Keluarga-keluarga di bawah perjanjian

Oleh Presiden Henry B. Eyring

Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama


Oleh Presiden Henry B. Eyring

Saya bersyukur kerana dapat berkumpul bersama kamu dalam sesi ini yang ke mana semua pemegang imamat Tuhan di bumi dijemput. Kita diberkati kerana dipimpin oleh Presiden Thomas S. Monson. Sebagai Presiden Gereja, dia adalah satu-satunya orang yang hidup yang bertanggungjawab atas kunci-kunci yang meteraikan keluarga-keluarga dan semua tata cara imamat itu yang perlu untuk mendapat kehidupan abadi, kurnia Tuhan yang terbesar.

Ada seorang bapa yang sebelumnya tidak aktif yang mendengar malam ini kerana dia ingin kepastian kurnia pemeteraian dengan seluruh hatinya. Dia dan isterinya mengasihi dua anak mereka yang kecil. Seperti ibu bapa yang lain dia dapat membayangkan kebahagiaan syurgawi bila dia membaca kata-kata ini: “Dan hubungan yang ada pada kita di sini akan terdapat antara kita di sana, hanya hal ini berlangsung dengan kemuliaan kekal, kemuliaan mana tidak kita nikmati sekarang.”1

Bapa itu yang mendengar bersama kita malam ini mengetahui jalan yang menuju ke destinasi yang mulia itu. Ia bukan mudah. Ia memerlukan iman kepada Yesus Kristus, pertaubatan yang dalam, dan perubahan dalam hatinya yang datang dengan seorang uskup yang baik hati yang tolong dia merasa pengampunan Tuhan yang penuh kasih.

Perubahan yang baik sekali terus bila dia pergi ke bait suci untuk anugerahan yang Tuhan jelaskan kepada mereka yang Dia anugerahi di bait suci pertama dalam zaman keagamaan ini. Ini terjadi di Kirtland, Ohio. Tuhan berkata:

“Oleh kerana itu, untuk maksud ini Aku memberi kepadamu perintah bahawa kamu harus pergi ke Ohio, dan di sana Aku akan memberi kepadamu hukumKu dan di sana kamu akan dianugerahi dengan kuasa dari atas.

“Dan dari sana, …kerana Aku telah meyediakan suatu pekerjaan yang besar, kerana Israel akan diselamatkan dan Aku akan memimpin mereka ke manapun yang Aku kehendaki dan tidak ada kuasa yang akan menghalangi tanganKu.” 2

Untuk kawan saya yang baru diaktifkan kembali dan untuk semua pemegang imamat, suatu pekerjaan yang besar yang belum selesai adalah untuk memimpin dalam menyelamatkan bahagian Israel untuk mana kita bertanggungjawab, iaitu, keluarga kamu. Bapa itu mengetahui bahawa penyelamatan keluarga memerlukan pemeteraian oleh kuasa Imamat Melkisedek dalam sebuah bait suci Tuhan

Kawan saya minta saya untuk melakukan pemeteraiannya. Dia dan isterinya ingin dimeteraikan secepat mungkin. Oleh kerana kesibukan persidangan umum mendekat, saya membiarkan pasangan itu bersama uskup mereka untuk bekerjasama setiausaha saya untuk mencari tarikh yang paling sesuai.

Cuba kamu bayangkan kejutan dan kebahagiaan saya bila bapa itu beritahu saya bahawa pemeteraiannya dijadualkan untuk 3 April. Itu adalah tarikh dalam tahun 1836 bila Elia, nabi yang dimuliakan, dihantar ke Bait Suci Kirtland untuk memberikan kuasa pemeteraian kepada Joseph Smith dan kepada Oliver Cowdery. Kunci-kunci itu berada dalam Gereja sekarang dan akan berada dalam Gereja untuk selama-lamanya.3

Ini adalah kewenangan syurgawi yang sama yang diberikan oleh Tuhan kepada Petrus ketika Dia berjanji: “Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kamu ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kamu lepaskan di dunia akan terlepas di syurga.”4

Kekembalian Elia memberkati semua yang pegang imamat. Elder Harold B. Lee menjelaskan itu ketika dia berbicara di persidangan umum: “Saya memegang imamat; kamu saudara-saudara memegang imamat; kita telah menerima Imamat Melkisidek—yang dipegang oleh Elia dan oleh nabi-nabi yang lain dan oleh Petrus, Yakobus dan Yohanes. Tetapi walaupun kita mempunyai wewenang untuk membaptis, walaupun kita mempunyai wewenang untuk meletakkan tangan untuk kurnia Roh Kudus dan untuk mentahbiskan orang lain dan melakukan semua hal ini, tanpa kuasa pemeteraian kita tidak dapat berbuat apa-apa, kerana tidak akan ada kesahan untuk tata cara-tata cara yang kita lakukan.”

Dia teruskan:

“Tatacara-tatacara yang lebih tinggi, dan berkat-berkat yang lebih besar yang perlu untuk penyelamatan dalam kerajaan Tuhan, ...hanya boleh didapatkan di tempat-tempat yang tertentu. ...Tidak seorangpun mempunyai hak untuk melakukan tatacara-tatacara ini kecuali dia menerima wewenang untuk malakukannya dari lelaki itu yang pegang kunci-kunci. …

“…Tidak terdapat seorang lelaki pun di seluruh bumi yang mempunyai hak untuk pergi dan melakukan tatacara injil apapun kecuali Presiden Gereja, yang pegang kunci-kunci, mengizinkannya. Dia telah memberikan kita wewenang; dia telah meletakkan kuasa pemeteraian dalam imamat kita kerana dia pegang kunci-kunci itu.”5

Kepastian itu yang sama datang dari Presiden Boyd K. Packer bila dia menulis tentang kuasa pemeteraian. Mengetahui bahawa kata-kata ini adalah benar menjadi ketenangan bagi saya, dan akan menjadi ketenangan bagi keluarga yang akan saya meteraikan pada 3 April: “Petrus memegang kunci-kunci. Petrus memegang kuasa pemeteraian untuk mengikat atau memeteraikan di bumi atau untuk melepaskan di bumi dan ia akan dibuat demikian di syurga. Kunci-kunci itu adalah milik Presiden Gereja—milik nabi, pelihat, dan pewahyu. Kuasa pemeteraian yang suci itu berada dalam Gereja sekarang. Tidak ada apa-apa yang dianggap dengan lebih perenungan yang suci oleh mereka yang mengetahui kepentingan wewenang ini. Tidak ada apa-apa yang lebih dilindungi. Hanya ada beberapa lelaki yang pegang kuasa pemeteraian ini di dunia pada satu masa—dalam setiap bait suci terdapat saudara-saudara yang telah diberikan kuasa pemeteraian. Tidak seorangpun boleh mendapat kuasa ini kecuali dari seorang nabi, pelihat, dan pewahyu dan Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.”6

Bila Elia datang bukan saja kuasa yang diberi kepada imamat tetapi juga hati-hati dipusingkan: “Roh, kuasa, dan panggilan Elia adalah bahawa kamu mempunyai kuasa untuk memegang kunci wahyu, tatacara-tatacara, penyampaian firman, kuasa dan anugerahan kepenuhan Imamat Melkisidek dan kerajaan Tuhan di bumi; dan untuk menerima, mendapat, dan melakukan semua tatacara yang milik kerajaan Tuhan, bahkan sampai pengarahan hati-hati para bapa kepada anak-anak, dan hati-hati anak-anak kepada para bapa, bahkan mereka yang berada di syurga.”7

Perasaan kepalingan hati itu sudah datang kepada kawan saya dan kepada keluarganya. Ia mungkin datang kepada kamu dalam pertemuan ini. Kamu mungkin melihat dalam minda kamu, seperti saya, muka bapa kamu atau ibu kamu. Muka yang kamu lihat mungkin muka seorang kakak atau abang. Mungkin ia muka seorang anak perempuan atau anak lelaki.

Mungkin orang yang kamu lihat berada di dunia roh atau tinggal jauh dari kamu. Tetapi kebahagiaan datang dari perasaan bahawa kaitan dengan mereka adalah pasti kerana kamu sudah atau dapat diikat kepada mereka oleh tatacara-tatacara imamat yang Tuhan akan hormati.

Para pemegang Imamat Melkisedek yang menjadi para bapa dalam keluarga-keluarga yang dimeteraikan telah diajar apa yang harus mereka lakukan. Tidak ada apa-apa yang telah datang atau yang akan datang ke dalam keluarga kamu yang sepenting berkat-berkat pemeteraian. Tidak ada apa-apa yang lebih penting daripada menghormati perjanjian perkahwinan dan keluarga yang telah kamu ikat atau yang akan kamu ikat dalam bait suci Tuhan.

Cara melakukan itu jelas. Roh Kudus Perjanjian, melalui kepatuhan dan pengorbanan kita, mesti meteraikan perjanjian-perjanjian bait suci kita supaya perjanjian-perjanjian ini didapatkan di dunia yang akan datang. Presiden Harold B. Lee menjelaskan apa ertinya dimeteraikan oleh Roh Kudus Perjanjian, dengan memetik Elder Melvin J. Ballard: “Kita mungkin memperdayakan orang tapi kita tidak dapat memperdayakan Roh Kudus, dan berkat-berkat kita tidak akan menjadi abadi kecuali berkat-berkat itu dimeteraikan oleh Roh Kudus perjanjian. Roh Kudus membaca fikiran dan hati manusia dan memberi kelulusan pemeteraiannya kepada berkat-berkat yang diisytiharkan ke atas kepala mereka. Lalu pemeteraian itu menjadi terikat, sah, dan lengkap.”8

Sewaktu Saudara Eyring dan saya dimeteraikan di Bait Suci Logan, saya belum memahami kepentingan penuh perjanjian itu. Saya masih berusaha memahami ertinya yang penuh, tapi isteri saya dan saya memilih pada permulaan perkahwinan kami yang hampir 50 tahun untuk menjemput Roh Kudus sebanyak mungkin ke dalam kehidupan kami dan ke dalam keluarga kami.

Sebagai seorang bapa yang muda, sudah dimeteraikan di bait suci dan dengan hati saya diarahkan kepada isteri saya dan keluarga yang muda, saya berjumpa Presiden Joseph Fielding Smith untuk kali pertama. Dalam bilik majlis Presidensi Utama, ke mana saya telah dijemput, datang satu kesaksian yang tetap pasti kepada saya ketika Presiden Harold B. Lee tanya saya, menunjuk Presiden Smith, “Adakah kamu percaya bahawa orang ini adalah Nabi Tuhan?”

Presiden Smith baru masuk bilik dan belum bercakap. Saya sangat bersyukur bahawa saya dapat menjawab dengan pasti: “Saya tahu dia adalah nabi.” dan saya mengetahuinya sebagaimana saya tahu matahari bersinar bahawa dia memegang kuasa pemeteraian imamat untuk seluruh bumi.

Pengalaman itu memberikan kata-kata Presiden Smith kuasa yang besar untuk saya dan isteri saya bila, dalam sesi persidangan pada 6 April, 1972, Presiden Joseph Fielding Smith memberi arahan berikut: “Tuhan menghendaki agar kita memperkukuhkan dan melindungi unit keluarga. Kami memohon kepada para bapa untuk mengambil tempat mereka sebagai kepala rumah. Kami minta para ibu untuk menyokong dan menolong suami mereka dan untuk menjadi teladan bagi anak-anak mereka.”9

Biar saya mencadangkan empat hal yang dapat kamu lakukan sebagai seorang bapa imamat untuk mengangkat dan memimpin keluarga kamu kembali lagi untuk berada bersama Bapa Syurgawi dan Juruselamat.

Yang pertama, dapatkan dan simpan kesaksian bahawa kunci-kunci imamat ada bersama kita dan dipegang oleh Presiden Gereja. Berdoa untuk kesaksian ini setiap hari. Jawaban akan datang dengan tambahan dalam keazaman untuk memimpin keluarga kamu, dalam perasaan harapan kamu, dan dengan kebahagiaan yang lebih besar dalam pelayanan kamu. Kamu akan lebih ceria dan optimistik, yang menjadi berkat yang besar untuk isteri kamu dan keluarga kamu.

Keperluan yang kedua adalah untuk menyayangi isteri kamu. Untuk meletakkan perasaannya lebih tinggi dari perasaan kamu dalam cabaran-cabaran kehidupan memerlukan iman dan kerendahan hati. Kamu mempunyai tanggungjawab untuk memberi dan memelihara keluarga dengan dia semasa melayani orang lain. Melayani orang lain dapat, dari masa ke masa, menggunakan semua tenaga dan kekuatan yang ada pada kamu. Menjadi tua dan kesakitan dapat menambahkan keperluan isteri kamu. Jika kamu memilih pada masa itu untuk meletakkan kebahagiaannya lebih tinggi daripada kebahagiaan kamu, saya janji dengan kamu bahawa kesayangan kamu untuk dia akan bertambah.

Yang ketiga, minta seluruh keluarga untuk saling mengasihi. Presiden Ezra Taft Benson mengajar:

“Dari segi keabadian, penyelamatan adalah hal keluarga. …

“Yang terpenting, anak-anak perlu tahu dan rasa bahawa mereka dikasihi, diingini, dan dihargai. Mereka perlu sering dipastikan tentang hal itu. Ini memang peranan yang ibu bapa patut penuhi, dan kerap kali ibu dapat melakukannya dengan terbaik.”10

Satu lagi sumber yang sangat penting untuk perasaan kasih itu adalah dari anak-anak yang lain dalam keluarga. Penjagaan adik-beradik untuk satu-sama lain yang konsisten akan terjadi hanya dengan usaha yang berterusan dari para ibu bapa dan bantuan Tuhan. Kamu tahu bahawa itu adalah benar dari pengalaman dalam keluarga kamu sendiri. Dan ia dipastikan setiap kali kamu membaca tentang konflik keluarga yang dialami oleh Lehi yang soleh dan isterinya, Sariah, dalam catatan Kitab Mormon.

Kejayaan yang mereka capai memberi panduan untuk kita. Mereka mengajar injil Yesus Kristus dengan begitu baik dan berterusan sehingga anak-anak dan beberapa keturunan melalui generasi-generasi mempunyai hati yang dilembutkan kepada Tuhan dan orang lain. Contohnya, Nefi dan orang lain menulis dan menghubungi ahli-ahli keluarga yang sebelumnya menjadi musuhnya. Kadang-kadang Roh melembutkan hati beribu-ribu orang dan menggantikan kebencian dengan kasih.

Satu cara untuk kamu mengulangi kejayaan Bapa Lehi adalah oleh cara dengan mana kita memimpin doa keluarga dan masa keluarga, seperti malam keluarga. Berikan anak-anak kesempatan untuk berdoa bila mereka dapat berdoa untuk orang lain yang dalam bulatan keluarga yang perlukan berkat-berkat. Sedari dengan cepat permulaan pertengkaran dan mengenali tindakan pelayanan yang ikhlas, terutamanya kepada satu sama lain. Bila mereka berdoa untuk satu sama lain dan melayani satu sama lain, hati-hati akan dilembutkan dan diarahkan kepada satu sama lain dan kepada ibu bapa mereka.

Kesempatan yang ke empat untuk memimpin keluarga kamu dalam cara Tuhan terjadi bila disiplin adalah perlu. Kita dapat memenuhi kewajiban kita untuk membetulkan dengan cara Tuhan dan memimpin mereka ke kehidupan abadi.

Kamu akan ingat kata-kata ini, tapi kamu mungkin belum melihat kuasa kata-kata ini untuk seorang pemegang Imamat Melkisedek yang mempersiapkan keluarganya untuk hidup dalam keadaan sosial yang sama yang akan mereka alami di kerajaan selestial:

“Tidak ada kuasa atau pengaruh yang dapat atau sepatutnya dipertahankan oleh kebajikan keimamatan, hanya oleh bujukan kesabaran, kebaikan dan kelemah-lembutan serta oleh kasih sayang yang sejati;

“Oleh kebaikan hati dan pengetahuan yang sejati, yang akan sangat membesarkan jiwa tanpa kemunafikan dan tanpa tipu daya--

“Kadang-kadang menegur dengan tajam, bila digerakkan ke arah itu oleh Roh Kudus, dan setelah itu menunjukkan bertambahnya kasih sayang terhadap dia yang kamu beri terguran itu, jangan sampai dia menganggap kamu sebagai musuhnya;

“Agar dia dapat mengetahui bahawa imanmu lebih kuat daripada segala ikatan maut.”11

Dan kemudian satu perjanjian datang yang sangat berharga bagi kita sebagai para bapa di Sion: “Roh Kudus akan menjadi temanmu yang setia dan tongkat kerajaanmu merupakan suatu tongkat keadilan dan kebenaran yang tak berubah; dan kerajaanmu adalah kerajaan abadi dan tanpa maksud-maksud paksaan, semua ini akan mengalir kepadamu untuk selama-lamanya.”12

Itu merupakan standard yang tinggi untuk kita, tapi bila kita mengawal kemarahan kita dan padamkan kesombongan kita, Roh Kudus memberi persetujuan-Nya, dan perjanjian-perjanjian yang suci menjadi pasti.

Kamu akan berjaya melalui iman kamu bahawa Tuhan menghantar balik kunci-kunci imamat yang masih berada bersama kita—dengan ikatan kasih yang pasti dengan isteri kamu, dengan bantuan Tuhan dalam mengarahkan hati anak-anakmu kepada satu sama lain dan kepada ibu bapa mereka dalam kasih, dan dengan kasih yang memimpin kamu untuk membetulkan dan mengajar dalam cara yang menjemput Roh.

Saya tahu bahawa Yesus adalah Kristus dan Juruselamat kita. Saya bersaksi bahawa Presiden Thomas S. Monson, yang akan kita dengar sekarang, memegang dan menggunakan semua kunci imamat di bumi hari ini. Saya mengasihinya dan menyokong dia. Saya mengasihi dan berdoa untuk kamu. Dalam nama suci Yesus Kristus, amin.

Tunjuk Rujukan

  1.  

    1.  Ajaran dan Perjanjian 130:2.

  2.  

    2.  Ajaran dan Perjanjian 38:32–33.

  3.  

    3. Lihat Joseph Fielding Smith, Sealing Power and Salvation, Brigham Young University Speeches of the Year (Jan. 12, 1971), speeches.byu.edu.

  4.  

    4.  Matius 16:19.

  5.  

    5. Harold B. Lee, in Conference Report, Oct. 1944, 75.

  6.  

    6. Boyd K. Packer, “The Holy Temple,” Liahona and Ensign, Oct. 2010, 34.

  7.  

    7.  Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 11.

  8.  

    8. Melvin J. Ballard, dipetik oleh Harold B. Lee, dalam Conference Report, Oct. 1970, 111.

  9.  

    9. Joseph Fielding Smith, “Counsel to the Saints and to the World,” Ensign, July 1972, 27.

  10.  

    10. Ezra Taft Benson, “Salvation—a Family Affair,” Tambuli, Nov. 1992, 3, 4; Ensign, July 1992, 2, 4.

  11.  

    11.  Ajaran dan Perjanjian 121:41–44.

  12.  

    12.  Ajaran dan Perjanjian 121:46.