2010–2019
Imamat dan Doa Peribadi
April 2015


Imamat dan Doa Peribadi

Tuhan boleh memberi kuasa dalam imamat tidak kira apapun keadaan kita. Kita hanya perlu meminta dengan rendah hati.

Saya bersyukur atas amanah yang di beri untuk berucap kepada pemegang imamat Tuhan diseluruh dunia. Saya merasai beban tanggungjawab ini kerana saya tahu kepercayaan Tuhan terhadap kamu semua. Dengan penerimaan imamat, kamu telah memperoleh hak untuk berkata dan berlaku dalam nama Tuhan.

Hak itu hanya akan menjadi realiti apabila kamu menerima inspirasi dari Tuhan. Hanya dengan itulah kamu boleh mengucap bagi pihakNya. Dan hanya demikianlah kamu boleh bertindak dalam nama-Nya. Kamu mungkin tersalah fikir bahawa, “Oh, ia tidaklah susah. Saya boleh mendapat inspirasi apabila disuruh untuk berucap atau jika perlu memberi berkat imamat.” Seorang Diaken atau Pengajar mungkin akan berfikir, “Apabila saya besar nanti atau bila dipanggil menjadi mubaligh, saya akan tahu apa Tuhan inginkan saya kata atau lakukan.”

Fikirkanlah pada masa di mana kamu perlu ketahui apa Tuhan inginkan kamu berkata dan buat. Masa itu telahpun tiba bagi kita semua—tidak kira apa pun panggilan kamu dalam imamat. Saya membesar di tempat yang tidak punyai ramai ahli gereja di Amerika Syarikat Timur semasa Perang Dunia Kedua. Ahli-ahli gereja tinggal jauh dari satu sama lain, dan pada masa itu penggunaan minyak kereta amatlah dihadkan. Saya seorang sahaja deakon cabangan itu. Ahli-ahli gereja memberi sumbangan puasa kepada presiden cabang apabila mereka datang ke persidangan puasa dan kesaksian di rumah kami.

Apabila saya berumur 13 tahun, kami berpindah ke Utah dan menghadiri bahagian yang besar. Saya ingati tugas pertama saya iaitu berjalan ke rumah-rumah untuk mengumpul sumbangan puasa. Saya melihat nama pada salah satu sampul yang telah diberi dan perasan nama itu sama seperti salah satu Tiga Saksi dalam Buku Mormon. Jadi saya ketuk pintu itu dengan berani. Lelaki yang membuka pintu tersebut melihat saya dengan marah dan mengarah saya untuk pergi. Saya berlalu dari situ dengan penuh hampa.

Peristiwa itu berlaku 70 tahun dahulu, tetapi saya masih mengingati perasaan yang dirasai pada hari itu di muka pintu bagaikan saya patut berkata atau melakukan sesuatu. Jikalah saya berdoa dengan iman apabila pergi mengumpul sumbangan puasa hari itu, saya mungkin akan diilham untuk berdiri di muka pintu itu lebih lama, senyum dan berkata: “Gembira berjumpa kamu. Terima kasih atas sumbangan yang diberi oleh kamu sekeluarga sebelum ini. Saya harap dapat berjumpa kamu lagi minggu depan.”

Jika saya telah berkata demikian, dia mungkin menjadi lebih marah—dan juga tersinggung. Tetapi saya tahu apa yang akan saya mungkin rasai. Sebalik merasai sedih dan berjalan pergi, saya mungkin akan rasa pujian dalam minda dan hati: “Bagus.”

Kita semua perlu berkata dan berlaku dalam nama Tuhan di ketika penilaian sendiri tidak mencukupi tanpa ilham. Waktu tersebut boleh berlaku apabila kita tidak punyai masa untuk bersedia pun. Ini berlaku kepada saya kerap kali. Ia berlaku bertahun dahulu di hospital di mana seorang ayah telah memberitahu saya dan rakan bahawa para doctor mengatakan anak perempuan tercederanya yang berumur tiga tahun akan mati dalam beberapa minit. Apabila saya meletakkan tangan saya di bahagian kepalanya yang tidak dibaluti, saya perlu tahu, sebagai hamba Tuhan, apakah yang Dia ingin saya laku dan katakan.

Kata-kata mengisi minda dan mulut saya yang mengatakan dia akan hidup. Para doktor yang berdiri berdekatan mencemuh dan menyuruh saya untuk memberi laluan kepadanya. Saya meninggalkan bilik hospital itu dengan perasaan kasih dan aman. Kanak perempuan itu hidup dan berjalan ke pertemuan sakramen pada hari terakhir saya di bandar tersebut. Saya masih ingati keriangan dan kepuasan hati yang dirasai dari apa yang diucap dan dilakukan bagi pihak Tuhan untuk kanak tersebut dan keluarganya.

Perasaan berbeza yang dirasai ketika di hospital dan kesedihan yang dirasai apabila berlalu dari pintu ketika sebagai deakon datang dari apa yang dipelajari mengenai hubungan doa dengan kuasa imamat. Semasa saya seorang deakon, saya belum pelajari bahawa kuasa untuk berkata dan berlaku dalam nama Tuhan memerlukan wahyu, dan untuk memperolehnya kita perlu berdoa dan berusaha dengan iman untuk memperoleh Roh Kudus sebagai teman.

Pada petang sebelum pergi ke pintu itu untuk mengutip sumbangan puasa, saya telah berdoa sebelum tidur. Tetapi berminggu dan berbulan sebelum panggilan telefon yang datang dari hospital, saya telah mengikuti satu corak doa dan mengusahakan ajaran Presiden Joseph F. Smith yang mengatakan bahawa Tuhan akan memberi kita ilham yang diperlukan untuk mempunyai kuasa dalam imamat. Dengan terang dia kata:

“Kita tidak perlu merayu kepada-Nya dengan pelbagai kata-kata. Kita tidak perlu meletihkan Nya dengan doa yang panjang. Apa yang kita perlu, dan apa yang kita patut lakukan sebagai Orang Suci Zaman Akhir, untuk kebaikan kita, ialah berdoa sentiasa, bersaksi kepada nya dan selalu mengingati nya dan mengambil ke atas diri mereka nama nya, mentaati perintah-perintah, membuat semua yang baik; dan menginginkan Roh-Nya untuk membantu.”1

Kemudian Presiden Smith memberitahu kita apa yang patut didoakan, sebagai hamba untuk berkata dan berlaku bagi pihak Tuhan. Dia kata: “Apa yang didoai kamu? Kamu doa agar Tuhan mengenali kamu, agar dia mendengar doa-doa kamu, dan agar dia memberkat kamu dengan Roh-Nya.”2

Tidak kira sangat apa kata-kata yang diguna, tetapi ia akan memerlukan kesabaran. Ia adalah penghampiran terhadap Bapa Syurgawi dengan niat untuk dikenali oleh-Nya secara individu. Dialah Tuhan segalanya, Bapa kepada semua, namun Dia masih ingin memberi perhatian penuh kepada setiap anak-Nya. Mungkin itulah sebab mengapa Juruselamat menggunakan ayat “Ya Bapa, Engkaulah Tuhan yang Esa, Semoga Engkau disembah dan dihormati.”3

Adalah lebih senang untuk memperoleh perasaan takzim apabila kamu melutut atau menundukkan kepala, tetapi kerap kali dalam layanan imamat, kita mungkin perlu menghadapi Bapa Syurgawi secara kurang rasmi walau dalam doa senyap. Bunyi riuh dan orang mengelilingi kamu sentiasa ketika berjaga. Tuhan mendengar doa senyapmu, tetapi kamu mungkin perlu tidak mengendahkan kekecohan kerana ketika kamu memerlukan perhubungan dengan Tuhan, ia mungkin tidak akan berlaku pada masa yang sunyi.

Presiden Smith mencadangkan bahawa kamu perlu berdoa agar Tuhan mengenali panggilan kamu untuk melayan-Nya. Dia sudah pun tahu panggilan kamu dengan teliti. Dia yang memanggil kamu, dan dengan berdoa kepada-Nya mengenai panggilan kamu, Dia akan mengwahyukan lebih untuk kamu ketahui.4

Saya akan memberi kamu contoh apa seorang pengajar keluarga patut lakukan apabila dia berdoa. Kamu mungkin sudah tahu kamu akan:

“Mengunjungi rumah masing-masing anggota, mengimbau mereka untuk berdoa dengan bersuara dan secara rahsia dan melaksanakan segala kewajipan keluarga. …

“… Mengawasi gereja selalu, dan berada bersama menguatkan mereka;

“Dan memastikan bahwa tidak ada kedurhakaan di dalam gereja, tidak juga perilaku kasar satu sama lain, tidak juga pendustaan, pemfitnahan, tidak juga pembicaraan jahat;

“Dan memastikan bahwa gereja sering bertemu bersama, dan juga memastikan bahwa semua anggota melakukan kewajipan mereka.”5

Bagi pengajar keluarga yang berpengalaman dan teman mudanya, ia mustahil tanpa bantuan Roh Kudus. Fikir akan keluarga-keluarga atau individu-individu yang kamu telah dipanggil untuk melayan. Penilaian manusia dan niat baik tidaklah mencukupi.

Jadi kamu akan berdoa untuk ketahui isi hati, ketahui perkara yang tidak kena dalam kehidupan mereka yang kamu tidak kenali dengan baik dan mereka yang tidak beria sangat untuk dikenali. Kamu perlu tahu apa Tuhan inginkan kamu lakukan untuk membantu mereka dan melakukan semua sebaik mungkin dengan hanya perasaan kasih sayang Tuhan terhadap mereka.

Oleh kerana kamu punyai panggilan imamat yang sangat penting dan susah, Presiden Smith mencadangkan bahawa apabila kamu berdoa, kamu sentiasa merayu kepada Tuhan agar Dia memberkati kamu dengan Roh-Nya. Kamu akan memerlukan Roh Kudus bukan hanya sekali tetapi sebanyak mungkin yang Tuhan akan kurniakan kepada kamu sebagai peneman sentiasa. Itulah sebab mengapa kita perlu berdoa agar Tuhan akan sentiasa membimbing dalam layanan kita terhadap anak-anak-Nya.

Kerana kamu tidak boleh capai potensi imamat tanpa Roh, kamu adalah sasaran peribadi Setan, musuh segala kegembiraan. Jika dia boleh menggoda kamu untuk berdosa, dia boleh mengurangkan kuasa untuk dibimbing oleh Roh malah mengurangkan kuasa imamat kamu. Itu lah sebab mengapa Presiden Smith berkata bahawa kamu patut sentiasa berdoa agar Tuhan akan memberi amaran dan melindungi kamu dari kejahatan.6

Dia memberi amaran dalam pelbagai cara. Amaran-amaran adalah sebahagian daripada rancangan keselamatan. Para Nabi, rasul, presiden pancang, uskup, dan mubaligh semua memberi suara peringatan untuk menghindari bencana melalui iman dalam Yesus Kristus, pertaubatan, membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian suci.

Sebagai pemegang imamat, kamu sebahagian daripada suara peringatan Tuhan. Namun kamu sendiri perlu memberi perhatian terhadap peringatan tersebut. Kamu tidak akan terus hidup secara rohani tanpa perlindungan dan penemanan Roh Kudus dalam kehidupan seharian kamu.

Kamu patut berdoa dan berusaha untuk memperolehnya. Hanya dengan panduan itu kamu boleh kekal di lorong sempit dan kecil ketika kabut kegelapan. Roh Kudus akan menjadi pembimbing yang mewahyu kebenaran apabila kamu menelaah kata-kata para nabi.

Untuk memperoleh bimbingan tersebut, ia memerlukan lebih daripada mendengar dan membaca dengan bersahaja. Kamu perlu berdoa dan berusaha dengan iman untuk memastikan firman kebenaran tertera dalam hati. Kamu perlu berdoa agar Tuhan memberkati kamu dengan Roh-Nya, agar Dia akan membimbing kamu ke semua yang benar dan menunjukkan jalan yang betul. Itulah cara dia akan memberi amaran dan memimpin kamu ke jalan yang betul dalam kehidupan dan layanan imamat kamu.

Persidangan umum memberi peluang hebat untuk Tuhan memperkuatkan kuasa kamu untuk melayan dalam imamat-Nya. Kamu boleh menyediakan diri, sepertimana saya pasti kamu telah lakukan untuk persidangan ini, dengan doa. Kamu boleh menggabungkan iman dengan mereka yang akan berdoa di persidangan. Mereka akan doakan dalam persidangan ini untuk pelbagai berkat kepada orang ramai.

Mereka akan doakan Roh untuk bersama nabi, agar dia menjadi jurucakap Tuhan. Mereka akan berdoa untuk para Rasul dan semua hamba-hamba yang dipanggil oleh Tuhan. Itu termasuk kamu yang baru hanya menjadi deakon sehinggalah ke imam tinggi yang berpengalaman dan yang tua atau muda yang kelak akan memasuki dunia roh, di mana mereka akan mendengar, “Bagus, kamu hamba yang baik dan setia.”7

Tabik tersebut akan diberi kepada mereka yang tidak tersangka. Mereka mungkin tidak pernah memegang jabatan tinggi dalam Pemerintahan Tuhan di bumi. Ada yang mungkin hanya dapat melihat hasil yang sedikit dari usaha mereka atau tidak pernah diberi peluang-peluang tertentu untuk melayan. Mereka yang lain mungkin merasai layanan dalam kehidupan lebih singkat dari yang diharapkan.

Bukanlah jabatan yang dipegang atau tempoh masa melayan yang diimbangi oleh Tuhan. Kita ketahui ini dari perumpamaan Tuhan berkenaan pekerja-pekerja di ladang anggur di mana gaji yang dibayar sama tidak mengira berapa lama atau di mana mereka bekerja. Mereka diberi ganjaran bergantung kepada bagaimana mereka telah melayan.8

Saya kenali seorang lelaki, seorang kawan yang baik, di mana layanan fananya di ladang anggur itu akhir pukul 11:00 semalam. Dia telah menerima rawatan untuk kanser selama beberapa tahun. Ketika rawatannya dan kesakitan dan kesusahan yang teruk, dia menerima panggilan untuk menjalankan mesyuarat dan bertanggungjawab atas ahli-ahli bahagian yang anak-anak mereka telah berpindah keluar dari rumah; ada diantara mereka balu. Panggilannya adalah untuk membantu mereka memperoleh keselesaan dari segi sosial dan pembelajaran injil.

Apabila dia menerima ramalan terakhir yang menyatakan bahawa dia hanya punyai masa yang singkat untuk hidup, uskupnya telah pergi luar bandar atas urusan kerja. Dua hari kemudian, dia menghantar mesej kepada uskupnya melalui pemimpin kumpulan imam tingginya. Dia berkata mengenai tugasnya: “Saya faham uskup tiada di sini pada masa kini, jadi saya telah membuat perancangan. Saya mencadangkan satu pertemuan untuk kumpulan kita Isnin depan. Dua ahli boleh membawa kita untuk melawat Pusat Persidangan. Kita boleh meminta beberapa ahli untuk memandu dan budak pengakap untuk menolak kerusi-kerusi roda. Bergantung kepada siapa yang akan menghadiri, kita mungkin punyai cukup orang untuk lakukan semua dengan sendiri, tetapi adalah baik untuk peroleh bantuan lebih jika diperlukan. Ia juga malam yang sesuai bagi mereka yang membantu untuk membawa keluarga masing-masing bersama. Sila balas jika rancangan ini sesuai atau tidak sebelum saya mengumumkannya. … Terima kasih.”

Kemudian, dia memeranjatkan uskup dengan panggilan telefon. Tanpa sebarang rujukan mengenai keadaannya atau usaha gagah dalam tugasannya, dia bertanya, “Uskup, ada apa-apa yang boleh saya lakukan untuk kamu?” Hanya Roh Kudus yang membolehkannya merasai beban uskup walaupun bebannya sendiri sangat berat. Dan hanya Roh membolehkannya membuat suatu rancangan untuk melayan saudara saudarinya dengan ketepatan yang sama sepertimana merancang aktiviti pengangkap ketika muda dahulu.

Dengan doa yang beriman, Tuhan boleh memberkatkan kita kuasa dalam imamat tidak kira apapun keadaan kita. Kita hanya perlu minta dengan rendah hati agar Roh boleh menunjukkan kepada kita apa Tuhan inginkan kita kata dan laku, lakukan, dan meneruskan kehidupan yang melayakkan kita kurniaan tersebut.

Saya bersaksi bahawa Tuhan, Bapa kita hidup, mengasihi kita, dan mendengar setiap doa kita. Saya bersaksi bahawa Yesus adalah Kristus yang hidup, di mana Korban Tebusan telah membolehkan kita semua disucikan dan melayakkan kita peroleh penemanan Roh Kudus. Saya bersaksi bahawa dengan iman dan ketekunan, kita akan mendengar kata-kata yang akan membawa kegembiraan, “Bagus, kamu hamba yang baik dan setia.”9 Saya berdoa agar kita akan menerima tabik indah dari Tuan yang kita layani. Dalam nama Yesus Kristus, amin.