2010–2019
Menjadi Lembut Hati dan Rendah Hati
April 2018


Lembut Hati dan Rendah Hati

Kelembutan hati ialah satu sifat utama Penebus dan ia ditunjukkan oleh tindak balas yang soleh, penyerahan yang suka rela, dan kawalan diri yang kuat.

Saya bersukacita dalam peluang kudus untuk menyokong para pemimpin Gereja, dan dengan sepenuh hati, saya mengalu-alukan Elder Gong dan Elder Soares ke Kuorum Dua Belas Rasul. Pelayanan lelaki-lelaki yang beriman ini akan memberkati individu dan keluarga di seluruh dunia, dan saya ingin melayan bersama mereka dan belajar dari mereka.

Saya berdoa Roh Kudus akan mengajar dan menerangi kita semasa kita belajar bersama-sama tentang satu aspek utama sifat semula jadi ketuhanan Juruselamat1 yang harus kita semua cuba mencontohi.

Saya akan tunjukkan beberapa contoh yang menekankan kualiti seperti Kristus sebelum mengenal pasti sifat tertentu nanti dalam mesej saya. Sila dengar dengan berhati-hati kepada setiap contoh dan bertimbang bersama saya jawapan kepada soalan-soalan yang akan saya tanya.

Contoh #1 Orang Muda yang Kaya dan Amulek

Dalam Perjanjian Baru, kita belajar tentang seorang orang muda yang kaya yang menanya Yesus, “Guru, perbuatan baik apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?”2 Juruselamat mengarah dia untuk mematuhi perintah. Kemudian Guru berikan orang muda kaya itu kelayakan tambahan mengikut keperluan dan keadaan khasnya.

“Yesus berkata kepadanya, Jika kamu hendak menjadi sempurna, pergilah jual segala sesuatu yang kamu miliki, dan berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku.

“Apabila orang muda itu mendengar hal ini, dia meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya.”3

Bandingkan balasan orang muda kaya itu dengan pengalaman Amulek, yang dihuraikan dalam Kitab Mormon. Amulek seorang yang rajin dan kaya yang mempunyai ramai ahli keluarga dan rakan.4 Dia huraikan diri sendiri seorang yang dipanggil banyak kali tetapi tidak dengar; seorang yang mengetahui perihal Tuhan tetapi pilih untuk tidak mengetahui.5 Dasarnya seorang yang baik, Amulek tertarik oleh perihal duniawi seperti orang muda yang kaya dalam Perjanjian Baru.

Walaupun dia pernah mengeraskan hatinya, Amulek mematuhi suara seorang malaikat, menerima nabi Alma ke dalam rumahnya, dan berikan dia makanan. Dia menjadi sedar secara rohani semasa kunjungan Alma dan dipanggil untuk mengkhutbahkan injil. Amulek meninggalkan “segala emasnya, dan perak, dan barang berharganya … demi firman Tuhan, [dan] ditolak oleh mereka yang dahulunya adalah teman-temannya dan juga oleh ayahnya dan kaum kerabatnya.”6

Apakah sebab perbezaan di antara balasan orang muda yang kaya dan balasan Amulek?

Contoh #2 Pahoran

Semasa satu waktu peperangan yang bahaya dalam Kitab Mormon, satu pertukaran surat berlaku di antara Moroni, kapten tentera orang Nefi, dan Pahoran, hakim utama dan gabenor negeri itu. Tentera Moroni menderita kerana kekurangan sokongan dari kerajaan, jadi, Moroni menulis kepada Pahoran “dengan cara kecaman”7 dan menuduh Pahoran dan para pemimpinnya tidak bertimbang rasa, kemalasan, keabaian, dan pengkhianatan.8

Pahoran mungkin boleh berasa geram terhadap Moroni dan tuduhannya yang tidak tepat, tetapi dia tidak. Dia balas dengan belas kasihan dan memberitahunya tentang satu pemberontakan bertentangan kerajaan yang tidak Moroni sedar tentang. Kemudian Pahoran mengisytiharkan:

“Lihatlah, aku berkata kepadamu, Moroni, bahawa aku tidak bersukacita dalam kesengsaraanmu yang teruk, ya, itu memilukan jiwaku. …

“… Dan sekarang, dalam suratmu kamu telah mengecamku, tetapi itu tidaklah penting; aku tidak marah, tetapi bersukacita dalam kebesaran hatimu.”9

Pada pendapat anda, mengapa balasan Pahoran kepada tuduhan Moroni adalah sabar?

Contoh #3. Presiden Russell M. Nelson dan Presiden Henry B. Eyring

Dalam persidangan umum enam bulan lalu, Presiden Russell M. Nelson menghuraikan balasannya kepada jemputan Presiden Thomas S. Monson untuk mengkaji, merenung, dan mengaplikasikan kebenaran yang dikandungi dalam Kitab Mormon. Dia kata, “Saya cuba mengikut nasihatnya. Di kalangan perkara lain, saya sudah senaraikan apakah Kitab Mormon, perkara yang ia tegaskan, perkara yang ia menyangkal, perkara yang ia menggenapi, perkara yang ia jelaskan, dan perkara yang ia ungkapkan. Mengaji Kitab Mormon dalam cara-cara ini menjadi satu pengalaman yang amat berilham! Saya cadangkan cara ini kepada anda semua.”10

Presiden Henry B. Eyring juga menekankan kepentingan jemputan Presiden Monson dalam hidupnya. Dia kata:

“Saya telah membaca Kitab Mormon setiap hari selama lebih daripada 50 tahun. Saya mungkin boleh fikir bahawa kata-kata Presiden Monson adalah untuk orang lain. Namun, seperti banyak dari anda, saya merasakan galakan nabi dan janjinya menjemput saya untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh. …

“Hasil gembira untuk saya, dan untuk kebanyakan anda, adalah apa yang dijanjikan oleh nabi.”11

Pada pendapat anda, apakah sebab dua orang pemimpin Gereja Tuhan balas dengan cepat dan tulus ikhlas kepada jemputan Presiden Monson?

Saya tidak cadang bahawa balasan rohani Amulek, Pahoran, Presiden Nelson dan Presiden Eyring hanya boleh dijelas oleh satu kualiti seperti Kristus. Tentunya, ada banyak sifat dan pengalaman yang berhubungan menghasilkan kematangan rohani yang digambarkan dalam kehidupan empat orang hamba yang mulia ini. Tetapi Juruselamat dan para nabinya sudah menekankan satu kualiti utama yang mesti kita semua lebih memahami danlebih berusaha untuk menggabung dalam kehidupan kita.

Kelembutan Hati

Sila perhatikan sifat-sifat yang Tuhan gunakan untuk menghuraikan Diri Sendiri-Nya dalam ayat suci berikut: “Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan.”12

Juruselamat pilih untuk menekankan kelembutan hati daripada semua sifat dan hemah yang mungkin boleh Dia pilih.

Satu corak yang serupa juga jelas dinampak dalam satu wahyu yang diterima oleh Nabi Joseph Smith pada tahun 1829. Tuhan mengisytiharkan, “Belajarlah dari Aku dan dengarlah firman-Ku, berbuatlah dalam kelembutan hati Roh-Ku, dan kamu akan memperoleh damai di dalam Aku.”13

Kelembutan hati ialah satu sifat utama Penebus dan ia ditunjukkan oleh tindak balas yang soleh, penyerahan yang suka rela, dan kawalan diri yang kuat. Kualiti ini menolong kita untuk lebih memahami reaksi Amulek, Pahoran, Presiden Nelson, dan Presiden Eyring.

Sebagai contoh, Presiden Nelson dan Presiden Eyring berbalas dengan soleh dan cepat kepada galakan Presiden Monson untuk mengkaji Kitab Mormon. Walaupun kedua-dua lelaki ini melayan dalam jawatan Gereja yang penting dan ketara serta sudah mengaji kitab suci secara mendalam buat banyak dekad, mereka menunjukkan balasan mereka tanpa keraguan atau kepentingan diri.

Amulek menyerah kepada kehendak Tuhan secara suka rela, menerima satu panggilan untuk mengkhutbahkan injil, tinggalkan kehidupan selesanya dan rakan-rakan serta keluarganya. Dan Pahoran diberkat dengan perspektif dan kawalan diri yang kuat untuk bertindak dan bukan bereaksi semasa dia menjelas kepada Moroni cabaran-cabaran yang datang dari satu kumpulan pemberontakan bertentangan kerajaan.

Kualiti kelembutan hati ini biasanya disalah faham dalam dunia moden kita. Kelembutan hati adalah kuat, bukan lemah; aktif, bukan pasif; berani, bukan ketakutan; mengawal diri, bukan berlebih-lebihan; rendah hati, bukan pengagungan diri; dan baik budi, bukan kasar. Seorang yang lembut hati tidak mudah marah,tidak menunjuk-nunjuk, atau tidak menguasai orang lain dan sedia mengakui pencapaian orang lain.

Walaupun kerendahan hati biasanya bererti bergantung kepada Tuhan dan keperluan untuk bimbingan dan sokongan-Nya yang berterusan, satu sifat khas kelembutan hati ialah keterbukaan rohani untuk belajar dari Roh Kudus dan dari orang yang mungkin nampaknya kurang berupaya, kurang berpengalaman, atau kurang pendidikan, yang mungkin tidak memegang jawatan penting, atau tidak nampaknya boleh buat sumbangan besar. Ingatlah bagaimana Naaman, panglima tentera raja Siria, mengatasi kemegahannya dan menerima nasihat hambanya dengan lembut hati untuk mematuhi nabi Elisa dan mencuci dalam sungai Yordan tujuh kali.14 Kelembutan hati ialah perlindungan asas dari kebutaan kemegahan yang sentiasa timbul dari kemasyuran, kedudukan, kekayaan, dan penyanjungan.

Kelembutan hati—Sifat Seperti Kristus dan Kurnia Rohani

Kelembutan hati ialah satu sifat yang dikembang melalui hasrat, penggunaan hak pilihan moral yang soleh, dan usaha untuk selalu mengekal pengampunan dosa kita.15 Ia juga satu kurnia rohani yang sesuai untuk kita carikan.16 Tetapi, kita harus ingat, bahawa tujuan berkat ini adalah untuk memanfaatkan dan untuk melayan anak-anak Tuhan.17

Semasa kita mendekati dan mengikut Juruselamat, dengan sikit demi sikit kita semakin menjadi lebih seperti Dia. Kita diberi kuasa oleh roh dengan kawalan diri dan perilaku yang stabil dan tenang. Jadi, kita menjadi lembut hati sebagai pengikut Guru dan tidak hanya bertindak lembut hati.

“Segala ilmu bangsa Mesir diajarkan kepada Musa dan dia menjadi seorang yang sangat berkuasa, baik dengan kata-kata mahupun perbuatannya.”18 Walau begitu, dia “seorang yang rendah hati, lebih rendah hati daripada sesiapa pun di bumi.”19 Ilmu dan kecekapannya memang boleh menyebabkan dia menjadi megah. Sebaliknya, sifat dan kurnia rohani kelembutan hati yang diberkati kepada dia melemahkan keangkuhan dalam hidupnya dan mengembangkan Musa sebagai satu alat untuk mencapai tujuan Tuhan.

Guru ialah satu Teladan Kelembutan Hati

Teladan kelembutan hati yang teragung dan paling bererti boleh didapati dalam kehidupan Juruselamat.

Penebus yang agung, yang “turun di bawah segala sesuatu”20 dan menderita, berdarah, dan mati untuk “membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah,”21 dengan lemah lembut membasuh kaki para pengikut-Nya.22 Kelembutan hati sebegini ialah ciri utama Tuhan sebagai seorang hamba dan pemimpin.

Yesus memberikan contoh teragung balasan soleh dan penyerahan sukarela semasa Dia menderita kesakitan yang hebat dalam Getsemani.

“Apabila Yesus tiba di situ, Dia berkata kepada [para pengikut-Nya], Berdoalah agar kamu tidak berdosa ketika menghadapi cubaan.

“Dan Dia … berlutut dan berdoa,

“Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.”23

Kelembutan hati Juruselamat dalam pengalaman yang penting dan sakit ini menunjukkan kita semua tentang kepentingan meletakkan kebijaksanaan Tuhan di atas kebijaksanaan diri sendiri.

Penyerahan suka rela dan kawalan diri Tuhan yang konsisten adalahsangat berilham dan penuh dengan maklumat bagi kita semua. Ketika satu kumpulan pengawal bait suci dan askar Roma yang bersenjata sampai ke Getsemani untuk menangkap Yesus, Petrus menghunus pedangnya lalu mengerat telinga kanan hamba imam tinggi.24 Juruselamat kemudian menyentuh telinga hamba itu dan menyembuhkan dia.25 Sila beri perhatian bahawa Dia menghulurkan tangan dan memberkati penangkapnya dengan menggunakan kuasa syurgawi yang boleh mengelakkan Dia ditangkap dan disalib.

Bertimbang juga tentang bagaimana Guru dituduh dan dihukum di depan Pilatus untuk disalibkan.26 Yesus mengisytiharkan semasa pengkhianatan-Nya “Tidakkah kamu tahu bahawa Aku boleh meminta Bapa-Ku menolong Aku, dan dengan segera Bapa-Ku dapat mengirim malaikat yang lebih daripada dua belas pasukan?”27 Mahupun begitu, “Hakim yang Abadi ke atas yang hidup mahupun juga yang mati”28 di hakim di depan seorang ahli politik yang dilantik sementara sahaja. “Tetapi [Yesus] tidak menjawab sepatah pun, sehingga gabenor itu sangat hairan.”29 Kelembutan hati Juruselamat terbukti dalam balasan-Nya, kawalan diri-Nya, dan keengganan-Nya untuk menggunakan kuasa-Nya untuk faedah diri sendiri.

Janjian dan Kesaksian

Mormon menghuraikan kelembutan hati sebagai dasar keupayaan dan kurnia rohani.

“Oleh itu, jika seseorang beriman dia mestilah perlu berharapan; kerana tanpa iman tidak akan ada apa-apa harapan pun.

“Dan lagi, lihatlah aku berkata kepadamu bahawa dia tidak dapat beriman dan berharapan, kecuali dia akan melembutkan hati, dan rendah hati.

“Jika demikian, iman dan harapannya adalah sia-sia, kerana tidak seorang pun dapat diterima di hadapan Tuhan, kecuali yang lembut hati dan rendah hati; dan jika seseorang manusia melembutkan hati dan rendah hati, dan mengakui melalui kuasa Roh Kudus bahawa Yesus ialah Kristus, dia mestilah perlu mempunyai kasih ihsan; kerana jika dia tidak memiliki kasih ihsan dia tidak bermakna langsung; oleh itu dia mestilah perlu mempunyai kasih ihsan.”30

Juruselamat mengisytiharkan, “Berbahagialah orang yang rendah hati, mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan!”31 Kelembutan hati ialah satu aspek utama sifat semula jadi ketuhanan dan boleh diterima dan dikembangkan dalam hidup kita melalui Korban Tebusan Juruselamat.

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Penebus kita yang sudah bangkit dan masih hidup. Dan saya janji bahawa Dia akan membimbing, melindung, dan memperkuatkan kita semasa kita berjalan dalam roh kelembutan hati-Nya. Saya mengisytiharkan kesaksian pasti saya tentang kebenaran dan janjian ini dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.