Bantuan Pengkajian
Mengaku, Pengakuan


Mengaku, Pengakuan

Tulisan suci menggunakan pengakuan sekurang-kurangnya dalam dua cara. Dalam satu pengertian, mengaku ialah menyatakan iman seseorang pada sesuatu, seperti mengaku bahawa Yesus ialah Kristus (Mat. 10:32; Rm. 10:9; 1Ā Yoh. 4:1ā€“3; A&P 88:104).

Dalam erti lain, mengaku ialah untuk mengakui kesalahan seseorang, seperti dalam suatu pengakuan dosa-dosa. Ia merupakan kewajipan semua orang untuk mengakui segala dosa mereka kepada Tuhan dan memperoleh pengampunan-Nya (A&P 58:42ā€“43). Apabila perlu, dosa-dosa mesti diakui kepada seseorang atau orang-orang yang tidak berdosa kepadanya. Dosa-dosa yang serius mesti diakui kepada seorang pegawai Gereja (dalam kebanyakan kes kepada uskup).