Usaha Penyelamatan untuk Penumbuhan yang Sebenar

Oleh Uskup Richard C. Edgley

Penasihat Pertama dalam Keuskupan Utama


Oleh Uskup Richard C. Edgley
Menyelamatkan jiwa adalah pekerjaan yang Juruselamat telah panggil kita semua lakukan.

Kebelakangan ini penekanan yang lebih besar telah diletakkan pada mendirikan “penumbuhan sebenar” dalam Gereja, membawa semua orang yang rela untuk menerima dan mematuhi tata cara dan perjanjian yang menyelamatkan (lihat Alma 5:14). Salah satu cara yang terpenting dan yang paling bermakna untuk mendirikan penumbuhan sebenar adalah untuk menghubungi dan membawa kembali mereka yang telah dibaptis tetapi yang merayau-rayau dalam keadaan yang kurang aktif, tanpa berkat-berkat dan tata cara-tata cara yang menyelamatkan. Tidak kira apa panggilan kita yang individu—pengajar keluarga atau pengajar berkunjung, pengajar Sekolah Hari Ahad, uskup, bapa, ibu, atau Penguasa Umum—kita semua dapat menyertai usaha penyelamatan dalam cara yang bermakna. Kerana, membawa semua orang—keluarga kita, orang yang bukan ahli Gereja, para ahli yang kurang aktif, para pendosa—kepada Kristus untuk menerima tata cara-tata cara yang menyelamatkan adalah panggilan kita yang syurgawi yang kita semua punyai.

Pada satu pagi hari Ahad kira-kira 30 tahun lalu, semasa melayani dalam presidensi pancang, kami terima panggilan telefon dari seorang uskup yang penuh iman. Dia menjelaskan bahawa bahagiannya telah bertumbuh begitu cepat sehingga dia tidak dapat memberi panggilan yang bermakna kepada semua ahli yang layak. Rayuannya kepada kami adalah supaya kami membahagikan bahagian itu. Semasa menunggu kelulusan yang demikian, kami memutuskan sebagai presidensi pancang bahawa kami akan mengunjungi bahagian ini dan memanggil saudara-saudari yang baik dan layak ini untuk menjadi para mubaligh pancang.

Orang ketiga yang saya jumpa adalah seorang pelajar perempuan muda yang belajar di universiti tempatan. Selepas bercakap-cakap beberapa minit, saya memberi panggilan untuk melayani sebagai mubaligh pancang. Terdapat kesenyapan selama beberapa minit. Lalu dia berkata, “Presiden, tidakkah kamu tahu bahawa saya tidak aktif dalam Gereja?”

Selepas beberapa minit kesenyapan, saya berkata, “Tidak, saya tidak tahu kamu tidak aktif.”

Dia menjawab, “Bertahun-tahun lamanya sudah saya tidak aktif dalam Gereja.” Lalu dia berkata, “Tidakkah kamu tahu bahawa bila seseorang menjadi tidak aktif, ia bukan mudah untuk kembali?”

Saya menjawab, “Tidak. Bahagian kamu bermula pada pukul 9 pagi. Bila kamu masuk bangunan Gereja, kamu berada bersama kami.”

Dia menjawab, “Tidak, ia bukan semudah itu. Orang yang tidak aktif merisaukan banyak hal. Mereka risau sama ada seseorang akan menyambut mereka atau sama ada mereka akan duduk bersendirian dan tidak perasan semasa perjumpaan. Dan mereka risau sama ada mereka akan diterima dan siapa akan menjadi kawan-kawan baru.”

Dengan air mata menuruni pipinya, dia teruskan, “Saya tahu bahawa ibu dan bapa saya telah berdoa untuk saya bertahun-tahun lamanya untuk membawa saya kembali ke Gereja.” Lalu selepas satu minit lagi kesenyapan, dia berkata, “Selama tiga bulan yang lalu saya telah berdoa untuk mencari keberanian, kekuatan, dan jalan untuk kembali ke keaktifan.” Lalu dia bertanya, “Presiden, adakah kamu fikir bahawa panggilan ini adalah jawaban kepada doa-doa itu?”

Mata saya bermula berair ketika saya menjawab, “Saya percaya Tuhan telah menjawab doa-doa kamu.”

Dia bukan saja terima panggilan itu; dia menjadi mubaligh yang baik sekali. Dan saya pasti dia membawa banyak kebahagiaan bukan saja kepada dirinya tetapi juga kepada ibubapanya dan ahli keluarganya yang lain.

Terdapat beberapa hal yang saya belajar dari pengalaman ini dan temu duga-temu duga yang lain.

  • Saya belajar bahawa ramai ahli yang kurang aktif mempunyai keluarga atau kawan yang berdoa hari-hari untuk memohon kepada Tuhan untuk bantuan dalam penyelamatan ahli keluarga atau kawan mereka yang kurang aktif.

  • Saya belajar bahawa ia bukan mudah atau selesa untuk seorang ahli yang kurang aktif untuk masuk Gereja begitu saja. Mereka perlu bantuan. Mereka perlu sokongan. Mereka perlu persahabatan.

  • Tetapi saya belajar bahawa terdapat para ahli yang kurang aktif yang rela dan yang cuba untuk mencari jalan untuk kembali ke keaktifan.

  • Saya belajar bahawa ramai ahli yang kurang aktif akan menerima panggilan kalau diminta.

  • Saya belajar bahawa seorang ahli yang kurang aktif patut diperlakukan sama dengan orang lain dan patut dipandang sebagai anak Tuhan yang menyayangi.

Sejak pengalaman itu saya telah memikirkan bagaimana temu duga itu akan terjadi kalau saya memperlakukan dia sebagai seorang ahli Gereja yang kurang aktif. Saya akan membiarkan kamu untuk memutuskan apa yang mungkin terjadi.

Pengaktifan kembali telah sentiasa dianggap sebagai bahagian yang penting dalam pekerjaan Tuhan. Pengaktifan memang menjadi tanggungjawab setiap ahli, tetapi para pemegang Imamat Harun dan Melkisidek mempunyai tanggungjawab untuk memimpin dalam pekerjaan ini. Itu memang tujuan pelayanan imamat—membawa semua orang kepada perjanjian-perjanjian yang memuliakan; membawa ketenangan, kebahagiaan, dan harga diri.

Dari pembelajaran Kitab Mormon, kamu akan ingat bila Alma Pemuda mendapat tahu bahawa bangsa Zoram telah menyimpang dari Gereja, dia mengorganisasikan sekumpulan pemimpin-pemimpin gereja untuk menolong orang-orang ini. Ketika mereka memulakan tugas mereka, mereka marayu dengan Tuhan dengan kata-kata ini:

“Ya Tuhan, mahukah Engkau menganugerahkan kepada kami agar kami dapat berhasil di dalam membawa mereka kembali kepadaMu di dalam Kristus?

“Lihatlah, ya Tuhan, jiwa mereka adalah berharga dan banyak di antara mereka adalah saudara kami; kerana itu, berilah kepada kami, ya Tuhan, kekuatan serta kebijaksanaan agar kami dapat membawa orang-orang ini, saudara-saudara kami, kembali kepadaMu.” (Alma 31:34–35)

Beberapa bulan lalu selepas saya berjumpa dengan para penganut baru dan para ahli yang kurang aktif dan yang telah diaktifkan, seorang lelaki yang seumur dengan saya datang kepada saya dan berkata, “Saya telah kurang aktif kebanyakan kehidupan saya. Saya menyimpang dari Gereja pada awal kehidupan saya. Tetapi saya sudah kembali, dan saya kerja di bait suci bersama isteri saya.”

Untuk memberitahu dia bahawa semuanya baik, saya menjawab: “Segalanya baik kalau segalanya berakhir dengan baik.”

Dia menjawab, “Tidak, bukan segalanya baik. Saya sudah kembali ke Gereja, tapi saya telah hilang semua anak dan cucu saya. Dan sekarang saya menyaksikan kehilangan cicit-cicit saya—semuanya di luar Gereja. Bukan segalanya baik.”

Dalam keluarga kami, kami ada nenek moyang yang menyertai Gereja di Eropah pada masa awal Gereja. Salah satu anak lelaki menajadi tidak aktif. Saudari Edgley dan saya telah cuba mengesan keturunan nenek moyang yang tidak aktif ini.

Ia mudah untuk kami menyimpulkan bahawa semasa enam generasi ini dan dengan sangkaan yang munasabah, mungkin terdapat kehilangan sampai 3,000 ahli keluarga. Sekarang cuba mengunjurkan dua generasi lagi. Kehilangan orang dapat mendekati 20,000 ke 30,000 anak Bapa kita di Syurga.

Tanggungjawab untuk menyelamatkan adalah berdasarkan salah satu ajaran Gereja yang paling asas.

“Ingatlah, nilai jiwa adalah sangat berharga pada pandangan Tuhan;

“Kerana lihatlah, Tuhan, Penebusmu menderita kematian secara daging, dengan demikian Dia menderita kesakitan semua orang, agar semua orang boleh bertaubat dan datang kepadaNya. …

“Dan seandainya engkau harus bekerja sepanjang hidupmu menyerukan pertaubatan kepada rakyat ini, dan membawa meski hanya satu jiwa kepadaKu, betapa besar jadinya kesukaanmu jika engkau dapat membawa banyak jiwa kepadaKu!” (A&P 18:10–11,15).

Saya telah mempunyai peluang menyelamatkan beberapa ahli yang kurang aktif semasa kehidupan saya. Sekarang bila saya tolong membawa seorang kembali ke keaktifan Gereja, saya tidak memandang satu jiwa saja; saya melihat enam, tujuh, atau lebih generasi—beribu-ribu jiwa. Dan saya memikirkan ayat suci itu: “Membawa meski hanya satu jiwa kepadaKu, betapa besar jadinya kesukaanmu” (A&P 18:15).

Kepada Para RasulNya, Tuhan berkata, “Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit” (Matius 9:37). Para pekerja tidak patut sedikit. Terdapat beribu-ribu pemegang imamat yang berkebolehan dan layak dan berjuta-juta ahli Gereja yang komited di seluruh dunia. Kita ada majlis bahagian yang berfungsi, kuorum-kuorum imamat, Lembaga-Lembaga Pertolongan, dan organisasi yang lain, semuanya dengan tanggungjawab untuk mengaktifkan para ahli yang kurang aktif. Menyelamatkan jiwa-jiwa adalah pekerjaan yang telah Tuhan panggil kita untuk melaksanakan.

Saya telah merujukkan doa yang Alma dan rakan-rakannya berikan semasa mereka memulakan perjalanan untuk menyelamatkan bangsa Zoram. Semasa Perang Dunia Kedua kira-kira 500 askar Amerika Syarikat dan orang tempatan ditawan di sebuah kem penjara. Oleh kerana penderitaan dan kerisauan untuk keselamatan mereka, sekumpulan 100 askar Amerika Syarikat sukarela dipilih untuk menyelamatkan para tawanan ini. Setelah para sukarela berkumpul, pegawai besar mengarahkan mereka begini: “Malam ini jumpalah dengan para pemimpin keagamaan kamu, berlutut, dan berjanji kepada Tuhan bahawa selama kamu masih dapat bernafas, kamu tidak akan membiarkan lelaki-lelaki itu menderita satu minit lagi.” (Lihat Hampton Sides, Ghost Soldiers: The Forgotten Epic Story of World War II’s Most Dramatic Mission [2001], 28–29.) Penyelamatan yang berjaya ini adalah penyelamatan dari penderitaan yang jasmani dan sementara. Adakah kita patut kurang berani dalam usaha kita untuk menyelamatkan mereka yang mungkin dapat menderita akibat yang rohani dan abadi? Adakah kita patut membuat komitmen yang kurang kepada Tuhan?

Sebagai kesimpulan, sebagai para ahli Gereja Kristus yang benar dan hidup, komitmen kita berasal dari fakta bahawaTuhan menderita untuk setiap kita—orang yang bukan ahli, ahli yang kurang aktif, para pendosa, dan ahli-ahli keluarga kita sendiri. Saya percaya kita dapat membawa beribu-ribu orang kepada kebahagiaan, ketenangan, dan kemanisan injil, dan beratus-ratus ribu, bahkan berjuta-juta orang, kepada generasi-generasi mereka yang berikut. Saya percaya kita dapat berjaya kerana inilah Gereja Tuhan, dan oleh kuasa imamat dan keahlian kita, kita telah dipanggil untuk berjaya. Saya bersaksi kepada kamu dalam nama Yesus Kristus, amin.