Untuk Menjaga Dengan Kudus

Dari Tujuh Puluh


Oleh Elder Paul B. Pieper
Perkara-perkara yang kudus harus dilayan dengan lebih banyak perhatian, dan penghormatan, dan takzim yang lebih mendalam.

Kira-kira seribu lima ratus tahun sebelum Kristus, seorang gembala ditarik ke satu semak yang terbakar pada Gunung Horeb. Pertemuan ilahi ini memulakan pengubahan Musa dari seorang gembala ke seorang nabi dan kerjanya dari menjaga domba ke mengumpulkan bangsa-bangsa Israel. Seribu tiga ratus tahun kemudian, seorang imam muda yang sangat dihormatkan yang berada dalam istana raja ditarik hati oleh kesaksian rohani seorang nabi yang dikutuk. Pertemuan ini memulakan perkembangan Alma dari seorang pejawat kerajaan ke seorang hamba Tuhan dan fokusnya dari mencarikan kuasa ke melayan orang. Hampir dua ribu tahun kemudian, seorang remaja yang berusia 14 tahun memasuki satu dusun untuk mencarikan jawapan kepada soalannya yang ikhlas. Pertemuan Joseph Smith dalam dusun itu meletakkan dia pada jalan untuk menjadi seorang nabi dan jalan ke satu pemulihan.

Hidup Musa, Alma, dan Joseph Smith sudah berubah oleh pertemuan-pertemuan dengan Tuhan. Pengalaman-pengalaman ini memperkuatkan mereka untuk tetap menjadi beriman kepada Tuhan dan kerja-Nya sepanjang hidup mereka, meskipun mereka menghadapi pertentangan dan cubaan yang sukar kemudian.

Pengalaman ilahi kita mungkin tidak begitu terus atau dramatic, dan cabaran kita tidak begitu hebat. Tetapi, seperti mereka, kekuatan kita untuk bertahan dengan beriman bergantung pada mengenal, mengingat, dan menjaga dengan kudusnya kesaksian-kesaksian yang kita terima melalui pertemuan ilahi.

Hari ini, kewenangan, kunci-kunci, dan tatacara-tatacara sudah dipulihkan pada bumi ini. Juga adanya kitab-kitab suci dan saksi-saksi istimewa. Mereka yang mencarikan Tuhan boleh menerima pembaptisan demi pengampunan dari dosa-dosa dan penetapan “melalui peletakan tangan untuk pembaptisan api dan Roh Kudus” (A&P 20:41). Dengan memiliki kurnia-kurnia pemulihan ini, pertemuan ilahi kita akan banyak terlibat kitab-kitab suci, para nabi, dan ahli ketiga dalam Kesatuan Ketuhanan.

“Melalui satu suara lembut tenang, Roh berucap kepadaku
Untuk membimbing dan menyelamatku dari kejahatan yang ku nampak”
(“The Still Small Voice,” Children’s Songbook, 106)
“Biar Roh Kudus membimbing;
Menuntun dan bersaksi.
Mengajar tentang Kristus,
Memberi t’rang syurgawi”
(“Let the Holy Spirit Guide,” Hymns, no. 143)

Bila kita mencarikan terang dan kebenaran, kita berasa suara yang tenang lembut membisik kepada roh kita. Perasaan ini-impresi ini-begitu natural dan begitu halus, kita mungkin boleh terlepaskan perhatian atau mengganggap ia adalah alasan atau intuisi. Merenungkan dan mencatatkan impresi yang datang dari Roh setiap hari akan menolong kita untuk mengenali pertemuan ilahi peribadi kita dan menjaga catatan untuk kita diri sendiri dan generasi akan datang. Mencatatkan impresi itu juga merupakan satu pengakuan rasmi tentang penghargaan dan penerimaan kepada Tuhan, kerana “Tidak dalam apa pun manusia bersalah terhadap Tuhan, atau tidak terhadap siapa pun kemurkaan-Nya tersulut, kecuali mereka yang tidak mengakui tangan-Nya dalam segala sesuatu” (A&P 59:21).

Mengenai perkara yang kita terima melalui Roh, Tuhan memperingatkan kita: “Ingatlah bahawa apa yang datang dari atas adalah kudus” (A&P 63:64). Pernyataan-Nya lebih dari satu peringatan; ia adalah satu definasi dan penjelasan. Terang dan pengetahuan dari syurga adalah kudus. Ia kudus kerana syurga adalah sumbernya.

Kudus bererti berkelayakkan penghormatan dan penghargaan. Dengan mengklasifikasikan sesuatu sebagai kudus, Tuhan menandakan ia sesuatu yang bernilai lebih besar dan lebih penting dari perkara lain. Perkara-perkara yang kudus harus dilayan dengan lebih banyak perhatian, dan penghormatan, dan takzim yang lebih mendalam. Kekudusan berada dalam pangkat yang tinggi dalam tatatingkat nilai-nilai syurgawi.

Perkara yang kudus bagi Tuhan hanya boleh menjadi kudus bagi manusia melalui pelaksanaan hak pilihan; setiap orang mesti memilih untuk memilih dan menjaga dengan kudus perkara yang Tuhan pandang dengan kudus. Dia hantarkan kefahaman dan pengetahuan dari syurga. Dia menjemput kita untuk menerima perkara yang dihantar-Nya dan menjaga dengan kudus.

Tetapi “ada pertentangan dalam segala sesuatu” (2 Nefi 2:11). Pertentangan dengan kudus ialah perkara yang cabul atau duniawi-perkara yang jasmani dan sementara sahaja. Perkara duniawi bertanding dengan perkara yang kudus demi perhatian dan keutamaan kita. Walaupun begitu, ilmu tentang perkara duniawi adalah penting untuk kehidupan dan kewujudan harian kita. Lagipun, kita diarah dari syurga untuk mencarikan pelajaran dan pengetahuan, untuk mengkaji dan belajar tentang buku-buku yang terbaik, dan menjadi biasa dengan bahasa, loghat dan orang ( lihat A&P 88:118; 90:15). Jadi, pilihan untuk perkara yang kudus dan duniawi adalah pilihan keutamaan, bukan hanya pilih satu dari dua-dua ini sahaja; “menjadi terpelajar adalah baik jika [kita] menyimak nasihat-nasihat Tuhan” (2 Nefi 9:29; tekanan ditambahahkan).

Peperangan keutamaan yang berterusan di antara perkara yang kudus dan perkara duniawi dalam hati manusia boleh digambarkan oleh pengalaman Musa pada semak yang terbakar. Di situ Musa menerima panggilan kudusnya dari Yehovah untuk membebaskan bangsa Israel dari perhambaan.Walaupun begitu, pada mulanya, ilmu duniawinya tentang kuasa Mesir dan Firaun menyebabkan keraguannya. Akhirnya, Musa memilih untuk bergantung pada perkara yang sudah Tuhan beritahu dia, menguasai ilmu duniawinya dan percaya kepada perkara yang kudus. Kepercayaan itu memberikan kuasa untuk mengatasi cubaan jasmani dan membimbing bangsa Israel keluar dari Mesir.

Para pengikut Alma boleh beragu-ragu tentang Tuhan selepas mereka bebas dari tentera Raja Nuh, dan menjadi hamba kepada Amulon. Tetapi, mereka percaya kepada janjian Tuhan dan bukan jawapan diri sendiri dan mereka diberikan kekuatan untuk bertahan, dan, pada akhirnya, untuk melepaskan diri.

Joseph Smith menemui satu dilemma untuk memilih yang kudus atau yang duniawi bila dia menterjemah Kitab Mormon. Dia tahu tentang sifat kudus kepingan-kepingan itu dan kerja penterjemahan itu. Tetapi dia dipujuk bahawa kesahabatan dan sokongan kewangan Martin Harris adalah lebih penting kepada kerja itu dari arahan kudus yang sudah dia terima. Sebagai akibatnya, manuskrip penterjemahan itu sudah hilang. Tuhan menegur Joseph untuk meyerahkan “apa yang adalah kudus, pada kejahatan” (A&P 10:9) dan menghalangkan dia buat satu tempoh dari kepingan dan kurnia untuk menterjemah. Bila Joseph menubuh keutamaannya sekali lagi dengan betulnya, perkara yang kudus-kepingan dan kurnia untuk menterjemah-dipulihkan dan kerja itu diteruskan.

Kitab Mormon berikan contoh-contoh lain tentang peperangan keutamaan yang berterusan. Kita baca tentang orang yang percaya yang dibimbing oleh iman mereka ke pokok kehidupan and memakan buah yang kudus itu, iaitu belas kasihan Tuhan. Kemudian ejekan dari orang di dalam bangunan yang besar dan lapang menyebabkan orang percaya itu berpaling dari perkara yang kudus ke perkara duniawi. (Lihat 1 Nefi 8:11, 24–28.) Kemudian, bangsa Nefi memilih kesombongan dan menafikan roh nubuat dan wahyu, “membuat ejekan akan apa yang kudus” (Helaman 4:12.) Ada saksi yang melihat tanda dan mukjizat yang berkenaan dengan kelahiran Tuhan memilih untuk menolak pernyataan yang kudus dari syurga dan memihak penjelasan duniawi (lihat 3 Nefi 2:1–3).

Hari ini peperangan itu masih berterusan. Suara duniawi berkembang dalam nombor dan intensiti. Dunia ini mengejek perkara yang kudus dan menekan orang yang percaya untuk meninggalkannya. Kerana kita lihat “bayangan kabur pada cermin muka” (1 Korintus 13:12) dan “tidak tahu erti segala sesuatu” (1 Nefi 11:17), dunia ini tidak berapa mempercayai perkara yang kita terima dari atas dan mendesak kita untuk memberi keutamaan kepada perkara duniawi. Bila berjuang dengan dilemma itu, Oliver Cowdery diperingatkan:

“Jika kamu menghasratkan suatu kesaksian lebih lanjut, arahkanlah fikiranmu pada malam hari ketika kamu berseru kepada-Ku dalam hatimu, agar kamu boleh tahu mengenai kebenaran akan hal-hal ini.

“Apakah Aku tidak memfirmankan kedamaian pada fikiranmu mengenai masalah ini? Kesaksian yang lebih besar apakah yang dapat kamu peroleh daripada dari Tuhan?” (A&P 6:22–23).

Seperti Musa, Alma, dan Joseph sebelum dia, Oliver diperingatkan tentang perkara yang sudah dia terima dan keutamaan mereka kepada Tuhan.

Perkara yang kudus tidak boleh ditolak secara memilih. Fikiran mereka yang memilih untuk menganggap perkara yang kudus dengan ringan akan menjadi gelap (lihat A&P 84:54), dan kecuali mereka bertaubat, pemahaman yang mereka miliki akan diambil dari mereka (lihat A&P 1:33). Hanya berupaya untuk bergantung pada perkara duniawi, mereka akan kehilangan moral. Sebaliknya, mereka yang memilih untuk menjaga perkara yang suci dengan kudus menerima perjanjian: “Apa yang dari Tuhan adalah terang; dan dia yang menerima terang, dan melanjutkan di dalam Tuhan, menerima lebih banyak terang; dan terang itu tumbuh makin terang dan makin cemerlang sampai hari yang sempurna” (A&P 50:24).

Saudara dan saudari, semoga Tuhan memberkat kita untuk mengenal, mengingat, dan menjaga dengan kudusnya perkara yang sudah kita terima dari atas. Saya bersaksi jika kita buat demikian, kita akan memiliki kuasa untuk menahan cubaan dan mengatasi cabaran hari kini. Dalam nama Yesus Kristus, amin.