Keberdikarian
Tabung Pendidikan Berterusan


Tabung Pendidikan Berterusan untuk Keberdikarian (2017)

Tabung Pendidikan Berterusan

Tabung Pendidikan Berterusan

Untuk Keberdikarian

Diterbitkan oleh
Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir
Salt Lake City, Utah

Arahan Menggunakan Manual ini

Pelajaran ini ditujukan untuk peserta Tabung Pendidikan Berterusan yang berpotensi, tetapi juga boleh digunakan untuk membantu peserta semasa, jika sesuai. Ia boleh ditawarkan secara berkumpulan atau secara individu.

Pilihan 1:Sebelum meminta pinjaman PEF, peserta yang berpotensi diwajibkan untuk menghadiri kursus Pendidikan untuk Pekerjaan yang Lebih Baik sepanjang 12 minggu dan mereka juga perlu melengkapkan pelajaran ini. Pelajaran ini harus dilaksanakan setelah pertemuan ke-12 kursus Pendidikan untuk Pekerjaan yang Lebih Baik (sama ada pada petang yang sama atau pada minggu ke-13).

Pilihan 2:Pemimpin pancang atau bahagian boleh menggunakan pelajaran ini untuk mengingatkan peserta PEF sedia ada tentang komitmen yang mereka buat semasa memohon pinjaman. Ia turut digunakan untuk membantu peserta yang menghadapi kesukaran membuat pembayaran atau yang perlu memohon pembayaran lagi.

Apabila anda melihat petunjuk ini, ikut arahan-arahan ini

Baca

Bincang

Aktiviti

Seorang membaca dengan lantang kepada seluruh kumpulan.

Ahli kumpulan berkongsi pendapat selama dua hingga empat minit.

Ahli kumpulan bekerja secara individu atau dengan orang lain untuk masa yang dinyatakan.

Imej
ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 60 Minit

Jujur dalam Semua Perkara

Baca:Kitab Mormon mengajar tentang orang yang telah diberkati atas kejujuran mereka: “Dan mereka juga dibezakan kerana semangat mereka terhadap Tuhan, dan juga terhadap manusia; kerana mereka secara sempurna jujur dan lurus dalam segala hal; … Dan demikianlah mereka itu … yang sangat berkenan pada Tuhan” (Alma 27:27, 30). Semasa kita berusaha menjadi lebih jujur dan lurus dalam segala hal, Tuhan akan mengembangkan usaha kita dan memberkati kita secara rohani dan duniawi.

Baca:Perjanjian Lama mengajar tentang seorang janda yang berhutang dan sangat miskin. Nabi Elisa memberitahu janda dan anak-anaknya agar mengumpulkan bejana kosong untuk menyimpan minyak mereka yang sedikit itu. Semasa keluarga ini beriman mematuhi bimbingan nabi, Elisa memberkati minyak mereka dan minyak ini bertambah banyak sehingga semua bejana yang kosong telah penuh diisi. Elisa kemudian memberitahu janda, “Juallah minyak zaitun itu dan bayarlah semua hutang puan, dan wang selebihnya untuk nafkah hidup sehari-hari bagi puan dan anak-anak puan” (2 Raja-raja 4:7).

Bincang:Apakah berkat yang dapat kita terima kerana bersikap jujur dan membayar hutang kita?

Baca:Elder Robert D. Hales mengajar: “Ramai golongan muda di dunia berhutang untuk memperoleh pendidikan dan kemudian menyedari bahawa perbelanjaan persekolahan melebihi jumlah yang mereka dapat bayar balik. Cari biasiswa dan bantuan untuk pelajar. Dapatkan kerja separuh masa, jika boleh, untuk membayar keperluan sendiri. Ini memerlukan sedikit pengorbanan, tetapi ia akan membantu anda untuk berjaya.” (“Meeting the Challenges of Today’s World,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 45). Kadang-kadang, ahli keluarga bersedia untuk membantu membiayai matlamat pendidikan. Setelah anda mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan dana lain, pinjaman daripada Tabung Pendidikan Berterusan mungkin bermanfaat bagi anda.

Baca:Kadangkala kita diberi hadiah dan kadangkala kita menerima pinjaman. Apabila kita meminjam sesuatu, kita membuat perjanjian bahawa kita akan mengembalikannya. Begitu juga, apabila kita menerima pinjaman PEF, kita membuat perjanjian dengan Tuhan bahawa kita akan membayar balik pinjaman tersebut. Dalam Kitab Mormon, Raja Benyamin mengajar: “Dan aku menghendaki agar kamu mesti ingat, bahawa barang siapa di antara kamu meminjam daripada jirannya mestilah dia mengembalikan apa yang dia pinjam, menurut seperti yang dia setujui, kalau tidak engkau akan berbuat dosa” (Mosia 4:28).

Bincang:Bagaimanakah pinjaman PEF berbeza dengan hadiah, bantuan atau biasiswa?

Dari Manakah Datangnya Dana Pinjaman PEF?

Baca:Ahli-ahli Gereja di seluruh dunia berkorban untuk menyumbangkan wang kepada Tabung Pendidikan Berterusan. Apabila diumumkan tentang penubuhan Tabung Pendidikan Berterusan, Presiden Gordon B. Hinckley mengajar bahawa peserta “akan membayar pinjaman mereka untuk membolehkan orang lain diberkati seperti mana mereka telah diberkati” (“The Perpetual Education Fund,” Ensign, Mei 2001, 52). Dana Pendidikan Berterusan hanya “berterusan” jika peserta mengembalikan apa yang telah diterima oleh mereka. Dengan membayar balik pinjaman PEF, kita membuktikan kesempurnaan akhlak kita dan membolehkan orang lain menerima berkat pendidikan dan keberdikarian. Wang ini kudus dan hanya boleh digunakan untuk membantu membiayai pendidikan anda demi mendorong kepada pekerjaan dan keberdikarian yang lebih baik.

Bincang:Bagaimanakah bayaran balik pinjaman anda dapat memberkati orang lain yang memerlukannya?

Membayar Balik Pinjaman Saya

Baca:Presiden Thomas S. Monson mengajar: “Kami menyeru kepada [semua Orang Suci Zaman Akhir] agar bersikap sederhana dalam perbelanjaan anda; mendisiplinkan diri anda dalam pembelian anda untuk mengelakkan hutang. Bayar balik hutang secepat mungkin dan bebaskan diri anda daripada perhambaan ini. Simpan sedikit wang secara tetap untuk membina simpanan dengan perlahan-lahan” (“Are We Prepared?Ensign, Sept. 2014, 5).

Bincang:Apakah berkat yang dapat anda terima dengan membayar balik pinjaman PEF anda mengikut jadual?

Baca:Dalam sesetengah keadaan yang melampau, kita mungkin menghadapi cabaran yang menyebabkan kita tidak dapat membuat pembayaran penuh pinjaman PEF kita buat sementara waktu. Jika menghadapi kesulitan ini, hubungi sokongan PEF setempat anda dengan segera (rujuk srs.lds.org/pefsupport).

Latihan Temu Duga

Baca:Salah satu syarat untuk mendapatkan pinjaman PEF ialah menghadiri temu duga dengan seorang ahli dari lembaga uskup atau presidensi cabang. Untuk membuat persediaan bagi temu duga ini, kami akan memberi latihan mengenai beberapa soalan yang mungkin dikemukakan kepada anda.

Bincang:Kembali secara berkumpulan. Apakah yang telah anda pelajari dalam latihan main peranan ini?

Imej
ikon renung
Renung—Masa Maksimum: 5 Minit

Fikirkan secara individu tentang perkara yang telah anda pelajari hari ini dan pertimbangkan perkara yang Tuhan ingin anda lakukan. Kaji soalan di bawah dan tulis jawapan anda.

Kembali dan kaji penilaian kendiri pada halaman 2.

Apakah perkara paling bermakna yang telah saya pelajari hari ini?

Apakah yang akan saya lakukan secara berbeza disebabkan perkara yang telah saya pelajari hari ini?

Apakah yang akan saya lakukan jika saya menghadapi kesulitan kewangan untuk membayar balik pinjaman PEF saya? Tulis rancangan di bawah.

Bincang:Kongsi idea anda untuk merancang kesulitan kewangan. Apakah pandangan atau tanggapan terakhir anda?

Surat Penyiapan

Saya, , telah mengambil bahagian dalam perbincangan Tabung Pendidikan Berterusan untuk Keberdikarian yang disediakan oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Hasilnya, saya akan:

  • Berusaha agar lebih jujur dalam kehidupan seharian saya.

  • Membayar pinjaman PEF saya mengikut jadual dengan:

    • Membayar jumlah yang perlu dibayar setiap bulan.

    • Menghubungi sokongan (srs.lds.org/pefsupport) jika saya menghadapi kesulitan kewangan.

Nama peserta

Tandatangan peserta

Tarikh

Saya mengesahkan bahawa peserta ini telah melengkapkan perbincangan ini.

Nama fasilitator

Tandatangan fasilitator

Tarikh