Kitab Suci
1 Nefi 6


Bab 6

Nefi menulis berkenaan hal-hal Tuhan—Tujuan Nefi adalah untuk memujuk manusia supaya datang kepada Tuhan Abraham dan diselamatkan. Kira-kira 600–592 tahun S.M.

1 Dan sekarang aku, Nefi, tidak memberi salasilah nenek moyangku di dalam bahagian ini dalam catatanku; tidak juga pada apa masa pun akan aku berikannya selepas ini di atas kepingan-kepingan ini yang sedang aku tulis; kerana ia diberi di dalam catatan yang telah disimpan oleh bapaku; oleh kerana itu, aku tidak menuliskannya di dalam karya ini.

2 Kerana cukuplah bagiku mengatakan bahawa kami adalah keturunan Yusuf.

3 Dan bukanlah masalah bagiku bahawa aku cermat memberi laporan penuh berkenaan semua hal bapaku, kerana ia tidak dapat ditulis di atas kepingan-kepingan ini, kerana aku menginginkan ruang supaya aku dapat menulis segala hal Tuhan.

4 Kerana seluruh maksudku adalah bahawa aku dapat memujuk manusia supaya datang kepada Tuhan Abraham, dan Tuhan Isyak, dan Tuhan Yakub, dan diselamatkan.

5 Oleh kerana itu, hal-hal yang menyenangkan bagi dunia aku tidak akan tuliskan, tetapi hal-hal yang menyenangkan bagi Tuhan dan bagi mereka yang bukan dari dunia ini.

6 Oleh kerana itu, aku akan memberi perintah kepada keturunanku, bahawa mereka tidak akan mengisi kepingan-kepingan ini dengan perkara-perkara yang tidak bernilai kepada anak-anak manusia.