2018
Menyatakan Bahawa Anda Kisah
Asas-asas Pelayanan, Disember 2018


Imej
ministering

Asas-asas Pelayanan, Disember 2018

Menyatakan Bahawa Anda Kisah

Terdapat banyak cara untuk kita menunjukkan bahawa kita kisah, terutamanya masa perayaan Hari Natal. Kita boleh katakannya, menghantar teks, menulisnya, memberinya, berkongsi, berdoa, menyanyi, memeluk, bermain, menanam atau membersih. Cubanya.

Menunjukkan kasih-sayang kepada orang lain ialah tumpuan pelayanan. Presiden Umum Lembaga Pertolongan Jean B. Bingham berkata “Pelayanan sebenar dicapai satu demi satu dengan kasih sayang sebagai motivasi. … Dengan kasih-sayang sebagai motivasi, mukjizat akan berlaku, dan kita akan mencari jalan untuk membawa saudara dan saudari kita ‘yang hilang’ ke dalam pelukan injil Yesus Kristus yang untuk semua orang.”1

Memberitahu orang lain bahawa kita kisah tentang mereka adalah unsur penting untuk membina hubungan peribadi. Tetapi lain orang mendapat pesanan dalam pelbagai cara. Jadi bagaimana kita boleh menunjukkan kasih-sayang kita dengan sesuai kepada orang lain supaya mereka boleh faham dan menghargai? Ini adalah beberapa contoh untuk menyatakan bahawa kita peduli mereka, dengan beberapa idea untuk memulakan pemikiran anda.

Katakannya

Kadang-kadang tidak ada ganti untuk beritahu seseorang bagaimana anda rasa tentang seseorang. Walaupun ini bermakna untuk beritahu seseorang anda menyayangi mereka, ia juga termasuk untuk berkongsi apa yang anda kagum tentang mereka atau memberi satu pujian ikhlas. Pengesahan sebegini menolong untuk menguatkan hubungan. (Lihat Efesus 4:29.)

  • Cari satu peluang untuk beritahu individu tersebut betapa anda mengagumi salah satu daripada kekuatan mereka.

  • Singgah mereka, telefon, atau hantar e-mel, SMS, atau kad untuk beritahu individu tersebut yang anda fikirkan tentang mereka.

Mengunjung

Mengambil masa untuk berbual dan mendengar seseorang ialah satu cara yang sangat berkuasa untuk menunjukkan betapa banyak anda menilai mereka. Sama ada anda mengunjung ke rumah, gereja atau tempat lain, terdapat banyak orang yang perlukan seseorang untuk berbual dengan mereka. (Lihat Mosia 4:26; A&P 20:47.)

  • Mengikut keperluan individu, jadualkan satu kunjungan. Ambil masa untuk dengar dan memahami keadaan mereka.

  • Jika ia susah untuk mengunjung ke rumah disebabkan jarak, norma budaya, atau keadaan yang lain, pertimbangkan untuk mencari masa untuk bertemu selepas pertemuan Gereja.

Melayan Dengan Tujuan

Ketahui apa yang diperlukan individu atau keluarga. Memberi pelayanan yang bermakna menunjukkan bahawa anda peduli. Ia menggabungkan masa yang bernilai dan usaha yang ikhlas. “Pelayanan yang sederhana ada kesan yang besar ke atas orang lain,” kata Sister Bingham.2

  • Tawarkan perkhidmatan yang boleh menguatkan individu atau keluarga, seperti menjaga anak-anak supaya ibu bapa boleh pergi ke bait suci.

  • Cari cara untuk meringankan beban apabila hidup menjadi terlalu berat, seperti membersihkan tingkap, membawa anjing berjalan, atau membersihkan halaman luar rumah.

Buat Perkara Bersama

Terdapat individu yang tidak dapat berkawan melalui perbualan yang mendalam. Untuk beberapa orang, hubungan dapat wujud dengan mencari perkara yang diminati bersama dan menghabiskan masa bersama membuat perkara tersebut. Tuhan mendesak supaya kita “berada bersama dan menguatkan mereka” (A&P 20:53) iaitu saudara dan saudari kita.

  • Pergi berjalan-jalan, adakan satu malam permainan, atau jadualkan satu masa untuk bersenam bersama.

  • Melayani bersama dalam projek masyarakat Gereja bersama.

Beri Satu Hadiah

Kadangkala masa atau peluang untuk berinteraksi adalah terhad. Dalam banyak budaya, memberi hadiah ialah satu tanda yang anda peduli dan berempati. Hadiah sederhana yang diberi sekali-sekala boleh menghantar tanda bahawa anda ingin membina satu hubungan yang lebih baik dengan mereka. (Lihat Amsal 21:14.)

  • Bawa Mereka ke Tempat Makanan Kegemaran Mereka.

  • Kongsikan satu petikan, ayat suci, atau pesanan yang lain yang anda rasa boleh memanfaatkan mereka.

Satu Usaha Kasih Sayang

Apabila anda mula mengenali mereka yang anda layani dan kepada mereka yang anda carikan ilham, anda akan belajar dengan lebih khusus bagaimana untuk menyatakan kasih sayang anda kepada mereka secara individu.

Kimberly Seyboldt dari Oregon, USA menceritakan tentang mencari ilham dalam memberi hadiah untuk menunjukkan kasih-sayang:

“Apabila saya rasa kehidupan membebani saya, saya bangun dan membuat roti zucchini, selalunya 8 roti. Bahan istimewa saya ialah doa senyap yang saya berikan sambil saya membuat roti untuk mengetahui siapa yang perlukan roti tersebut. Saya telah mengetahui dengan lebih mendalam kawasan kejiranan saya sebab roti zucchini saya membawa saya ke dalam rumah dan hidup mereka.

“Pada satu hari waktu musim panas, saya berhenti di tepi satu keluarga yang sedang menjual beri hitam di tepi jalan. Saya tidak perlukan beri hitam, tetapi budak lelaki muda yang berdiri pada meja teruja melihat saya, dia ingatkan saya pelanggan mereka yang seterusnya. Saya membeli sedikit beri hitam, tetapi saya juga mempunyai hadiah untuk dia. Saya berikan budak itu dua roti. Dia pusing kepada bapa dia untuk kebenaran, dan kemudian berkata. ‘Lihat Ayah, sekarang kita mempunyai sesuatu untuk makan hari ini.’ Saya dipenuhi dengan rasa terhutang budi untuk peluang ini untuk menunjukkan kasih sayang dalam cara yang sederhana.

Elder Jeffrey R. Holland dari Kuorum Dua Belas Rasul merayu bahawa “adalah agar setiap lelaki dan wanita—dan remaja putera dan remaja puteri kita—akan [menjadi] … lebih terikat untuk menjaga satu sama lain, didorongi hanya oleh kasih suci Kristus untuk melakukannya. … Semoga kita berusaha bersama Tuan ladang anggur, memberi bantuan kepada tugasan besar Tuhan dan Bapa kita dalam menjawab doa-doa, memberi hiburan, mengeringkan air mata, dan menguatkan mereka yang lemah.”3

Yesus Kristus Kisah Tentang Kita

Selepas Yesus Kristus membangkitkan Lazarus daripada kematian, “Yesus menangis

Semua orang Yahudi di situ berkata, “Lihatlah! Dia sangat mengasihi Lazarus.” (Yohanes 11:35–36).

“Aku memiliki rasa kasihan kepadamu,” Kristus berkata kepada bangsa Nefi. Kemudian Dia memanggil mereka yang sakit,lumpuh dan buta, dan Dia “telah menyembuhkan setiap orang daripada mereka” (lihat 3 Nefi 17:7–9).

Juruselamat menjadi contoh bagi kita kerana Dia menjaga orang lain. Dia ajar kita:

“Kasihilah Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.

“Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting

“ Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri” (Matius 22:37–39).

Siapa yang memerlukan jagaan anda? Bagaimana anda boleh menunjukkan kepada mereka bahawa anda kisah tentang mereka?

Nota

  1. Jean B. Bingham, “Melayan Seperti Juruselamat,” Liahona, Mei 2018, 106.

  2. Jean B. Bingham, “Melayan Seperti Juruselamat,” 104.

  3. Jeffrey R. Holland, “Bersama Mereka dan Menguatkan Mereka,” Liahona, Mei 2018, 103.