Semasa Kita Berkumpul Sekali Lagi

Oleh Presiden Thomas S. Monson


Oleh Presiden Thomas S. Monson
Bapa Syurgawi kita peka terhadap setiap satu kita dan keperluan kita. Semoga kita dipenuhi dengan Roh-Nya apabila kita mengambil bahagian dalam persidangan ini.

Saudara-saudari yang terkasih, semasa kita berkumpul sekali lagi dalam persidangan umum gereja ini, saya mengalu-alukan anda dan menyatakan kasih sayang saya bagi anda. Kita berkumpul setiap enam bulan untuk menguatkan satu sama lain, memberi perangsang, menghiburkan, dan menmperkukuhkan iman kita. Kita berada di sini untuk belajar. Sesetengah anda mencari jawapan bagi soalan dan cabaran yang anda lalui dalam hidup anda. Sesetengah anda menghadapi kekecewaan atau kehilangan. Minda anda boleh diterangi, hati anda boleh ditenangkan, dan setiap anda boleh diilhami apabila Roh Tuhan dirasakan.

Jika perubahan perlu dijalankan dalam hidup anda, semogalah anda mendapatkan perangsang dan keberanian untuk menjalankannya semasa anda mendengar kata-kata yang diilhami yang akan disampaikan. Semogalah setiap kita berazam sekali lagi untuk menjalankan hidup sehingga menjadi putera dan puteri Bapa Syurgawi yang layak dari. Semogalah kita terus menentang kejahatan, di mana jua ia berada.

Betapa diberkatinya kita, kerana telah datang ke dunia pada waktu yang sebegini—waktu yang menakjubkan dalam sejarah dunia yang panjang. Kita tidak mampu berkumpul dalam satu bangunan, tetapi kita sekarang berpeluang mengambil bahagian dalam persidangan ini melalui keajaiban televisyen, radio, kabel, pemancaran satelit, dan internet—dengan peranti mudah alih pun. Kita berkumpul bersatu, berbicara bermacam-macam bahasa dan menetap di banyak negara, tetapi semua bersatu dalam iman dan ajaran dan tujuan.

Dari mulanya yang sederhana 182 tahun yang lalu, sekarang kewujudan kita terasa di seluruh dunia. Perjuangan yang agung ini yang dalamnya kita bergiat, ia akan terus berkembang, berubah and memberkati hidup seperti biasa. Tiada perjuangan, tiada kuasa di seluruh dunia dapat menahan kerja Tuhan. Tak kira apa pun yang terjadi, perjuangan yang agung ini akan berkembang. Ingatlah kata-kata yang penuh nubuat dari nabi Joseph Smith: “Tangan yang tak suci tak dapat menahan kerja ini dari berkembang; penganiayaan berlarutan, gerombolan berkumpul, tentera dikerahkan, fitnah memperburukkan, tetapi kebenaran Tuhan akan bermaju dengan berani dan maruah, secara tersendiri, sehingga telah menebusi setiap benua, mengunjungi setiap tempat, tersebar di setiap negara, dan berbunyi di setiap telinga, sehingga maksud-maksud Tuhan digenapi, dan Jehovah yang Agung akan bertitah bahawa kerja itu telah disempurnakan.”1

Ada banyak yang susah dan mencabarkan di dunia hari ini, saudara dan saudari saya, tetapi ada pula banyak yang baik dan memberangsangkan. Sebagaimana dinyatakan dalam fasal kepercayaan ketiga belas, “Jika ada sesuatu yang berhemah tinggi, indah, atau dikatakan baik atau yang patut dipuji, kita mencari hal-hal ini.” Semoga kita terus berbuat begini.

Saya bersyukur kepada anda kerana iman dan kesetiaan anda kepada injil. Saya bersyukur kepada anda bagi kasih sayang dan rasa empati yang diungkapkan kepada satu sama lain. Saya bersyukur kepada anda kerana melayani dalam bahagian-bahagian dan cabang-cabang anda, dan dalam pasak-pasak dan daerah-daerah anda. Pelayanan ini membolehkan Tuhan menggenapi tujuan-tujuan-Nya di dunia ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada anda bagi kebaikan anda di mana pun saya pergi. Saya bersyukur kepada anda kerana doa-doa anda bagi saya. Saya telah merasakan doa-doa itu, dan aku amat bersyukur baginya.

Sekarang, saudara dan saudari saya, kita datang untuk diajar dan diilhami. Banyak ucapan akan disampaikan selama dua hari yang datang ini. Pastinya orang-orang ini, yang akan berucap kepada anda, telah mencari pertolongan dan bimbingan dari syurga semasa mereka siapkan ucapan-ucapan mereka. Mereka telah diilhami berkenaan apa yang akan mereka ucapakan kepada kita.

Bapa Syurgawi kita peka terhadap setiap satu kita dan keperluan kita. Semoga kita dipenuhi dengan Roh-Nya apabila kita mengambil bahagian dalam persidangan ini. Inilah doa saya yang ikhlas dalam nama Tuhan dan Juruselamat kita yang kudus, Yesus Kristus, amin.

Show References

  1.  

    1.  Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 444.