Kitab Suci
2 Nefi 31


Bab 31

Nefi memberitahu mengapa Kristus dibaptis—Manusia mesti mengikuti Kristus, dibaptis, menerima Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir supaya diselamatkan—Pertaubatan dan pembaptisan adalah gerbang ke lorong sempit dan kecil—Kehidupan kekal datang kepada mereka yang mentaati perintah-perintah setelah pembaptisan. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Dan sekarang, aku, Nefi, mengakhiri apenubuatanku kepadamu, saudara-saudaraku yang dikasihi. Dan aku tidak dapat menuliskan kecuali beberapa hal, yang aku tahu mestilah pasti terjadi; tidak juga aku dapat menuliskan kecuali beberapa perkataan adikku Yakub.

2 Oleh kerana itu, apa yang telah aku tuliskan cukuplah bagiku, kecuali beberapa perkataan yang mesti aku bicarakan berkenaan aajaran Kristus; oleh kerana itu, aku akan berbicara kepadamu dengan jelas, menurut kejelasan penubuatanku.

3 Kerana jiwaku senang akan kejelasan; kerana menurut cara ini Tuhan Raja bekerja di kalangan anak-anak manusia. Kerana Tuhan Raja memberikan acahaya kepada pengertian; kerana Dia berfirman kepada manusia menurut bbahasa mereka, kepada pengertian mereka.

4 Oleh kerana itu, aku menghendaki agar kamu patut ingat bahawa aku telah berfirman kepadamu berkenaan anabi itu yang Tuhan perlihatkan kepadaku, yang akan membaptis bAnak Domba Tuhan, yang akan mengambil dosa-dosa dunia.

5 Dan sekarang, jika Anak Domba Tuhan, Dia yang kudus, mestilah perlu adibaptis dengan air, untuk menggenapi segala kebenaran, ya maka, betapa jauh lebih perlunya bagi kita, yang tidak kudus, untuk dibaptis, ya, bahkan dengan air!

6 Dan sekarang, aku mahu bertanya kepadamu, saudara-saudaraku yang dikasihi, dalam hal apakah Anak Domba Tuhan menggenapi segala kebenaran dengan dibaptis dengan air?

7 Tidak tahukah kamu bahawa Dia kudus? Tetapi sekalipun Dia kudus, Dia memperlihatkan kepada anak-anak manusia bahawa, menurut keadaan daging Dia merendahkan hati-Nya di hadapan Bapa, dan bersaksi kepada Bapa bahawa Dia akan apatuh kepada-Nya dalam mentaati perintah-perintah-Nya.

8 Oleh kerana itu, setelah Dia dibaptis dengan air Roh Kudus turun ke atas-Nya dalam abentuk seekor bburung merpati.

9 Dan lagi, ia memperlihatkan kepada anak-anak manusia kecilnya lorong, dan sempitnya agerbang, yang melaluinya mereka patut masuk, Dia telah menunjukkan teladan di hadapan mereka.

10 Dan Dia berfirman kepada anak-anak manusia: Engkau, aikutlah Aku. Oleh kerana itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, dapatkah kita bmengikuti Yesus kecuali kita akan sedia mentaati perintah-perintah Bapa?

11 Dan Bapa berfirman: Bertaubatlah kamu, bertaubatlah kamu, dan dibaptislah dalam nama Putera Terkasih-Ku.

12 Dan juga, suara Putera datang kepadaku, memfirmankan: Dia yang dibaptis dalam nama-Ku, kepadanya akanlah Bapa aberikan Roh Kudus, seperti Aku; oleh kerana itu, bikutlah Aku, dan lakukanlah apa yang telah kamu lihat Aku lakukan.

13 Oleh kerana itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku tahu bahawa jika kamu akan mengikuti Putera, dengan maksud hati yang sepenuhnya, bertindak tanpa kemunafikan dan tanpa penipuan di hadapan Tuhan, tetapi dengan maksud yang bersungguh-sungguh, bertaubat atas dosa-dosamu, bersaksi kepada Bapa bahawa kamu bersedia untuk mengambil ke atas dirimu nama Kristus, melalui apembaptisan—ya, dengan mengikuti Tuhanmu dan Juruselamatmu turun ke dalam air, menurut firman-Nya, lihatlah, kemudian akanlah kamu menerima Roh Kudus; ya, kemudian datanglah bpembaptisan dengan api dan dengan Roh Kudus; dan kemudian dapatlah kamu berbicara dengan cbahasa para malaikat, dan menyorakkan puji-pujian kepada Yang Kudus dari Israel.

14 Tetapi, lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, demikianlah datang suara Putera kepadaku, memfirmankan: Setelah kamu bertaubat daripada dosa-dosamu, dan bersaksi kepada Bapa bahawa kamu bersedia untuk mentaati perintah-perintah-Ku, melalui pembaptisan dengan air, dan telah menerima pembaptisan dengan api dan dengan Roh Kudus, dan dapat berbicara dengan bahasa baru, ya, bahkan dengan bahasa para malaikat, dan setelah ini akan amenyangkal-Ku, akan blebih baik bagimu bahawa kamu tidak mengenal-Ku.

15 Dan aku mendengar suara daripada Bapa, memfirmankan: Ya, firman daripada Yang Terkasih-Ku adalah benar dan dapat dipercayai. Dia yang bertahan sampai akhir, orang yang sama akan diselamatkan.

16 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku tahu melalui ini bahawa kecuali seseorang akan abertahan sampai akhir, dalam mengikuti bteladan Putera Tuhan yang hidup, dia tidak dapat diselamatkan.

17 Oleh kerana itu, lakukanlah apa yang telah aku beritahukan kepadamu telah aku lihat bahawa Tuhanmu dan Penebusmu akan lakukan; kerana, untuk sebab ini ianya telah diperlihatkan kepadaku, agar kamu boleh mengetahui gerbang yang melaluinya hendaknya kamu masuk. Kerana gerbang yang melaluinya hendaknya kamu masuk adalah pertaubatan dan apembaptisan dengan air; dan pada waktu itu datanglah bpengampunan dosa-dosamu dengan api dan dengan Roh Kudus.

18 Dan pada waktu itu kamu berada di alorong bsempit dan kecil ini yang menuntun kepada kehidupan kekal; ya, kamu telah masuk ke dalam melalui gerbang itu; kamu telah melakukan menurut perintah-perintah Bapa dan Putera; dan kamu telah menerima Roh Kudus, yang cbersaksi tentang Bapa dan Putera, hingga digenapinya janji yang telah Dia buat, bahawa jika kamu masuk ke dalam melalui jalan itu kamu akan menerima.

19 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, setelah kamu memasuki lorong sempit dan kecil ini, aku hendak bertanya adakah semuanya telah adilakukan? Lihatlah, aku berkata kepadamu: Belum; kerana kamu tidak datang sejauh ini kecuali melalui firman Kristus dengan biman yang tak tergoncang kepada-Nya, cbersandar sepenuhnya pada jasa Dia yang perkasa untuk menyelamatkan.

20 Oleh kerana itu, kamu mesti amaju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan bharapan yang sempurna, dan ckasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia. Oleh kerana itu, jika kamu akan maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan dbertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi.

21 Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, inilah ajalannya; dan btidak ada jalan atau cnama lain diberikan di kolong langit yang melaluinya manusia dapat diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan. Dan sekarang, lihatlah, inilah dajaran Kristus, dan ajaran satu-satunya dan sejati daripada eBapa, dan daripada Putera, dan daripada Roh Kudus, yang adalah fsatu Tuhan, tanpa akhir. Amin.