2018
Berunding tentang Keperluan Mereka
September 2018


Imej
ministering

Asas-asas Pelayanan, September 2018

Berunding tentang Keperluan Mereka

Anda tidak seharusnya melakukan ini berseorangan. Perundingan boleh memberi pertolongan yang anda perlu untuk menolong orang lain.

Tuhan telah menjemput anda untuk melayani seseorang atau sekeluarga dalam bahagian atau cabang anda menurut keperluan mereka. Bagaimana anda mengetahui keperluan itu? Asas-asas perundingan, yang diberi penekanan dalam Gereja adalah penting.

Selepas membincangkan tentang perkara yang kita boleh berunding, kita akan meneroka:

  1. Berunding dengan Bapa Syurgawi.

  2. Berunding dengan Individu dan keluarga yang ditugaskan.

  3. Berunding dengan rakan kita.

  4. Dan berunding dengan orang lain yang ditugaskan kepada individu atau keluarga yang sama.

Berunding dengan pemimpin-pemimpin kita adalah penting juga. Sebuah artikel Asas-Asas Pelayanan yang akan diterbitkan dalam Liahona akan menerokai perundingan dengan pemimpin dan juga peranan temu duga pelayanan dalam proses itu.

Apa yang Kita Rundingkan

Memahami keperluan adalah penting untuk melayani satu sama lain. Tetapi apakah jenis keperluan itu, dan adakah terdapat sesuatu lebih dari keperluan yang kita perlu kenali?

Keperluan datang dalam pelbagai jenis. Mereka yang kita layani menghadapi cabaran emosi, kewangan, jasmani, pendidikan, dan sebagainya. Ada keperluan yang diberi keutamaan yang lebih tinggi dari keperluan lain. Terdapat beberapa keperluan yang kita dapat sedia menolong dan yang lain mungkin memerlukan kita melibatkan orang lain. Dalam usaha kita untuk menolong mencapai keperluan duniawi, jangan melupakan bahawa panggilan untuk melayani termasuk menolong orang lain maju sepanjang perjalanan perjanjian, menyediakan mereka untuk menerima tatacara-tatacara imamat yang penting untuk permuliaan.

Selain dari perundingan tentang keperluan individu atau keluarga, kita sepatutnya belajar tentang kekuatan mereka. Ada hal-hal yang tidak perlu pertolongan? Apakah kebolehan dan bakat yang mereka ada yang boleh memberkati orang lain? Bagaimanakah mereka sesuai untuk membangunkan kerajaan Tuhan? Memahami kekuatan seorang individu sama penting dengan memahami keperluannya.

Berunding dengan Bapa Syurgawi

Salah satu dari asas-asas utama adalah bahawa Bapa Syurgawi bercakap dengan anak-anak-Nya (lihat Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9). Apabila kita menerima tugas baru untuk melayani seseorang, kita seharusnya berunding dengan Bapa Syurgawi dalam doa, mencari tanggapan dan pemahaman untuk keperluan dan kekuatan mereka. Proses perundingan itu melalui doa sepatutnya diteruskan sepanjang tugas pelayanan kita.

Berunding dengan Individu dan Keluarga

Cara dan masa untuk kita dekati individu dan keluarga yang kita dipanggil untuk melayani mungkin berbeza bergantung kepada keadaan, tetapi berunding secara terus dengan individu atau keluarga adalah penting untuk membangunkan hubungan dan memahami keperluan, termasuk cara yang mereka ingin ditolong. Beberapa soalan mungkin tidak sesuai ditanya sehingga hubungan yang bermakna telah dibangunkan. Walaupun tiada cara yang tertentu untuk melakukannya, pertimbangkan yang berikut:

  • Ketahui cara dan masa yang mereka lebih suka dihubungi.

  • Belajar tentang minat dan latar belakang mereka.

  • Datang dengan cadangan untuk bagaimana anda boleh menolong, dan minta cadangan mereka.

Apabila kita membangunkan kepercayaan, pertimbangkan untuk berbincang tentang keperluan individu atau keluarga. Tanya soalan ketika didorong oleh Roh Kudus.1 Sebagai contoh:

  • Apakah cabaran yang dihadapi oleh mereka?

  • Apakah matlamat keluarga atau individu mereka? Contohnya, adakah mereka ingin mengadakan malam keluarga lebih kerap, atau menjadi lebih berdikari?

  • Bagaimana kita boleh menolong mereka dengan matlamat dan cabaran?

  • Apakah tatacara injil yang akan datang dalam kehidupan mereka? Bagaimana kita boleh menolong mereka bersedia?

Ingatlah untuk menawarkan pertolongan yang tertentu, seperti, “Ada malam yang kita boleh membawa makanan minggu ini?” Tawaran yang tidak jelas, seperti, “Kalau ada apa-apa yang kita boleh buat, beritahu sahaja,” tidak sangat berguna.

Berunding dengan Rakan Kita

Kerana anda dan rakan anda mungkin tidak selalunya bersama apabila anda menghubungi dengan individu atau keluarga, ia penting untuk menyelaras dan berunding bersama semasa anda mencari ilham sebagai kerakanan. Di sini ada beberapa soalan untuk dipertimbangkan:

  • Bagaimana dan berapa sering akan anda bercakap dengan satu sama lain sebagai kerakanan?

  • Bagaimana anda boleh menggunakan kekuatan diri untuk melayani keperluan keluarga atau individu?

  • Apakah perkara yang anda telah pelajari, apakah pengalaman yang anda telah lalui, dan apakah dorongan yang anda telah terima sejak kali terakhir anda bercakap tentang individu atau keluarga?

Berunding dengan Orang Lain yang Ditugaskan

Kadang-kadang ia baik untuk bercakap dengan orang lain yang ditugaskan untuk melayani individu atau keluarga yang sama.

Bercakap untuk Menyelesaikan Cabaran

Elder Chi Hong (Sam) Wong dari Tujuh Puluh mengaitkan cerita dari Markus 2 kepada zaman kita untuk menggambarkan bagaimana empat orang berunding untuk menolong seorang lelaki dengan palsi untuk berada di hadirat Yesus.

“Ia boleh berlaku seperti ini,” Elder Wong berkata. “Empat orang akan melawat seorang lelaki dengan palsi. Mereka sedang memenuhi satu tugas yang diberikan oleh Uskup mereka. … Dalam majlis bahagian yang baru-baru ini, selepas perundingan bersama tentang keperluan beberapa individu, uskup memberikan tugas “menyelamat”. Empat orang ini ditugaskan untuk menolong orang lelaki ini. …

“[Apabila mereka sampai ke bangunan di mana Yesus berada,] bilik itu terlalu sesak. Mereka tidak boleh masuk melalui pintu. Saya pasti mereka cuba dengan sedaya upaya mereka, tetapi tidak boleh masuk. Mereka berbincang tentang apa yang perlu dilakukan—macam mana mereka boleh bawakan lelaki itu kepada Yesus Kristus untuk penyembuhan … Mereka mempunyai satu pelan-ia bukan mudah, tetapi mereka melakukannya.

“… ‘membuka bumbung rumah yang terletak tepat di atas tempat Yesus. Kemudian mereka menurunkan orang lumpuh yang terbaring di atas tikar’ (Markus 2:4). …

“… ‘Yesus melihat bahawa mereka sangat beriman. Oleh itu Dia berkata kepada orang lumpuh itu, Anak-Ku, dosamu sudah diampunkan’ (Markus 2:5).”2

Jemputan untuk Bertindak

Elder Dieter F. Uchtdorf dari Kuorum Dua Belas Rasul mendesak, “Berunding bersama-sama, gunakan semua sumber yang sedia ada, dapatkan inspirasi Roh Kudus, tanya Tuhan untuk pengesahan-Nya, dan kemudian gulung lengan baju anda dan pergi kerja.

“Saya bagi anda satu janji: jika anda mengikut corak ini, anda akan menerima bimbingan yang tertentu untuk mengetahui siapa, apa, bila, dan di mana semasa memberi di dalam cara Tuhan.”3

Nota

  1. Lihat Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service (2004), 183.

  2. Chi Hong (Sam) Wong, “Menyelamat dalam Perpaduan,” Liahona, Nov. 2014, 14–15.

  3. Dieter F. Uchtdorf, “Providing in the Lord’s Way,” Liahona, Nov. 2011, 55.