2010–2019
Perhimpunan Khusyuk
April 2018


Perhimpunan Khusyuk

Saudara dan saudari, Presiden Nelson telah menjemput saya untuk melaksanakan tujuan perhimpunan khusyuk di mana kita berhimpun hari ini.

Ini ialah satu majlis penting bagi ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di seluruh dunia.

Semenjak Oktober 10, 1880, apabila John Taylor disokong untuk menggantikan Brigham Young sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu serta Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, setiap majlis ini sudah ditetapkan sebagai perhimpunan khusyuk rasmi untuk badan Gereja menyatakan suara Gereja.

Kita akan berundi mengikut kuorum dan kumpulan. Di mana pun anda berada, anda dijemput untuk berdiri apabila ditanya dan nyatakan bahawa anda pilih untuk menyokong nama-nama yang akan dibacakan dengan mengangkatkan tangan. Anda hanya harus berundi apabila dijemput untuk berdiri.

Penguasa-penguasa Umum yang ditugaskan di Tabernacle dan Assembly Hall di Temple Square akan memerhati undi di tempat-tempat itu. Dalam pusat-pusat pancang, seorang ahli presidensi pancang akan memerhati undi di situ. Jika ada orang yang membantah, mereka harus menghubungi presiden pancang mereka.

Sekarang kita akan mula. Sekali lagi, sila berdiri dan berundi apabila dijemput untuk membuat demikian.

Kita mempersilakan ahli-ahli Presidensi Utama untuk berdiri.

Dicadangkan bahawa Presidensi Utama menyokong Russell Marion Nelson sebagai nabi, pelihat dan pewahyu serta Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Mereka dari Presidensi Utama yang bersetuju, sila nyatakannya.

Dicadangkan bahawa Presidensi Utama menyokong Dallin Harris Oaks sebagai Penasihat Pertama dan Henry Bennion Eyring sebagai Penasihat Kedua di dalam Presidensi Utama Gereja.

Mereka dari Presidensi Utama yang bersetuju, sila nyatakannya.

Dicadangkan bahawa Presidensi Utama menyokong Dallin Harris Oaks sebagai Presiden Kuorum Dua Belas Rasul dan Melvin Russell Ballard sebagai Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.

Ahli-ahli Presidensi Utama yang bersetuju, sila nyatakannya.

Dicadangkan bahawa Presidensi Utama menyokong ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul: M. Russell Ballard, Jeffrey R. Holland, Dieter F. Uchtdorf, David A. Bednar, Quentin L. Cook, D. Todd Christofferson, Neil L. Andersen, Ronald A. Rasband, Gary E. Stevenson, Dale G. Renlund, Gerrit Walter Gong, dan Ulisses Soares.

Ahli-ahli Presidensi Utama, sila nyatakannya.

Dicadangkan bahawa Presidensi Utama menyokong penasihat-penasihat dalam Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu.

Ahli-ahli Presidensi Utama, sila nyatakannya.

Presidensi Utama sila duduk sekarang.

Kita menjemput Elder Gong dan Elder Soares Untuk mengambil tempat mereka bersama Kuorum Dua Belas.

Hanya ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul, termasuk Elder Gong dan Elder Soares, sila berdiri.

Ia dicadangkan bahawa Kuorum Dua Belas Rasul menyokong Russell Marion Nelson sebagai nabi, pelihat dan pewahyu serta Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; bersama penasihat-penasihatnya dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul seperti yang sudah diperkenalkan dan diundi oleh Presidensi Utama.

Ahli-ahli Kuorum Dua Belas yang bersetuju, sila nyatakannya.

Anda boleh duduk.

Kita mempersilakan ahli-ahli Penguasa Umum Tujuh Puluh dan ahli-ahli Uskup Utama untuk berdiri.

Ia dicadangkan bahawa Penguasa Umum Tujuh Puluh dan ahli-ahli Uskup Utama menyokong Russell Marion Nelson sebagai nabi, pelihat dan pewahyu serta Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; bersama penasihat-penasihatnya dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul seperti yang sudah diperkenalkan dan diundi oleh Presidensi Utama.

Semua ahli-ahli Penguasa Umum Tujuh Puluh dan ahli-ahli Uskup Utama yang bersetuju, sila nyatakannya..

Anda boleh duduk.

Kita menjemput orang-orang berikut untuk berdiri di mana-mana pun anda berada di seluruh dunia: semua Tujuh Puluh Kawasan, bapa bangsa yang ditahbis, imam tinggi, dan penatua.

Ia dicadangkan bahawa Russell Marion Nelson disokong sebagai nabi, pelihat dan pewahyu serta Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; bersama penasihat-penasihatnya dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul seperti yang sudah diperkenalkan dan diundi.

Semua yang bersetuju, sila nyatakannya.

Mereka yang membantah boleh nyatakannya.

Sila duduk.

Semua ahli Lembaga Pertolongan—iaitu semua wanita berumur 18 tahun dan ke atas—sila berdiri.

Ia dicadangkan bahawa Russell Marion Nelson disokong sebagai nabi, pelihat dan pewahyu serta Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; bersama penasihat-penasihatnya dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul seperti yang sudah diperkenalkan dan diundi.

Semua yang bersetuju, sila nyatakan dengan mengangkat tangan.

Yang membantah boleh menyatakannya.

Anda boleh duduk.

Semua yang memegang Imamat Harun—iaitu semua imam, pengajar, dan diaken yang ditahbis—sila berdiri.

Ia dicadangkan bahawa Russell Marion Nelson disokong sebagai nabi, pelihat dan pewahyu serta Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; bersama penasihat-penasihatnya dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul seperti yang sudah diperkenalkan dan diundi.

Semua yang bersetuju, sila nyatakan dengan mengangkat tangan.

Yang membantah boleh nyatakannya.

Anda boleh duduk.

Semua remaja puteri yang berusia 12 tahun hingga 18 tahun sila berdiri.

Ia dicadangkan bahawa Russell Marion Nelson disokong sebagai nabi, pelihat dan pewahyu serta Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; bersama penasihat-penasihatnya dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul seperti yang sudah diperkenalkan dan diundi.

Semua yang bersetuju, sila nyatakan dengan mengangkat tangan.

Yang membantah boleh nyatakannya.

Anda boleh duduk.

Sekarang kita tanya seluruh keahlian, di mana pun anda berada, termasuk mereka yang sudah berdiri, sila berdiri.

Ia dicadangkan bahawa Russell Marion Nelson disokong sebagai nabi, pelihat dan pewahyu serta Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; bersama penasihat-penasihatnya dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul seperti yang sudah diperkenalkan dan diundi.

Semua yang bersetuju, sila nyatakan dengan mengangkat tangan.

Yang membantah boleh nyatakannya.

Anda boleh duduk.

Terima kasih saudara saudari demi kasih sayang dan sokongan anda.