Terima Kasihlah kepada Tuhan

Oleh Elder Russell M. Nelson

Dari Kuorum Dua Belas Rasul


Oleh Elder Russell M. Nelson
Betapa lebih baik kalau semua orang boleh lebih sedar akan kuasa ilahi dan kasih sayang Tuhan dan menyatakan kesyukuran itu kepada Dia.

Saudara-saudari terkasih, kami berterima kasih kepada kamu atas penyokongan kamu yang memberikan tenaga dan kesetiaan kamu. Kami menyatakan kesyukuran dan kasih sayang kita kepada setiap dari kamu.

Baru-baru ini, Sister Nelson dan saya menikmati kecantikan seekor ikan tropika dalam sebuah akuarium sendirian yang kecil. Ikan berwarna yang terang dan berbagai-bagai bentuk dan saiznya berenang dengan lajunya ulang-alik. Saya bertanya kepada atendan yang dekat, "Siapa yang menyediakan makanan untuk ikan yang cantik ini?"

Dia menjawab, "Saya."

Lalu saya bertanya, "Pernahkah mereka berterima kasih kepada kamu?"

Dia menjawab, "Belum lagi!"

Saya berfikir tentang beberapa orang saya kenal yang sama tidak sedar akan Pencipta mereka, dan "roti hidup" mereka yang benar.1 Mereka hidup dari hari ke hari tanpa kesedaran akan Tuhan dan kebaikan-Nya kepada mereka.

Betapa lebih baik kalau semua orang boleh lebih sedar akan kuasa ilahi dan kasih sayang Tuhan dan menyatakan kesyukuran itu kepada Dia. Amon mengajarkan, "marilah kita berterima kasih kepada [Tuhan], karena Dia mengerjakan kebenaran selamanya."2 Tahap kesyukuran kita menyatakan berapa banyak kita menyayangi Dia.

Tuhan Bapa jiwa kita.3 Dia memiliki sebuah badan yang disempurnakan dan dimurnikan terdiri dari daging dan tulang.4 Kita tinggal bersama Dia sebelum kita dilahirkan.5 Dan apabila Dia menciptakan kita secara jasmani, kita diciptakan dalam rupa Tuhan, masing-masing dengan badan sendiri.6

Fikirlah tentang makanan jasmani kita. Itu benar-benar dihantar dari syurga. Udara, makanan, dan air yang diperlukan semua datang kepada kita sebagai kurnia dari seorang Bapa di Syurga yang penuh kasih sayang. Bumi diciptakan untuk menampung perjalanan kita yang singkat dalam kefanaan.7 Kita dilahir dengan keupayaan untuk bertumbuh, sayang, berkahwin, dan membentuk keluarga.

Pernikahan dan keluarga ditahbiskan oleh Tuhan. Keluarga unit sosial yang paling penting dalam waktu ini dan dalam kekekalan. Kerana rencana kebahagiaan yang besar Tuhan, keluarga-keluarga boleh dimeteraikan dalam bait suci dan disediakan untuk balik dan tinggal dalam hadirat suci-Nya selama-lamanya. Itulah kehidupan kekal! Itu memenuhi keinginan yang paling dalam dalam jiwa manusia - keinginan semula jadi akan perhubungan yang tak berhujung dengan ahli keluarga yang terkasih.

Kita sebahagian dari tujuan ilahi-Nya: “Pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku,” Dia mengatakan, adalah “untuk mendatangkan kebakaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”8 Supaya mencapai matlamat-matlamat itu, “begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.”9 Tindakan itu subuah pernyataan ilahi kasih sayang Tuhan. “Sebab Allah mengutus Anak-Nya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia.”10

Pusat dalam rancangan abadi Tuhan adalah misi Putera-Nya, Yesus Kristus.11 Dia datang untuk menebus anak-anak Tuhan.12 Kerana Kurban Tebusan Tuhan, kebangkitan (atau kebakaan) menjadi realiti.13 Kerana Kurban Tebusan, kehidupan abadi menjadi kemungkinan untuk semua yang memenuhi syarat. Yesus menjelaskan:

“Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati,”

“dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya.”14

Atas Kurban Tebusan Tuhan dan kurnia kebangkitan-Nya - atas pesanan menakjubkan Easter ini - terima kasihlah kepada Tuhan!

Kurnia Jasmani

Bapa kita di Syurga menyayangi anak-Nya.15 Dia sudah memberkati mereka masing-masing dengan kurnia jasmani dan rohani. Biarkan saya berkata tentang setiap dari itu. Apabila kamu menyanyi "Aku Anak Allah, " fikirlah akan kurnia badan jasmani kamu sendiri yang diberikan-Nya kamu. Banyak sifat badan kamu yang menakjubkan bersaksi tentang “sifat ilahi” kamu sendiri.16

Setiap organ dalam badan kamu adalah sebuah kurnia yang mengagumkan dari Tuhan. Setiap ada kanta yang boleh berfokus secara auto. Saraf dan otot mengawal dua mata untuk menciptakan subuah imej tiga dimensi. Mata-mata bersambung dengan otak, yang mecatatkan pemandangan yang dipandang.

Jantung kamu sebuah pam yang mengagumkan.17 Jantung memiliki empat injap yang getas yang mengawal hala aliran darah. Injap-injap ini buka dan tutup lebih dari 100.000 kali sehari - 36 milion kali setahun. Walaupun begitu, kecuali apabila diubah oleh penyakit, injap ini boleh bertahan begitu banyak stress hampir untuk selama-lamanya.

Fikirlah tentang sistem pertahanan badan. Untuk melindungi diri dari keburukan, badan mengenali kesakitan. Sebagai jawapan terhadap jangkitan, badan menjanakan antibodi. Kulit menyediakan perlindungan. Kulit mengingatkan terhadap lukaan yang disebabkan oleh terlalu banyak haba atau kesejukan.

Badan mengganti sel yang usangnya dan mengawal tahap bahannya yang penting secara sendiri. Badan menyembuhkan luka, lebam, dan tulang patahnya. Keupayaannya untuk membiak adalah sebuah kurnia suci lagi dari Tuhan.

Biarkan kita diingati bahawa sebuah badan yang sempurna tidak diperlukan untuk mencapai takdir ilahi seorang. Sebenarnya, beberapa dari jiwa paling baik hati mendiami badan yang lemah atau tidak sempurna. Kekuatan rohani hebat sering kali dikembangkan oleh orang dengan cubaan jasmani kerana mereka dicubakan begitu.

Sesipapun yang mempelajari badan manusia telah benar-benar “melihat Allah bergerak dalam keagungan dan kusas-Nya.”18 Kerana badan diperintahkan oleh hukum ilahi, penyembuhan apa pun terjadi melalui kepatuhan pada hukum yang atasnya berkat itu dilandaskan.19

Walaupun begitu beberapa orang berfikir secara salah bahawa sifat-sifat jasmani yang menakjubkan ini terjadi secara kebetulan atau dihasilkan dari sebuah letupan besar dari sesuatu tempat. Tanyalah diri sendiri, "Mungkinkah sebuah letupan dalam dalam sebuah kedai pencetakan menghasilkan sebuah kamus?" Kemungkinannya sangat kecil. Tetapi kalau begitu, memanglah kamus itu tidak boleh menyembuhkan muka suratnya atau membiak edisi lebih barunya sendiri!

Kalau keupayaan badan untuk berfungsi secara biasa, perlindungan, pengawalan, dan pertumbuhan semula berlanjut tanpa had, kehidupan di sini akan terus sampai selama-lamanya. Ya, kita akan terkandas di sini di Bumi! Dengan penuh belas kasihan atas kita, Pencipta kita menyediakan untuk menjadi tua dan proses-proses lain yang akhirnya mengakibatkan kematian jasmani kita. Kematian, semacam kelahiran, sebahagain kehidupan. Tulisan suci mengajar bahawa, “tidaklah arif bahawa manusia akan dipulihkan kembali dari kematian duniawi ini, karena itu akan menghancurkan rencana kebahagiaan yang besar.”20 Untuk balik kepada Tuhan melalui pintu pagar kita memanggil kematian adalah sebuah kegembiraan untuk mereka yang menyayangi-Nya dan sedia berjumpa dengan Dia.21 Akhinya, masa akan sampai apabila “roh dan… tubuh akan dipersatudkan kembali… dalam bentuknya yang sempurna; baik anggota maupun tulang sendi akan dipulihkan pada raganya yang tepat,” untuk tak pernah dipisahkan lagi.22 Atas kurnia-kurnia jasmani ini, terima kasihlah kepada Tuhan!

Kurnia-Kurnia Rohani

Walaupun badan sangat penting, itu melayani sebagai khemah ibadat untuk jiwa abadi seorang. Jiwa kita wujud dalam alam prafana23 dan akan terus hidup selepas badan mati.24 Jiwa menyediakan badan dengan pergerakan dan keperibadian.25 Dalam kehidupan ini dan yang berikutnya, jiwa dan badan, apabila bersambung, menjadi sebuah jiwa yang berharga ilahi.

Kerana jiwa seseorang begitu penting, perkembangannya penting secara abadi. Jiwa dikuatkan semasa kita berkomunikasi dengan Bapa kita di Syurga dalam doa yang rendah hati.26

Sifat-sifat yang olehnya kita dihakimi pada suatu hari nanti semuanya rohani.27 Sifat tersebut termasuk kasih sayang, hemah, integriti, belas kasihan, dan pelayanan kepada orang lain.28 Jiwa kamu, bersama dan di dalam badan kamu, boleh mengembangkan dan menyatakan sifat-sifat ini dalam cara yang sangat penting untuk kemajuan abadi kamu.29 Kemajuan rohani dicapai melalui langkah-langkah iman, pertaubatan, pembaptisan, kurnia Roh Kudus, dan pertahanan sampai akhir, termasuk anugerhan dan tatacara injil pemeteraian dalam bait suci.30

Semacam badan memerlukan makanan seharian untuk hidup, jiwa memerlukan makanan juga. Roh dipelihara oleh kebenaran abadi. Tahun lalu kita merayakan ulang tahun ke-400 terjemahan King James terhadap Alkitab. Dan kita sudah memiliki Kitab Mormon selama hampir 200 tahun. Kitab Mormon sudah diterjemahkan ke dalam 107 bahasa. Kerana ini dan tulisan suci yang berharga lain, kita tahu bahawa Tuhan Bapa kita yang Abadi dan bahawa Putera-Nya, Yesus Kristus, adalah Juruselamat dan Penebus kita. Atas kurnia-kurnia rohani ini, terima kasihlah kepada Tuhan!

Kurnia-Kurnia Injil

Kita semua tahu bahawa nabi dari banyak zaman keagamaan, macam Adam, Nuh, Musa, dan Abraham, semuanya mengajar tentang keilahian Bapa kita di Syurga dan Yesus Kristus. Zaman keagamaan kita sekarang dimulakan oleh Bapa di Syurga dan Yesus Kristus, apabila Mereka menunjukkan diri kepada Nabi Joseph Smith pada tahun 1820. Gereja diorganisasi pada tahun 1830. Sekarang, 182 tahun nanti, kita masih bawah perjanjian untuk membawa injil ke “setiap bangsa, kaum, bahasa, dan khalayak.”31 Semasa kita buat begitu, baik pemberi mahupun penerima akan diberkati.

Kita bertanggungjawab untuk mengajar anak-Nya dan membangunkan dalam mereka kesedaran akan Tuhan. Banyak tahun lalu Raja Benyamin berkata:

“Percayalah kepada Allah; percayalah bahwa Dia ada, dan bahwa Dia menciptakan segala sesuatu, baik di langit maupun di bumi; …

“percayalah bahwa kamu mesti bertobat dari dosa-dosamu dan meninggalkannya, dan rendahkanlah hatimu di hadapan Allah; dan mintalah dalam ketulusan hati agar Dia akan mengampunimu; dan sekarang, jika kamu memercayai segala hal ini pastikanlah bahwa kamu melakukannya.”32

Tuhan sama kemarin, hari ini, dan selamanya, tetapi kita tidak. Setip hari, kita bercabaran untuk mencapai kuasa Kurban Tebusan supaya kita boleh benar-benar berubah, menjadi lebih macam Kristus, dan memenuhi syarat untuk terima kurnia kemuliaan dan hidup selama-lamanya bersama Tuhan, Yesus Kristus, dan keluarga kita.33 Untuk kuasa, hak istimewa, dan kurnia injil ini, terima kasihlah kepada Tuhan!

Saya bersaksi bahawa Dia hidup, bahawa Yesus adalah Kristus, dan bahawa ini Gereja-Nya, dipulihkan dalam zaman akhir ini untuk mencapai takdir ilahinya. Kita dipimpin oleh Presiden Thomas S. Monson, yang kita sayangi dan menyokong dengan segenap hati kita, semacam kita juga menyokong penasihatnya dan Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat dan pewahyu. Saya bersaksi begini dalam nama Yesus Kristus, amin.

Tunjuk Rujukan

  1.  

    1.  Yohanes 6:35, 48; lihat juga ayat 51.

  2.  

    2.  Alma 26:8; Lihat also Alma 7:23.

  3.  

    3. Lihat Kisah Para Rasul 17:27–29.

  4.  

    4. Lihat Ajaran dan Perjanjian 130:22.

  5.  

    5. Lihat Moses 6:51; Roma 8:16; Ibrani 12:9; Yeremia 1:4–5.

  6.  

    6. Lihat Kejadian 2:7; 1 Korintus 15:44; Mosa 3:7.

  7.  

    7. Lihat 1 Nefi 17:36.

  8.  

    8.  Musa 1:39.

  9.  

    9.  Yohanes 3:16.

  10.  

    10.  Yohanes 3:17.

  11.  

    11. Tujuannya diringkaskan dengan singkat dalam 3 Nefi 27:13–22.

  12.  

    12. Lihat Alma 11:40.

  13.  

    13. Lihat 2 Nefi 9:6–7, 20–22.

  14.  

    14.  Yohanes 11:25–26.

  15.  

    15. Lihat 1 Nefi 17:40; 1 Yohanes 4:10.

  16.  

    16.  2 Petrus 1:4.

  17.  

    17. Juntang mengepam kira-kira 7.570 L sehari.

  18.  

    18.  Ajaran dan Perjanjian 88:47.

  19.  

    19. Lihat Ajaran dan Perjanjian 130:21. Memang hokum ilahi itu tidak boleh dibatalkan.

  20.  

    20.  Alma 42:8.

  21.  

    21. Yang menulis mazmur menyatakan pandangan Tuhan: “Berharga di mata Tuhan kematian semua orang yang dikasihi-Nya” (Mazmur 116:15); lihat juga Pengkhotbah 12:7.

  22.  

    22.  Alma 11:43; lihat juga Pengkhotbah 12:7; Alma 40:23; Ajaran dan Perjanjian 138:17.

  23.  

    23. Lihat Ajaran dan Perjanjian 93:38.

  24.  

    24. Lihat Alma 40:11; Abraham 3:18.

  25.  

    25. Roh dalam rupa orangnya (lihat Ajaran dan Perjanjian 77:2).

  26.  

    26. Lihat 3 Nefi 14:9–11.

  27.  

    27. Roh, bukan badan, yang adalah bahagian jiwa yang aktif dan bertanggungjawab. Tanpa roh, badan mati (lihat Yakobus 2:26). Kerananya, adalah Roh yang memilih kebenaran atau kejahatan dan akan dihakimi baik untuk sifat yang baik mahupun sifat yang negatif yang dimilikinya pada Penghakiman Terakhir (lihat Alma 41:3–7).

  28.  

    28. Macam “iman, kebajikan, pengetahuan, kesahajaan, kesabaran, kebaikan hati persaudaraan, kesalehan, kasih amal, kerendahan hati, [dan] ketekunan” (Ajaran dan Perjanjian 4:6).

  29.  

    29. Lihat 2 Nefi 2:11–16, 21–26; Moroni 10:33–34.

  30.  

    30. Inilah ajaran Kristus (lihat 2 Nefi 31:11–21).

  31.  

    31.  Mosia 15:28; lihat juga 1 Nefi 19:17; 2 Nefi 26:13; Mosia 3:20; 15:28; 16:1; Alma 37:4; Ajaran dan Perjanjian 1:18–23; 77:11; 133:37.

  32.  

    32.  Mosia 4:9–10.

  33.  

    33. “Kehidupan kekal … adalah yang terbesar dari segala karunia Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 14:7).