hari itu tiba, barulah kamu tahu bahawa Aku bersatu dengan Bapa, kamu bersatu dengan Aku, dan Aku pun bersatu dengan kamu.

“Sesiapa yang menerima dan melakukan perintah-perintah-Ku, mengasihi Aku. Bapa-Ku akan mengasihi sesiapa yang mengasihi Aku. Aku pun akan mengasihi orang itu dan menunjukkan diri kepadanya” (Yohanes 14:14–21).

Saya berikan kesaksian peribadi saya bahawa pada saat ini, Bapa sedar tentang anda, perasaan anda, dan keperluan rohani dan jasmani setiap orang di sekeliling anda. Saya berikan kesaksian bahawa Bapa dan Putera hantarkan Roh Kudus kepada semua yang memiliki kurnia ini, yang memohonkan berkat ini, dan yang berusaha untuk melayakkan diri untuk menerima kurnia ini. Bapa dan Putera, serta Roh Kudus tidak memaksa Diri Mereka ke dalam hidup kita. Kita bebas untuk memilih. Tuhan telah berfirman:

“Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia dan dia makan bersama-sama Aku.

“Mereka yang menang akan Aku benarkan duduk di takhta-Ku, sebagaimana Aku sendiri sudah menang dan sekarang duduk bersama-sama Bapa-Ku di takhta-Nya.

“Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Tuhan kepada jemaah” (Wahyu 3:20–22).

Saya berdoa dengan segala hatiku semoga anda akan dengar suara Roh, yang dihantar kepada anda dengan murah hati. Dan saya berdoa semoga anda selalu membuka hati anda untuk menerima Dia. Jika anda tanya dengan niat benar dan beriman kepada Yesus Kristus demi ilham, anda akan menerima ia dalam cara dan masa Tuhan. Tuhan lakukan demikian kepada Joseph Smith muda. Dia lakukan demikan hari ini kepada nabi hidup kita, Presiden Russell M. Nelson. Dia sudah letakkan anda pada jalan anak-anak Tuhan lain untuk melayan mereka bagi pihak-Nya. Saya tahu ini bukan hanya dengan mata saya tetapi lebih berkuasanya melalui bisikan Roh ke hati saya.

Saya pernah rasa kasih sayang Bapa dan Putera Terkasih-Nya bagi semua anak-anak Tuhan dalam dunia ini dan semua anak-anak-Nya dalam dunia roh. Saya pernah rasa kesenangan hati dan arahan dari Roh Kudus. Saya berdoa semoga anda memperolehi kebahagiaan yang datang dari temanan Roh. Dalam nama Yesus Kristus, amin

Nota

  1. “Ya, Tinggallah Besertaku,” Nyanyian Rohani, no. 68.