2018
Lima Perkara Pendengar yang Baik Lakukan
Jun 2018


Imej
Two young women talking

Asas-asas Pelayanan, Jun 2018

Lima Perkara Pendengar yang Baik Lakukan

Benar-benar mendengar akan membantu anda mengetahui bagaimana untuk membantu memenuhi keperluan rohani dan duniawi orang lain seperti Juruselamat.

Elder Jeffrey R. Holland dari Kuorum Dua Belas berkata: “Mungkin lebih penting dari bercakap adalah mendengar. … Jika kita mendengar dengan kasih, kita tidak perlu tertanya-tanya apa yang hendak dikatakan. Ia akan diberikan kepada kita—oleh Roh.”1

Mendengar adalah satu kemahiran yang kita boleh pelajari. Mendengarkan menunjukkan kasih kita kepada orang lain, membantu membina hubungan yang kuat, dan menjemput Roh untuk memberkati kita dengan kurnia untuk membezakan untuk membantu kita memahami keperluan orang lain.2 Berikut adalah lima cara kita dapat memperbaiki cara kita mendengar.

1. Memberi Mereka Masa

Ramai orang memerlukan masa untuk berfikir sebelum mereka bercakap. Beri mereka masa untuk berfikir sebelum dan selepas mereka mengatakan sesuatu (lihat Yakobus1:19). Apabila mereka selesai bercakap, ini tidak bermakna mereka telah mengatakan semua yang mereka perlu katakan. Jangan takut dengan kesenyapan (lihat Ayub 2:11–3:1 dan Alma 18:14–16).

2 .Tumpukan Perhatian

Kita berfikir lebih cepat dari orang lain bercakap. Menahan godaan untuk membuat kesimpulan atau untuk berfikir dahulu tentang apa yang anda akan katakan ketika mereka selesai bercakap (lihat Amsal 18:13). Sebaliknya, mendengar dengan niat untuk memahami. Tindak balas anda akan menjadi lebih baik kerana ia akan dimaklumkan oleh pemahaman yang lebih besar.

3. Dapatkan Penjelasan

Jangan takut untuk bertanya soalan yang menjelaskan sesuatu yang anda tidak faham (lihat Markus 9:32). Mendapatkan penjelasan mengurangkan salah faham dan menunjukkan minat anda terhadap apa yang dikatakan.

4. Memikir Balik

Cerita balik perkara yang anda dengar dan bagaimana anda memahami yang lain untuk dirasakan. Ini membantu mereka mengetahui jika mereka difahami dan memberi mereka peluang untuk menjelaskan.

5. Mencari Persamaan

Anda mungkin tidak bersetuju dengan segala yang dikatakan, tetapi bersetuju dengan apa yang anda boleh tanpa menyalahgambarkan perasaan anda sendiri. Dengan bersetuju, ia boleh membantu meredakan kebimbangan dan sikap mempertahankan diri (lihat Matius 5:25).

Presiden Russell M. Nelson mengajarkan bahawa kita harus “belajar untuk mendengar, dan mendengar untuk belajar daripada satu sama lain.”3 Semasa anda mendengar dengan niat untuk belajar tentang orang lain, anda akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memahami keperluan mereka dan mendengar dorongan tentang bagaimana anda boleh menjaga orang-orang di sekeliling anda seperti Juruselamat.

Mendengarkan Adalah Menyayangi

Cerita daripada Elder Holland menggambarkan kekuatan mendengar:

“Kawan saya Troy Russell mengundurkan lorinya dari garaj. … Dia rasa roda belakang jalan ke atas sesuatu bonggol. Dia keluar dan menjumpai anak lelakinya yang berumur sembilan tahun, Austen, tertelungkup di jalan masuk rumah.… Austen telah meninggal dunia.

Troy tidak dapat tidur atau mencari kedamaian; dia tidak dapat ditenangkan. … Tetapi di dalam masa yang menyeksakan itu datanglah … John Manning. …

“Saya tidak tahu jadual yang John dan temannya ikut untuk membuat kunjungan ke rumah Russell. … Apa yang saya tahu adalah musim bunga lalu Brother Manning mengangkat Troy Russell dari tragedi jalan masuk rumah itu seolah-olah dia mengangkat Austen kecil sendiri. Seperti … saudara dalam injil yang sepatutnya dia menjadi, John mengambil tanggungjawab keprihatinan imamat Troy Russell. Dia bermula dengan mengatakan, “Troy, Austen ingin agar kamu teruskan—termasuk di gelanggang bola keranjang—jadi saya akan berada di sini setiap pagi pada pukul 5:15 pagi. Bersedialah. …’

“Saya tidak mahu pergi,” Troy beritahu saya kemudian, “kerana saya selalu mengambil Austen bersama dengan saya .… Tapi John mendesak, jadi saya pergi. Dari hari pertama itu, kami berbicara—sebenarnya saya saja yang bercakap dan John mendengar. … Mula-mula ia susah, tetapi akhirnya saya sedar bahawa saya telah menjumpai kekuatan saya dalam bentuk [John Manning], yang mengasihi saya dan mendengar saya sampai matahari akhirnya terbit lagi pada kehidupan saya.’”4

Nota

  1. Jeffrey R. Holland, “Witnesses unto Me,” Liahona, Julai 2001, 16.

  2. Lihat David A. Bednar, dalam “Panel Discussion” (worldwide leadership training meeting, Nov. 2010), broadcasts.lds.org.

  3. Russell M. Nelson, “Listen to Learn,” Ensign, Mei 1991, 23.

  4. Jeffrey R. Holland, “Wakil-Wakil Gereja,” Liahona, Nov. 2016, 62, 67.