Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 115


Bahagian 115

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Far West, Missouri, 26 April 1838, memberitahukan kehendak Tuhan mengenai pembangunan tempat itu dan rumah Tuhan. Wahyu ini ditujukan kepada para pemimpin utama dan para ahli Gereja.

1–4, Tuhan menamakan gereja-Nya Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; 5–6, Sion dan pancang-pancangnya adalah tempat pertahanan dan perlindungan bagi para Orang Suci; 7–16, Para Orang Suci diperintahkan untuk membangunkan sebuah rumah Tuhan di Far West; 17–19, Joseph Smith memegang kunci-kunci kerajaan Tuhan di atas bumi.

1 Sesungguhnya demikianlah firman Tuhan kepadamu, hamba-Ku aJoseph Smith Jr., dan juga hamba-Ku bSidney Rigdon, dan juga hamba-Ku cHyrum Smith, dan para penasihatmu yang telah dan akan ditetapkan selepas ini;

2 Dan juga kepadamu, hamba-Ku aEdward Partridge, dan para penasihatnya;

3 Dan juga kepada para hamba-Ku yang setia yang merupakan majlis tinggi gereja-Ku di Sion, kerana demikianlah ia akan dinamakan, dan kepada semua penatua dan umat Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir-Ku, yang tercerai-berai di seluruh dunia;

4 Kerana demikianlah agereja-Ku akan dinamakan pada zaman akhir, bahkan bGereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

5 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu semua: aBangkit dan bersinarlah, agar cahayamu boleh menjadi bpanji bagi bangsa-bangsa.

6 Dan agar apengumpulan bersama ke atas negeri bSion, dan ke atas cpancang-pancangnya, dapat dijadikan pertahanan, dan untuk dperlindungan dari ribut, dan dari kemurkaan apabila ia akan edicurahkan dengan pekat ke atas seluruh bumi.

7 Biarlah kota itu, Far West, menjadi tanah yang akudus dan disucikan bagi-Ku; dan ia akan disebut paling kudus, kerana tanah yang engkau sedang berdiri di atasnya adalah kudus.

8 Oleh kerana itu, Aku memerintahkanmu untuk amembina sebuah rumah bagi-Ku, untuk pengumpulan bersama para orang suci-Ku, agar mereka boleh bmenyembah-Ku.

9 Dan biarlah adanya permulaan bagi pekerjaan ini, dan sebuah landasan, dan kerja-kerja persiapan, pada musim panas yang berikutnya;

10 Dan biarlah permulaannya itu diadakan pada hari keempat bulan Julai yang akan datang; dan sejak dari waktu itu biarlah umat-Ku bekerja dengan tekun untuk membina sebuah rumah demi nama-Ku;

11 Dan asatu tahun dari hari ini biarlah mereka memulakan semula perletakan landasan brumah-Ku.

12 Demikianlah biarkanlah mereka sejak dari waktu itu bekerja dengan tekun sehingga ianya diselesaikan, dari batu penjurunya sehingga ke puncaknya, sehinggalah tiada apa pun yang tinggal yang belum diselesaikan.

13 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, janganlah biarkan hamba-Ku Joseph, janganlah juga hamba-Ku Sidney, janganlah juga hamba-Ku Hyrum, berhutang lagi untuk pembinaan sebuah rumah demi nama-Ku;

14 Tetapi biarlah sebuah rumah dibina demi nama-Ku menurut apanduan yang akan Aku tunjukkan kepada mereka.

15 Dan jika umat-Ku membinanya bukan menurut panduan yang akan Aku tunjukkan kepada presidensi mereka, Aku tidak akan menerimanya daripada tangan mereka.

16 Tetapi jika umat-Ku membinanya menurut panduan yang akan Aku tunjukkan kepada presidensi mereka, bahkan hamba-Ku Joseph dan para penasihatnya, maka Aku akan menerimanya dari tangan umat-Ku.

17 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, adalah merupakan kehendak-Ku bahawa Kota Far West hendaknya dibangunkan secepatnya dengan pengumpulan para orang suci-Ku;

18 Dan juga bahawa tempat-tempat lain haruslah ditetapkan untuk apancang di wilayah-wilayah sekitarnya, sebagaimana akan dinyatakan kepada hamba-Ku Joseph, dari semasa ke semasa.

19 Kerana lihatlah, Aku akan bersertanya, dan Aku akan menguduskannya di hadapan orang-orang ini; kerana kepadanya Aku telah berikan akunci-kunci kerajaan dan pelayanan ini. Demikianlah. Amin.