2010–2019
Roh Kudus sebagai Pembimbing Anda
April 2018


Roh Kudus sebagai Pembimbing Anda

Inilah kurnia yang tidak ada tolok banding yang datang kepada mereka yang beriman kepada Yesus Kristus. Kurnia ini ialah Roh Kudus.

Pada hari Ahad Easter ini, fikiran kita berpaling kepada Kebangkitan Tuhan Yesus Kristus dan kepada makam kosong yang berikan setiap orang yang percaya harapan dalam kejayaan Kristus mengatasi kematian. Seperti Rasul Paulus, saya percaya bahawa seperti Tuhan membangkitkan “Kristus daripada kematian itu, [Dia] juga akan menghidupkan badan [kita] yang fana. Dia melakukannya dengan Roh-Nya yang hidup dalam [kita].”1

Untuk menghidupkan bererti untuk membuat hidup. Seperti Kristus membawa badan kita balik ke hidup dari kematian jasmani melalui kuasa Kebangkitan-Nya, Dia juga boleh menghidupkan kita daripada kematian rohani.2 Dalam buku Musa, kita baca tentang Adam mengalami penghidupan ini: “[Adam] dibaptiskan, dan Roh Tuhan turun ke atas dirinya, dan demikianlah dia dilahirkan melalui Roh, dan menjadi dihidupkan dalam manusia batiniahnya.”3

Inilah kurnia yang tidak ada tolok banding yang datang kepada mereka yang beriman kepada Yesus Kristus. Kurnia ini yang diberkati oleh Roh Kudus dipanggil “hidup bersatu dengan Kristus” dalam Perjanjian Baru.4 Tetapi adakah kita kadangkala lupa betapa besarnya dan agungnya kurnia ini?

Saudara saudari, untuk “mengambil Roh Kudus untuk pembimbing”5 ialah satu hak istimewa—seperti yang ditunjukkan oleh cerita berikut.

Imej
Ensain Frank Blair

Pada masa Peperangan Korea, Ensain Frank Blair melayan dalam satu kapal pengangkut askar yang ditempatkan di Japan.6 Kapal itu tidak ada seorang paderi tentera yang rasmi, jadi kaptennya menanya Brother Blair untuk menjadi paderi tentera yang tidak rasmi, selepas memerhati bahawa dia seorang yang beriman, persendirian dan sangat dihormati oleh semua anak kapal.

Imej
Ensain Blair

Ensain Blair tulis: “Kapal kami terperangkap dalam satu taufun besar. Ombak-ombak kira-kira setinggi 14 meter. Saya bertugas sebagai pengawal … dan pada masa itu, salah satu dari tiga enjin kami henti berfungsi dan satu rekahan terdapat pada garisan tengah kapal itu. Kami masih ada dua enjin lagi, satunya hanya berfungsi setengah kuasa sahaja. Kami berada dalam kebahayaan yang besar.”

Ensain Blair habiskan tugasnya dan sedia tidur apabila kaptennya mengetuk pintunya. Dia tanya, “Bolehkan kamu berdoa untuk kapal ini?.” Tentunya, Ensain Blair setuju.

Pada saat itu, Ensain Blair boleh berdoa, “Bapa Syurgawi, sila berkatkan kapal kami dan lindungi kami,” dan kemudian pergi tidur. Sebaliknya, dia berdoa untuk mengetahui apakah dia boleh lakukan pada saat itu untuk memastikan keselamatan kapal itu. Balasan kepada doa Brother Blair, Roh Kudus mengilhamkan dia untuk pergi ke platform tertutup, bercakap dengan kapten, dan mengetahui keadaan itu dengan lebih lanjut. Dengan membuat demikian, dia mendapati bahawa kapten itu cuba memutus betapa laju dia harus menggunakan enjin-enjin yang masih berfungsi. Ensain Blair balik ke kabinnya dan berdoa lagi.

Dia berdoa, “Apakah yang boleh saya lakukan untuk menolong masalah enjin-enjin itu?”

Roh Kudus berbisik bahawa dia perlu jalan di sekeliling kapal itu untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut. Dia kembali ke kapten itu sekali lagi dan meminta keizinan untuk berjalan di sekeliling kapal itu. Kemudian, dengan satu tali keselamatan diikat pada pinggangnya. Dia pergi ke dalam ribut itu.

Berdiri di atas buritan, dia memerhati kipas-kipas besar kapal semasa ia muncul dari laut apabila kapal itu memuncak satu ombak. Hanya satu kipas masih berfungsi dengan baik, dan kipas itu berputar dengan sangat laju. Selepas pemerhatian itu, Ensain Blair berdoa sekali lagi. Dia menerima satu jawapan yang jelas bahawa enjin yang masih berfungsi itu sudah mencapai tekanan yang terlalu besar dan perlu diperlahankan. Jadi dia kembali kepada kapten dan memberi cadangan tersebut. Kapten itu terharian, dan berkata bahawa jurutera kapal memberi cadangan yang bertentangan—mereka cadang untuk meningkatkan kelajuan enjin untuk menempuh ribut. Walaupun begitu, kapten itu pilih untuk mengikut cadangan Ensain Blair dan perlahankan enjin itu. Pada waktu subuh, kapal itu berada pada air yang tenang dengan selamat.

Dua jam selepas itu, enjin yang berfungsi dengan sepenuhnya akhirnya mati. Dengan hanya setengah kuasa yang masih tinggal dalam satu enjin lain, kapal itu cukup-cukup sahaja dapat sampai ke pelabuhan.

Kapten itu kata kepada Ensain Blair, “Jika kita tidak perlahankan enjin itu, ia akan mati di tengah-tengah ribut itu.”

Tanpa enjin itu, tiada cara lain untuk memandu kapal. Kapal itu akan terbalik dan tenggelam. Kapten itu berucap terima kasih kepada pegawai LDS muda itu dan kata dia percaya bahawa tanggapan rohani Ensian Blair telah menyelamatkan kapal itu dan nyawa semua anak kapal.

Cerita ini agak dramatik. Walaupun kita tidak akan menghadapi keadaan sebegitu, cerita ini mengandungi panduan tentang cara kita boleh menerima bimbingan Roh dengan lebih kerap.

Pertama, untuk menerima wahyu, kita mesti hidup dalam cara yang membenarkan kita menerima ilham syurgawi. Ensain Blair mengikut satu kehidupan yang suci dan beriman. Jika dia tidak patuh, dia tidak akan ada keyakinan rohani yang diperlukan untuk berdoa demi keselamatan kapalnya dan menerima bimbingan yang tertentu. Kita mesti berusaha untuk menyesuaikan kehidupan kita dengan perintah Tuhan untuk diarah oleh Dia.

Kadangkala kita tidak dapat dengar isyarat syurgawi kerana kita tidak layak. Pertaubatan dan kepatuhan adalah cara untuk mencapai komunikasi yang jelas sekali lagi. Perkataan pertaubatan dalam Perjanjian Lama bererti “mengubah” atau “kembali.”7 Apabila anda rasa jauh dari Tuhan, anda hanya perlu buat keputusan untuk menjauhi dosa, dan menghadapi Juruselamat, dan anda akan mendapati bahawa Dia menunggu anda, tangan-Nya berhulur kepada anda. Dia ingin membimbing anda, dan anda hanya perlu berdoa untuk menerima bimbingan itu sekali lagi.8

Kedua, Ensain Blair tidak hanya menanya Tuhan untuk mengatasi masalahnya sahaja. Dia tanya apa yang harus dia lakukan untuk mencari jawapan. Kita juga boleh tanya, “Tuhan, apakah perlu saya lakukan untuk menjadi sebahagian daripada jawapan itu?” Sebalik daripada hanya mengucapkan masalah-masalah kita dalam doa dan minta Tuhan mengatasi mereka, kita harus carikan cara- cara yang lebih proaktif untuk bantuan Tuhan dan buat komitmen untuk bertindak mengikut bimbingan Roh.

Ada ajaran ketiga dalam cerita Ensain Blair. Bolehkah Ensain Blair berdoa dengan kepastian tenang jika dia belum menerima bimbingan dari Roh sebelum itu? Ketibaan taufan bukan masa untuk mula gunakan atau belajar untuk menggunakan kurnia Roh Kudus. Pemuda ini mengikut satu pola yang pernah dia gunakan banyak kali sebelum taufan itu, termasuk masa dia melayan sebagai penginjil penuh masa. Kita perlukan Roh Kudus sebagai pembimbing kita pada masa tenang, supaya suara-Nya akan jelas kepada kita pada tengah-tengah satu ribut yang ganas.

Ada orang yang kata bahawa kita tidak harus harapkan bimbingan harian dari Roh kerana “tidak pantas bahawa [Tuhan] mesti memerintah dalam segala hal,” supaya kita menjadi hamba yang malas.9 Tetapi, ayat suci ini diberikan kepada beberapa penginjil awal yang minta Joseph Smith untuk menerima wahyu yang harus mereka terima diri sendiri. Dalam ayat sebelum ini, Tuhan menyuruh mereka pergi ke tempat misi “sebagaimana akan mereka rundingkan di antara mereka sendiri dan Aku.” 10

Para penginjil ini hendakkan satu wahyu tertentu mengenai rancangan perjalanan mereka. Mereka belum belajar untuk mencarikan arahan untuk perihal peribadi secara diri sendiri. Dan Tuhan panggil sikap ini kemalasan. Para ahli Gereja awal mungkin terlalu gembira untuk mempunyai seorang nabi benar sehingga mereka gagal belajar tentang cara untuk menerima wahyu untuk diri sendiri. Untuk menjadi berdikari secara rohani adalah untuk mendengar suara Tuhan melalui Roh-Nya untuk kehidupan diri.

Alma menasihat anaknya untuk “berunding dengan Tuhan dalam segala perbuatan .”11 Untuk hidup dalam cara ini—yang kita panggil “hidup mengikut Roh”—ialah satu hak istimewa besar. Ini mendatangkan satu perasaan tenang dan kepastian serta hasil-hasil Rohani iaitu kasih sayang, kebahagiaan, dan kedamaian.12

Keupayaan Ensain Blair untuk menerima wahyu menyelamatkan dia dan teman-temannya dari satu ribut yang ganas. Ada ribut jenis lain yang hadir hari ini. Perumpamaan pokok kehidupan dalam Kitab Mormon13 berikan satu imej yang amat berkuasa tentang cara untuk memperolehi keselamatan rohani dalam dunia ini. Mimpi ini mengisah tentang satu kabut kegelapan yang timbul untuk membawakan kemusnahan rohani kepada ahli-ahli Gereja yang berjalan pada jalan ke Tuhan.14

Imej
Mimpi Lehi

Semasa merenungkan imej ini, saya dapat melihat dalam minda saya satu kumpulan orang yang berjalan pada jalan itu, ada yang memegang kuat kepada batang besi, tetapi ada ramai yang hanya mengikut kaki orang di depan mereka. Mereka yang mengikut kaki orang lain tidak benar-benarnya berusaha. Anda boleh hanya lakukan dan fikirkan apa yang orang lain lakukan dan fikirkan. Ini boleh tahan pada masa tenang. Tetapi ribut ketipuan dan kabut kepalsuan timbul tanpa amaran. Dalam situasi sebegini, membiasakan diri untuk mengenali suara Roh Kudus ialah satu soal hidup atau mati.

Nefi berjanji “Barang siapa yang mematuhi firman Tuhan, terpegang kuat kepadanya, mereka langsung tidak akan terbinasa; tidak juga dapatlah godaan dan anak panah berapi dari musuh mengalahkan mereka sehingga kebutaan, untuk menuntun mereka kepada penghancuran. ”15

Mengikut kaki orang di depan anda adalah tidak cukup. Kita tidak boleh hanya lakukan dan fikirkan apa yang orang lain lakukan dan fikirkan sahaja, kita mesti hidup dengan bimbingan. Kita mesti memegang pada batang besi diri sendiri. Kemudianlah kita boleh pergi ke Tuhan dengan keyakinan yang rendah hati, mengetahui bahawa Dia “akan menuntun tangan [kita], dan memberi [kita] jawapan terhadap doa-doa [kita].”16 Dalam nama Yesus Kristus, amin