Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 31


Bahagian 31

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Thomas B. Marsh, September 1830. Ini terjadi sejurus selepas sebuah persidangan Gereja (lihat pengenalan untuk bahagian 30). Thomas B. Marsh telah dibaptiskan pada awal pada bulan itu dan telah ditahbiskan sebagai penatua di dalam Gereja sebelum wahyu ini diberikan.

1–6, Thomas B. Marsh dipanggil untuk mengkhutbahkan Injil dan diyakinkan akan kesejahteraan keluarganya; 7–13, Dia dinasihati untuk bersabar, berdoa selalu, dan mengikuti Penolong.

1 aThomas, anak-Ku, diberkatilah engkau kerana imanmu pada pekerjaan-Ku.

2 Lihatlah, kamu telah mengalami banyak kesengsaraan kerana keluargamu; walaupun demikian, Aku akan memberkatimu dan keluargamu, ya, anak-anakmu yang kecil; dan masanya tiba bahawa mereka akan mempercayai dan mengetahui kebenaran dan menjadi satu bersamamu di dalam gereja-Ku.

3 Angkatlah hatimu dan bersukacitalah, kerana masa bagi misimu telah tiba; dan lidahmu akan dilembutkan, dan kamu akan memaklumkan khabar agembira tentang kebahagiaan yang besar kepada generasi ini.

4 Kamu haruslah amemaklumkan hal-hal yang telah diwahyukan kepada hamba-Ku, Joseph Smith Jr. Kamu haruslah mula berkhutbah sejak dari waktu ini, ya, untuk menuai di ladang yang telah bputih sedia untuk dibakar.

5 Oleh kerana itu, ahayunkanlah sabitmu dengan segenap jiwamu, dan dosa-dosamu bdiampuni bagimu, dan kamu akan disaratkan dengan cberkas-berkas gandum di belakangmu, kerana si dpekerja layak akan upahnya. Kerana itu, keluargamu akan hidup.

6 Lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, pergilah daripada mereka hanya untuk waktu yang singkat, dan maklumkanlah firman-Ku, dan Aku akan sediakan sebuah tempat bagi mereka.

7 Ya, Aku akan amembuka hati orang-orang ini, dan mereka akan menerimamu. Dan Aku akan menubuhkan sebuah jemaah gereja melalui tanganmu;

8 Dan kamu haruslah amenguatkan mereka dan menyediakan mereka untuk waktu mereka akan dikumpulkan.

9 aBersabarlah dalam bkesengsaraan, janganlah mencaci mereka yang mencaci maki. Aturlah seisi crumahmu dengan kelembutan hati, dan tabahlah.

10 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa kamu haruslah menjadi tabib bagi gereja, tetapi tidak bagi dunia, kerana mereka tidak akan menerimamu.

11 Pergilah pada jalanmu ke mana pun Aku kehendaki, dan akan diberikan kepadamu oleh aPenolong apa yang kamu harus lakukan dan ke mana kamu harus pergi.

12 aBerdoalah selalu, agar jangan kamu masuk ke dalam bgodaan dan kehilangan ganjaranmu.

13 aSetialah sampai akhir, dan lihatlah, Aku bbersamamu. Firman-firman ini bukannya daripada manusia tidak juga dari manusia, tetapi daripada-Ku, bahkan Yesus Kristus, Penebusmu, melalui ckehendak Bapa. Amin.