Yesus Kristus
Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul


Kristus Yang Hidup

Kesaksian Para Rasul

Semasa kita memperingati kelahiran Yesus Kristus dua ribu tahun lalu, kami memberikan kesaksian kami tentang kenyataan hidupNya yang tiada bandingnya dan kuasa korban tebusanNya yang tidak terhingga. Tiada seorang pun mempunyai pengaruh yang begitu mendalam kepada semua orang yang pernah dan akan hidup di bumi ini.

Dialah Yehovah dari Perjanjian Lama, Al-Masih dari Perjanjian Baru. Dia adalah pencipta bumi ini di bawah arahan BapaNya. “Tuhan menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia” (Yohanes 1:3). Walaupun tanpa dosa, Dia dibaptiskan untuk menggenapi segala kesolehan. Dia “pergi ke serata tempat untuk berbuat baik” (Kisah Rasul-Rasul 10:38), tetapi dia dihina. InjilNya adalah satu pesanan yang damai dan muhibah. Dia merayu semua orang untuk mengikuti teladanNya. Dia berjalan kaki ke seluruh Filistea, memulihkan mereka yang sakit, membuka mata mereka yang buta, dan membangkitkan mereka yang sudah mati. Dia mengajar tentang kebenaran abadi, kenyataan kewujudan prafana kita, tujuan hidup kita di bumi, dan potensi bagi para putera dan puteri Tuhan Bapa dalam dunia yang akan datang.

Dia memulakan sakramen sebagai satu peringatan tentang korban penebusanNya. Dia ditangkap dan dikutuk kerana tuduhan-tuduhan palsu, dikutuk untuk memuaskan tuntutan dari kumpulan perusuh, dan dihukum mati di atas salib pada tempat yang dipanggil Kalvari. Dia berikan nyawaNya untuk menebus semua dosa manusia. Dia adalah satu kurnia wakilan pada pihak semua orang yang pernah hidup di bumi.

Kami bersaksi dengan bersungguh-sungguhnya bahawa hidupNya, iaitu pusat sejarah semua manusia, tidak bermula di Betlehem atau tamat di Kalvari. Dia adalah Anak Sulung dan Putera Tunggal Bapa Tuhan yang bertubuh badan, Penebus dunia ini.

Dia bangkit dari kubur untuk “menjadi orang pertama yang dibangkitkan dari kematian” (1 Korintus 15:20). Sebagai Tuhan yang sudah bangkit, Dia mengunjungi mereka yang Dia kasihi. Dia juga melayan di kalangan “domba-domba lain” (Yohanes 10:16 ) di Amerika purba. Dalam dunia terbaru, Dia dan BapaNya muncul kepada Joseph Smith, membawa masuk “dispensasi kegenapan zaman” (Efesus 1:10) yang sudah lama dijanjikan.

Nabi Joseph menulis tentang Kristus yang hidup : “MataNya seperti nyala api; rambut kepalaNya putih seperti salju murni; air mukaNya bersinar melebihi kecemerlangan matahari; dan suaraNya seperti bunyi deru perairan luas, iaitu suara Yehovah, memfirmakan:

“Aku adalah yang pertama dan yang terakhir; Aku adalah Dia yang hidup, Aku adalah Dia yang dibunuh; Aku adalah pengacaramu dengan Bapa” (A&P 110:3–4).

Nabi Joseph juga mengisytiharkan bahawa: “Dan sekarang setelah banyak kesaksian yang telah diberikan tentang Dia, inilah kesaksian yang terakhir dari semuanya yang kami berikan tentang Dia: Bahawa Dia hidup!

“Kerana kami melihatNya, iaitu pada sisi kanan Tuhan Bapa dan kami mendengar suara yang memberikan kesaksian bahawa Dia adalah Anak Tunggal Bapa—

“Bahawa oleh Dia, dan melalui Dia, dan dari Dia, dunia-dunia ada dan diciptakan, dan penghuninya adalah para putera dan puteri yang diperanakkan Tuhan Bapa” (A&P 76:22–24).

Kami mengumum dengan tegasnya bahawa ImamatNya dan GerejaNya sudah dipulihkan di bumi ini—“dibina di atas asas … para rasul dan nabi, dengan Yesus Kristus sebagai batu asasnya” (Efesus 2:20).

Kami bersaksi bahawa Dia akan kembali ke bumi satu hari nanti. “Lalu keagungan Tuhan akan dinyatakan, dan segenap umat manusia akan menyaksikannya” (Yesaya 40:5). Dia akan memerintah sebagai Raja yang Terutama dan Tuhan yang Agung, dan setiap lutut akan berlutut dan setiap lidah akan mengaku di hadapanNya. Kita setiap orang akan berdiri di hadapanNya untuk diadili oleh Dia menurut kerja-kerja dan keinginan hati kita.

Sebagai para rasul yang ditahbis dengan sepatutnya , kami bersaksi—bahawa Yesus adalah Kristus yang Hidup, Putera Tuhan Bapa yang abadi. Dia adalah Raja Imanuel, yang berdiri di sebelah kanan Tuhan Bapa pada hari ini. Dia adalah cahaya, hidup, dan harapan dunia. JalanNya menghala ke kedamaian di bumi ini dan hidup yang kekal di dunia akan datang. Bersyukur kepada Tuhan Bapa kerana kurnia PuteraNya yang tiada bandingnya.

Presidensi Utama

Imej
signatures

Januari 1, 2000

Kuorum Dua Belas

Imej
signatures of the twelve
Imej
signatures of the twelve 2