2010–2019
Membaharui Iman
April 2015


Membaharui Iman

Kita masing-masing boleh memperkukuhkan iman kita terhadap Yesus Kristus dalam perjalanan individu dan mendapati kebahagiaan.

Pada pagi Paskah ini, kita bersyukur dapat mendengar suara nabi hidup kita, President Monson. Kami menghargai katamu, termasuk nasihatmu: “Carikan kebahagiaan dalam perjalanan”1 dan “Masa depan adalah seterang iman kamu.” 2

Tahun ini kanak-kanak Sekolah Primer kongsikan kebahagiaan dan iman mereka terhadap Yesus Kristus apabila mereka menyanyi “Saya Tahu Juruselamat Menyanyangi Ku.”(I Know That My Savior Loves Me.) Mereka nyanyikan kebenaran “Saya tahu Dia hidup! ... Saya berikan hatiku kepada Dia.”3 Seperti kanak-kanak Sekolah Primer, kita boleh memperkukuhkan iman terhadap Yesus Kristus dalam perjalanan kita dan memperolehi kebahagiaan.

Baru-baru ini, dalam Pertemuan Lembaga Pertolongan hari Ahad, saya mendengar seorang ibu mengongsikan cerita perjalanan penganutannya. Dia telah membesar dalam Gereja bersama ibu bapa yang mengajarkan dia Injil. Dia menghadiri Sekolah Primer, Remaja Puteri, dan seminari. Dia suka belajar dan mencari kebenaran. Dia selalu berusaha untuk memahami mengapa. Elder Russell M. Nelson berkata, “Tuhan hanya boleh mengajar minda yang ingin tahu.”4 Dan remaja puteri ini boleh diajar.

Selepas sekolah menengah, dia menghadiri universiti, kemudian dimeterai dalam bait suci kepada seorang mubaligh yang sudah melayan, dan mereka diberkati anak-anak yang comel.

Dengan sifat yang suka menanya soalan, ibu ini terus menanya. Tetapi soalannya menjadi semakin susah, begitu juga jawapannya. Ada masanya tidak ada jawapan langsung—atau tidak ada jawapan yang boleh menenangkan. Lambat laun, semakin dia mencarikan jawapan, lebih banyak soalan timbul dan dia mula meragui dasar imannya.

Pada ketika yang mengelirukan ini, ada orang berkata kepadanya, “Bergantunglah kepada iman saya.” Tetapi dia berfikir, “Saya tidak boleh. Awak tidak faham; awak tidak menghadapi masalah saya.” Dia menjelaskan, “Saya rela bersopan-santun terhadap mereka yang tidak beragu-ragu, jika mereka juga bersopan-santun terhadap saya.” Ramai orang berbuat demikian.

Dia berkata, “Ibu bapa tahu perasaan saya dan tidak mengganggu saya. Mereka menyayangi saya semasa saya cuba mencari jawapan.” Uskup ibu ini juga sering bertemu dengan dia dan menunjukkan keyakinan dia terhadap ibu ini.

Ahli-ahli bahagian juga tidak teragak-agak untuk memberi sokongan kepadanya, dan dia merasainya. Bahagiannya bukanlah satu tempat di mana orang cuba menunjukkan kesempurnaan, ia satu tempat di mana mereka menyokong satu sama lain.

“Itu masa yang luar biasa,” dia mengingati. “Pada masa itu saya dapat merasa satu hubungan dengan datuk nenek saya yang sudah meninggal dunia. Mereka menyokong dan menggalakkan saya untuk terus mencuba. Saya terasa mereka berkata, ‘Tumpukan pada perkara yang kamu tahu.’”

Walaupun adanya sokongan yang besar, dia menjadi kurang aktif. Dia berkata, “Saya tidak mengasingkan diri dari Gereja kerana tingkah laku yang buruk, kelesuan rohani, alasan untuk tidak mematuhi perintah, atau mencarikan penyelesaian yang senang bagi masalah saya. Saya rasa saya perlukan jawapan kepada soalan ini, ‘Apakah yang saya benar-benar percaya?’”

Pada masa itu, dia membaca satu buku tulisan Mother Teresa, yang juga menghadapi cabaran yang sama. Dalam satu suratnya pada tahun 1953, Mother Teresa menulis: “Sila berdoa untuk saya supaya saya tidak musnahkan kerja-Nya dan untuk Tuhan menunjukkan Diri-Nya—wujudnya satu kegelapan yang besar di dalam diri saya, seolah-olah segalanya sudah mati. Ini berlaku semenjak saya mulakan kerja ini. Minta Tuhan kita untuk berikan saya keberanian.”

Archbishop Périer membalas: “Tuhan membimbing kamu, wahai Mother; kamu tidak berada dalam kegelapan seperti yang difikirkan. Jalan yang kamu harus ambil tidak menjadi jelas dengan serta-merta. Berdoalah untuk cahaya; jangan buat keputusan terlalu cepat, dengar perkara yang diucapkan oleh orang lain, pertimbangkan kata mereka. Kamu akan mendapat bantuan. … Dengan bimbingan iman, doa, dan logik bersama satu niat yang betul, itu sudah mencukupi.”5

Rakan saya fikir jika Mother Teresa boleh mengikut agamanya tanpa semua jawapan dan kewarasan dalam segala hal, mungkin dia boleh juga. Dia boleh mengambil satu langkah demi satu langkah dengan beriman. Dia boleh menumpukan pada kebenaran yang dipercayai dan biarkan kebenaran itu mengisi minda dan hatinya.

Ketika merenung kembali, dia berkata, “Kesaksian saya telah menjadi seperti abu. Semuanya telah musnah. Yang hanya tinggal ialah Yesus Kristus. Tetapi Dia tidak tinggalkan kamu apabila ada soalan. Apabila seseorang cuba mematuhi perintah, pintu Juruselamat selalu terbuka bagi mereka. Doa dan kajian kitab suci menjadi sangat penting.”

Langkah pertamanya untuk membaharui iman bermula dengan kebenaran Injil yang dasar. Dia belikan satu buku lagu Sekolah Primer dan mula membaca kata lagu-lagu itu. Ia sangat berharga kepadanya. Dia berdoa demi iman untuk mengangkat bebannya.

Dia mendapati bahawa apabila dia menemui sesuatu yang menyebabkan keraguannya, dia “boleh berhenti seketika, pertimbangkan bagaimana Injil mempengaruhi hidupnya.” Dia berkata, “Saya akan bertanya, ‘Adakah ini jalan yang betul bagi saya dan keluarga saya?’ Dan saya bertanyakan diri, ‘Apakah yang saya inginkan bagi anak-anak saya?’ Saya sedar bahawa saya ingin mereka berkahwin dalam bait suci. Itulah saat apabila kepercayaan kembali ke hati saya.”

Elder Jeffrey R. Holland berkata, “kerendahan hati, iman, dan pengaruhan Roh Kudus [akan] selalunya menjadi unsur bagi setiap pencarian kebenaran.”6

Walaupun dia masih ada soalan tentang bagaimana Kitab Mormon terjadi, dia tidak boleh menafikan kebenaran Kitab Mormon. Dia telah mengkaji Perjanjian Baru untuk lebih memahami Juruselamat. “Tetapi akhirnya,” dia berkata, “Saya kembali ke Kitab Mormon kerana saya suka perasaan yang dirasai apabila saya membaca tentang Yesus Kristus dan Penebusan-Nya.”

Dia mengakhiri dengan berkata, “Kamu perlu mengalami pengalaman rohani diri tentang kebenaran buku itu. Apabila saya membaca Mosia saya terasa dibimbing. ‘Percayalah kepada Tuhan; percayalah bahawa Dia ada, dan bahawa Dia menciptakan segalanya… , percayalah bahawa Dia memiliki segala kebijaksanaan, dan segala kuasa, baik di langit mahupun di bumi; percayalah bahawa manusia tidak memahami segala hal yang dapat Tuhan fahami.’”7

Dia menerima panggilan sebagai pemain piano Sekolah Primer pada masa itu. “Itu panggilan yang senang,” dia kata. “Saya mahu anak-anak saya menghadiri Sekolah Primer, dan saya boleh bersama mereka. Dan saya belum bersedia untuk mengajar.” Semasa dia melayan, dia sentiasa merasai orang sekelilingnya menjemput dia untuk “Datanglah, kami perlukan kamu, tidak kira betapa besar atau kecil kerohanianmu, kami berusaha bersama kamu. Berikan apa pun sumbangan yang kamu miliki.”

Apabila memain lagu Sekolah Primer, dia terfikir, “Ini kebenaran yang saya hargai. Saya masih boleh memberi kesaksian. Saya akan ucapkan perkara yang saya tahu dan percaya. Mungkin ini bukan satu sumbangan ilmu yang sempurna, tetapi ini sumbangan saya. Saya memperolehi kesaksian yang lebih besar tentang perkara yang disaksikan. Adalah sangat indah untuk kembali ke dasar injil dan memperoleh kejelasan.”

Pada hari Ahad itu, sambil saya mendengar cerita saudari ini, saya diperingatkan bahawa kita mesti membina dasar kita “di atas batu Penebus”.8 Saya juga teringat akan nasihat dari Elder Jeffrey R. Holland: “Berpegang kepada perkara yang kamu sudah tahu dan berdiri tegas sehingga ilmu tambahan datang.”9

Semasa pelajarannya, saya lebih memahami jawapan kepada soalan kita datang apabila kita mencari dengan bersungguh-sungguh dan apabila kita mematuhi perintah. Saya diingatkan bahawa keimanan boleh menolong kita percaya perkara yang belum masuk akal.

Saya ingin menjadi mereka yang mengelilingi ibu itu, menyayangi dan menyokongnya. Presiden Dieter F. Uchtdorf telah berkata: “Kita semua penziarah yang mencarikan cahaya Tuhan semasa kita mengembara dalam jalan penganutan. Kita tidak mengutuk orang lain tentang cahaya mereka; sebaliknya, kita membela dan menggalak sehingga cahaya itu menjadi jelas, terang, dan benar.”10

Apabila kanak-kanak Sekolah Primer menyanyi “Doa Seorang Kanak-kanak” (A Child’s Prayer), mereka bertanya: “Bapa Syurgawi, adakah kamu benar-benarnya di situ? Dan adakah kamu mendengar dan menjawab doa setiap kanak-kanak?”11

Kita juga mugkin tertanya-tanya, “Adakah Bapa Syurgawi benar-benar di situ?” dan kita hanya perlu berbahagia—seperti rakan saya—apabila jawapan itu datang dalam kepastian yang senyap. Saya bersaksi bahawa kepastian itu datang apabila kehendak-Nya menjadi kehendak kita. Saya bersaksi bahawa kebenaran berada di bumi hari ini dan Injil-Nya didapati dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota-nota

  1. Thomas  S. Monson, “Finding Joy in the Journey,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 85.

  2. Thomas S. Monson, “Be of Good Cheer,”Ensign atauLiahona, May 2009, 92.

  3. “I Know That My Savior Loves Me,” dalam I Know My Savior Lives: 2015 Outline for Sharing Time (2014), 29.

  4. Russell M. Nelson, in M. Russell Ballard, “What Came from Kirtland” (Brigham Young University fireside, Nov. 6, 1994); speeches.byu.edu.

  5. DalamMother Teresa: Come Be My Light; The Private Writings of the Saint of Calcutta, ed. Brian Kolodiejchuk (2007), 149–50, tanda baca distandardkan.

  6. Jeffrey R. Holland, “Be Not Afraid, Only Believe” (evening with Elder Jeffrey R. Holland, Feb. 6, 2015); lds.org/broadcasts.

  7. Mosia 4:9.

  8. LihatHelaman 5:12.

  9. Jeffrey R. Holland, “Lord, I Believe,” Ensign atau Liahona, May 2013, 94.

  10. Dieter F. Uchtdorf, “Receiving a Testimony of Light and Truth,” Ensign atauLiahona, Nov. 2014, 22.

  11. “A Child’s Prayer,” Children’s Songbook, 12.