Kitab Suci
Mosia 24


Bab 24

Amulon menganiaya Alma dan umatnya—Mereka akan dihukum mati jika mereka berdoa—Tuhan menjadikan beban mereka tampak ringan—Dia membebaskan mereka daripada perhambaan, dan mereka kembali ke Zarahemla. Kira-kira 145–120 tahun S.M.

1 Dan terjadilah bahawa Amulon berkenan pada mata raja bangsa Laman; oleh kerana itu, raja bangsa Laman mengabulkan kepada dia dan saudara-saudaranya bahawa mereka akan dilantik sebagai pengajar-pengajar atas rakyatnya, ya, bahkan atas rakyat yang berada di negeri Semlon, dan di negeri Silom, dan di negeri Amulon.

2 Kerana bangsa Laman telah mengambil penguasaan atas semua negeri ini; oleh kerana itu, raja bangsa Laman telah melantik para raja atas semua negeri ini.

3 Dan sekarang, nama raja bangsa Laman adalah Laman, dipanggil menurut nama ayahnya; dan oleh kerana itu dia dipanggil raja Laman. Dan dia adalah raja atas sejumlah besar orang.

4 Dan dia melantik sebagai pengajar-pengajar daripada kalangan saudara-saudara Amulon di setiap negeri yang dikuasai oleh rakyatnya; dan demikianlah bahasa Nefi mula diajarkan di kalangan semua bangsa Laman.

5 Dan mereka adalah bangsa yang ramah satu sama lain; walaupun demikian mereka tidak mengenal Tuhan; tidak juga saudara-saudara Amulon mengajar mereka apa pun berkenaan Tuhan Raja mereka, tidak juga hukum Musa; tidak juga mereka mengajar mereka perkataan-perkataan Abinadi;

6 Tetapi mereka mengajar mereka bahawa mereka hendaknya menyimpan catatan mereka, dan agar mereka boleh menulis kepada satu sama lain.

7 Dan demikianlah bangsa Laman mula bertambah kaya, dan mula berdagang dengan satu sama lain dan menjadi kuat, dan mula menjadi bangsa yang licik dan yang bijak, berkaitan dengan kebijaksanaan dunia, ya, bangsa yang sangat licik, senang akan segala macam kejahatan dan jarahan, kecuali di kalangan saudara-saudara mereka sendiri.

8 Dan sekarang, terjadilah bahawa Amulon mula amenguasai Alma dan saudara-saudaranya, dan mula menganiayainya, dan memerintah agar anak-anaknya hendaknya menganiaya anak-anak mereka.

9 Kerana Amulon kenal akan Alma, bahawa dia pernah menjadi salah aseorang imam raja, dan bahawa dialah yang mempercayai perkataan-perkataan Abinadi dan diusir keluar dari hadapan raja, dan oleh kerana itu dia geram terhadapnya; kerana dia tunduk kepada raja Laman, namun dia menguasai mereka, dan menaruh btugas-tugas ke atas diri mereka, dan menempatkan para pengawas atas diri mereka.

10 Dan terjadilah bahawa sedemikian parahnya kesengsaraan mereka sehingga mereka mula berseru dengan amat kuat kepada Tuhan.

11 Dan Amulon memerintahkan mereka bahawa mereka hendaknya menghentikan seruan mereka; dan dia menempatkan para pengawal ke atas mereka untuk mengawasi mereka, agar barang siapa ditemukan sedang memanggil kepada Tuhan akan dihukum mati.

12 Dan Alma dan umatnya tidak mengangkat suara mereka kepada Tuhan Raja mereka, tetapi amencurahkan hati mereka kepada-Nya; dan Dia mengetahui fikiran dalam hati mereka.

13 Dan terjadilah bahawa suara Tuhan datang kepada mereka dalam kesengsaraan mereka, memfirmankan: Angkatlah kepalamu dan terhiburlah, kerana Aku tahu tentang perjanjian yang telah kamu buat kepada-Ku; dan Aku akan membuat perjanjian dengan umat-Ku dan membebaskan mereka daripada perhambaan.

14 Dan Aku akan juga meringankan beban yang ditaruh di atas bahumu, sehingga bahkan kamu tidak dapat merasakannya di atas belakangmu, bahkan sewaktu kamu berada dalam perhambaan; dan ini akan Aku lakukan agar kamu boleh berdiri sebagai asaksi bagi-Ku setelah ini, dan agar kamu boleh tahu dengan suatu kepastian bahawa Aku, Tuhan Raja, mengunjungi umat-Ku dalam bkesengsaraan mereka.

15 Dan sekarang, terjadilah bahawa beban yang diletakkan ke atas diri Alma dan saudara-saudaranya dijadikan ringan; ya, Tuhan amenguatkan mereka agar mereka dapat menanggung bbeban mereka dengan mudah, dan mereka tunduk dengan riang dan dengan ckesabaran pada segala kehendak Tuhan.

16 Dan terjadilah bahawa sedemikian besarnya iman mereka dan kesabaran mereka sehingga suara Tuhan datang kepada mereka lagi, memfirmankan: Terhiburlah, kerana pada esok hari Aku akan membebaskanmu daripada perhambaan.

17 Dan Dia berfirman kepada Alma: Engkau akan pergi mendahului umat ini, dan Aku akan pergi bersamamu dan membebaskan umat ini daripada aperhambaan.

18 Sekarang, terjadilah bahawa Alma dan umatnya pada waktu malam mengumpulkan kawanan ternak mereka bersama, dan juga biji-bijian mereka; ya, bahkan sepanjang waktu malam mereka mengumpulkan kawanan ternak mereka bersama.

19 Dan pada waktu pagi Tuhan menyebabkan atidur yang nyenyak datang ke atas bangsa Laman, ya, dan semua pengawas mereka berada dalam tidur yang lelap.

20 Dan Alma dan umatnya berangkat ke padang belantara; dan ketika mereka telah berjalan sepanjang hari mereka mendirikan khemah-khemah mereka di suatu lembah, dan mereka memanggil lembah itu Alma, kerana dia memimpin jalan mereka di padang belantara.

21 Ya, dan di Lembah Alma mereka mencurahkan asyukur mereka kepada Tuhan kerana Dia telah penuh belas kasihan kepada mereka, dan meringankan beban mereka, dan telah membebaskan mereka daripada perhambaan; kerana mereka berada dalam perhambaan, dan tiada seorang pun dapat membebaskan mereka kecuali Tuhan Raja mereka.

22 Dan mereka memberi syukur kepada Tuhan, ya, semua kaum lelaki mereka dan semua kaum perempuan mereka dan semua anak mereka yang dapat berbicara mengangkat suara mereka dalam puji-pujian kepada Tuhan mereka.

23 Dan sekarang, Tuhan berfirman kepada Alma: Bergegaslah engkau dan pergilah engkau dan umat ini keluar dari negeri ini, kerana bangsa Laman telah bangun dan mengejarmu; oleh kerana itu pergilah engkau keluar dari negeri ini, dan Aku akan menghentikan bangsa Laman di lembah ini agar mereka tidak datang lebih jauh dalam pengejaran terhadap umat ini.

24 Dan terjadilah bahawa mereka meninggalkan lembah itu, dan melakukan perjalanan mereka ke padang belantara.

25 Dan setelah mereka berada di padang belantara dua belas hari mereka tiba di negeri Zarahemla; dan raja Mosia juga menerima mereka dengan bahagia.