Pekerja Di Ladang Anggur

Oleh Elder Jeffrey R. Holland

Dari Kourum Dua belas Rasul


Oleh Elder Jeffrey R. Holland
Sila mendengar bisikan dari Roh Kudus memberitahu anda sekarang, pada saat ini, bahawa anda hendaknya menerima kurnia penebusan Yesus Kristus.

Bercakap tentang panggilan dan pelepasan yang baru sahaja diumumkan oleh Presidensi Utama, saya hendak bercakap untuk semua dalam berkata bahawa kami akan mengingat dan selalu mengasihi mereka yang telah berkhidmat dengan begitu setia bersama kami, juga seperti kami dengan segera mengasihi dan menyambut mereka yang kini dipanggil untuk berkhidmat dalam berbagai kedudukan. Rasa terima kasih kami yang mendalam kepada anda sekalian.

Saya pada hari ini ingin bercakap tentang perumpamaan Juruselamat di mana seorang pemilik tanah “keluar pada fajar untuk mengupah orang bekerja di ladangnya.” Selepas menggunakan kumpulan pertama pukul 6:00 pagi, dia kembali pada pukul 9:00, pada pukul 12:00 tengah hari dan pada pukul 3:00 petang untuk mengupah lebih banyak pekerja kerana musim menuai yang meningkat. Kitab suci berkata bahawa dia datang kembali terakhir kali, “pada kira-kira pukul lima petang” untuk mengupah kumpulan orang terakhir. Hanya satu jam kemudian, para pekerja berkumpul untuk menerima upah mereka hari itu. Dengan mengejutkan, semua pekerja menerima upah yang sama walaupun berbeza jam kerja. Dengan segera, pekerja yang pertama diupah menjadi marah, dan berkata, “Pekerja-pekerja yang datang terakhir ini bekerja hanya satu jam, dan engkau menyamakan mereka dengan kami yang bekerja berat sepanjang hari di bawah terik matahari.”1 Bila membaca perumpamaan ini, mungkin anda, sama juga dengan para pekerja ini, berasa diperlakukan secara tidak adil. Biarlah saya bercakap tentang kerisauan ini.

Pertama-tama, adalah penting untuk dicatat bahawa tidak satupun yang telah diperlakukan secara tidak adil disini. Para pekerja yang awal setuju kepada gaji penuh di hari itu dan menerimanya. Lebih lanjut, saya boleh membayangkan yang mereka sangat bersyukur memperoleh pekerjaan. Di zaman Juruselamat, seorang lelaki biasa dan keluarganya tidak boleh melakukan lebih daripada hidup pada apa yang mereka peroleh pada hari itu. Sekiranya anda tidak bekerja atau berladang atau memancing ataupun berjualan, anda mugkin tidak makan. Dengan banyak pekerja yang tersedia daripada pekerjaan, orang-orang yang pertama dipilih adalah yang paling bernasib baik dalam sekelompok pekerja yang tersedia di pagi itu.

Sesungguhnya, jika kita patut merasa simpati, ianya paling sedikit pada mulanya adalah bagi para lelaki yang tidak dipilih, yang juga mempunyai keperluan keluarga yang harus dipenuhi. Beberapa dari mereka nampaknya tidak pernah beruntung dalam mendapatkan pekerjaan. Dengan lawatan setiap pelayan sepanjang hari, mereka selalu nampak orang lain yang dipilih.

Tetapi pada hujung hari, penyewa kembali kelima kalinya mengejutkan dengan tawaran yang luar biasa! Buruh terakhir dan yang paling bertawar hati ini, yang hanya mendengar bahawa mereka akan diperlakukan dengan adil, menerima kerja walaupun tanpa mengetahui upahnya, mereka tahu bahawa apa sahaja akan lebih baik daripada tidak ada kerja, itulah apa yang mereka mempunyai sebegitu jauh. Kemudian mereka berkumpul untuk menerima pembayaran mereka, mereka terkejut menerima pembayaran yang sama seperti semua buruh yang lain. Betapa rasa kagum dan sangat bersyukur sekali mereka! Mereka mungkin tidak pernah mengalami rasa kasihan semacam itu dalam semua masa mereka sebagai buruh.

Adalah dengan pemahaman akan cerita itu bahawa rungutan daripada buruh yang pertama harus dilihat. Seperti penyewa dalam perumpamaan ini berkata kepada mereka (dan saya memparafrasakan hanya sedikit): “kawan-kawan saya, saya bukan berlaku tidak adil kepada kamu. Kamu bersetuju akan upah untuk hari itu, satu upah yang baik. Kamu sangat bergembira bekerja, dan saya sangat gembira dengan pelayanan kamu. Kamu dibayar penuh. Ambillah upah kamu dan nikmatilah berkat itu. Dan bagi pekerja yang lain, dia berkata, “sudah tentu saya bebas untuk berbuat apa dengan wang saya.” Kemudian ini soalan berwawasan kepada siapapun dimasa itu ataupun sekarang untuk mereka yang perlu mendengarnya: “Mengapa anda harus menjadi cemburu kerana saya memilih untuk berbuat baik?

Saudara dan saudari, terdapat masa-masa dalam kehidupan kita apabila seseorang yang lain memperoleh suatu berkat yang tidak dijangka ataupun menerima beberapa penghargaan yang istimewa. Bolehkah saya memohon kepada kita semua supaya tidak terluka hati—sudah tentu tidak berasa cemburu—apabila berkat-berkat yang baik datang kepada orang lain? Berkat kita tidak dikurangi apabila seseorang diberikan lebih. Kita tidak berlumba melawan satu sama lain, melihat sesiapa yang terkaya atau yang paling berbakat atau yang paling cantik atau pun yang paling diberkati. Perlumbaan kita yang sebenarnya adalah perlumbaan melawan dosa dan sudah tentu kecemburuan itu adalah dosa yang universal dari dosa-dosa itu. Lebih lanjut kemburuan adalah suatu kesalahan yang berterusan.

Dengan jelas kita menderita sedikit bila beberapa nasib malang menimpa kita, tetapi kecemburuan membuat kita menderita yang disebabkan oleh semua nasib baik yang menimpa setiap orang yang kita kenal! Sikap cemburu ini tidak memberikan harapan bagi masa depan. Itu akan lebih memalukan pada akhirnya, apabila kita mengetahui bahawa Tuhan sebenarnya adil dan berbelas kasihan, memberikan “semua yang Beliau punyai” kepada semua yang mematuhi-Nya2 seperti yang dikatakan dalam kitab suci. Jadi, pelajaran pertama dari Penyewa-Penyewa Ladang Anggur : mendambakan, merajuk, atau membuat orang lain sengsara tidaklah memperbaiki posisi anda, mahupun merendahkan orang lain tidak memperbaiki imej diri anda. Jadi bersikap baiklah, dan bersyukur bahawa Tuhan itu baik. Itulah jalan hidup yang gembira.

Perkara kedua yang ingin saya mengambil dari perumpamaan ini adalah kesalahan yang duka yang beberapa orang boleh membuat bila mereka tidak menghiraukan penerimaan upah mereka pada hujung hari kerana mereka asyik dengan perkara yang mereka anggap masalah pada awal hari. Tidak dikatakan dalam kitab suci bahawa seseorang melemparkan duit logam pada wajah penyewa dan pergi dengan marah dan tak berwang tetapi saya kira itu mugkin sahaja terjadi kepada seseorang.

Saudara dan saudari saya yang terkasih, apa yang terjadi dalam cerita ini pada pukul 9:00 atau tengah hari atau pukul 3:00 tidaklah penting apabila dibandingkan dengan pembayaran yang mengagumkan pada hujung hari. Pola untuk memajukan iman adalah untuk terus bekerja dan memastikan yang pekerjaan itu selesai, dan membiarkan kekhuatiran pada masa awal—yang nyata ataupun yang dibayangkan—menyusut dengan hebat apabila dibandingkan dengan pembayaran terakhir yang berlimpah. Janganlah terus memikirkan masalah lampau atau rungutan—tidak terhadap diri anda mahupun jiran anda, ataupun boleh saya tambahkan terhadap Gereja yang benar dan hidup. Keagungan hidup anda, dan kehidupan jiran anda serta injil Yesus Kristus akan dinyatakan pada hari terakhir, juga sekiranya keagungan sedemikian itu tidak dikenali oleh setiap orang pada mulanya. Janganlah menjadi cemas tentang sesuatu yang terjadi pada pukul 9:00 pagi apabila rahmat Tuhan mencuba menganugerahi anda pada pukul 6:00 petang tidak masalah apapun persetujuan kerja anda pada hari itu.

Kita benar-benar menghabiskan emosi yang berharga dan kekuatan rohani kita dengan berpegang teguh pada suatu kejadian yang tidak menyenangkan di masa lalu, atau pada sesuatu yang dikatakan ataupun yang dilakukan oleh suami atau isteri 20 tahun yang lalu, yang kita memastikan untuk membuat dia terus mengingat dan berasa bersalah untuk 20 tahun lagi, atau peristiwa dalam sejarah Gereja yang hanya membuktikan bahawa manusia akan sentiasa berjuang untuk menjadi sebaik harapan yang Tuhan mempunyai bagi mereka. Juga apabila salah satu rungutan itu tidak berasal dari anda, ianya boleh berakhir dengan anda. Dan akan ada pahala yang besar bagi sumbangan itu apabila Tuan ladang anggur itu melihat kedalam mata anda dan segala perkara yang salah akan ditetapkan benar, dan semua dosa akan diampuni pada hari akhir duniawi kita.

Itu membawa saya kepada perkara ketiga dan terakhir saya. Perumpamaan ini—seperti semua perumpamaan lain—bukan sebenarnya tentang buruh atau upah tetapi lebih daripada perumpamaan lain tentang biri-biri dan kambing. Ianya cerita tentang kebaikan Tuhan, kesabaran-Nya dan pengampunan, dan korban tebusan Tuhan Yesus Kristus. Ianya cerita tentang kemurahan hati dan rasa kasihan. Ianya cerita tentang rahmat. Ianya menegaskan fikiran yang saya mendengar tahun yang lalu bahawa sudah tentu perkara yang Tuhan paling menikmati tentang menjadi Tuhan ialah keriangan berbelas kasihan, khususnya kepada mereka yang tidak menjangkanya dan sering berasa mereka tidak layak untuk menerimanya.

Saya tidak tahu sesiapa di khalayak luas ini pada hari ini yang mungkin perlu untuk mendengar mesej pengampunan yang wujud dalam perumpamaan ini, tetapi bagaimanapun anda berfikir yang anda telah terlambat, bagaimanapun banyaknya peluang yang anda fikir telah anda terlepas, bagaimanapun banyaknya kesalahan yang anda rasa anda telah dibuat, atau bakat yang anda berfikir yang anda tidak punyai, atau jarak antara rumah dan keluarga dan Tuhan yang anda rasa anda telah mengembara, saya bersaksi bahawa anda tidak mengembara di luar jangkauan kasih ilahi. Ianya tidak memungkinkan anda untuk tenggelam lebih rendah daripada cahaya yang tidak terhad dari korban tebusan Yesus Kristus yang boleh mencapai.

Sama ada anda belum memeluk agama kita atau pernah bersama kami dan masih belum tetap, tidak ada yang telah anda lakukan yang tidak dapat dibatalkan. Tiada masalah yang anda tidak boleh mengatasi. Tiada impian pada berlalunya masa dan kekekalan yang belum dapat dicapai. Juga apabila anda pekerja yang tersesat dan terakhir pada hujung hari, Tuan ladang anggur itu berdiri mengisyaratkan. “Marilah kita dengan keberanian menghadap takhta Tuhan,”3 dan menyembah Yang Maha Kudus Tuhan Israel. Marilah berjamu “tanpa wang dan tanpa harga”4 pada meja Tuhan.

Saya khususnya membuat suatu permohonan kepada para suami dan ayah, penanggung imamat dan bakal penanggung imamat, untuk, seperti Lehi berkata, “Bangunlah! Dan bangkitlah dari debu … dan jadilah jantan.”5 Tidak selalu tetapi sering para lelaki yang memilih untuk tidak menjawab panggilan untuk “mari ikut kami.”6 Para Wanita dan anak-anak selalu kelihatannya lebih rela. Saudara-saudara, ialah masanya untuk bertindak. Melakukannya demi anda. Melakukannya demi mereka yang mengasihi mu dan berdoa agar anda akan menjawab. Melakukannya demi Tuhan Yesus Kristus, yang membayar harga yang tidak dapat difahami untuk masa depan yang Dia ingin anda mempunyai.

Saudara dan saudari saya yang terkasih, kepada anda yang telah diberkati dengan injil selama bertahun-tahun disebabkan anda cukup beruntung menemukannya awal, kepada anda yang telah datang kepada injil sedikit demi sedikit kemudian, dan kepada anda yang—menjadi ahli atau belum menjadi ahli—yang masih enggan bergabung, kepada anda masing-masing, satu dan semuanya, saya bersaksi atas kuasa pembaharuan kasih Tuhan dan mukjizat rahmat-Nya. Kerisauan Beliau tentang iman yang akan anda peroleh, tidaklah berdasarkan waktu dimana anda memperoleh iman itu.

Jadi, apabila anda telah membuat perjanjian, jagalah perjanjian itu. Apabila anda belum membuatnya, buatlah perjanjian itu. Apabila anda telah membuat perjanjian dan melanggarnya, bertaubatlah dan memperbaikinya. Ialah tidak pernah terlambat selama Tuan ladang anggur itu berkata bahawa masih ada waktu. Sila mendengar bisikan Roh Kudus memberitahu anda sekarang, pada saat ini, bahawa anda hendaknya menerima kurnia penebusan Tuhan Yesus Kristus dan menikmati persahabatan kerja-Nya. Janganlah ditunda. Waktunya hampir lewat. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Show References

  1.  

    1. Lihat Matius 20:1–15.

  2.  

    2.  Lukas 12:44.

  3.  

    3.  Ibrani 4:16.

  4.  

    4.  Yesaya 55:1.

  5.  

    5.  2  Nefi 1:14,21.

  6.  

    6. “Kita Terpadu”, Nyanyian Rohani, no. 119.