2010–2019
Kita Akan Maju Bersama-sama
April 2015


Kita Akan Maju Bersama-sama

Sebagai wanita dan lelaki yang mematuhi-perjanjian, kita perlu menyokong satu sama lain dan membantu satu sama lain menjadi orang yang Tuhan ingin kita menjadi.

Di samping pidato yang mengilhami, muzik, dan doa-doa yang sentiasa menyentuh hati kita selama persidangan umum, saya telah diberitahu oleh ramai saudari dalam Gereja bahawa apa yang paling mereka menyukai adalah melihat Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas semasa mereka keluar dari mimbar dengan pasangan abadi mereka. Dan tidakkah kita semua suka mendengar Para Penguasa Umum dengan lembut menyatakan kasih sayang mereka kepada isteri mereka?

Imej
President Boyd K. Packer and his wife, Donna, at the Brigham City Utah Temple cornerstone ceremony, 23 September 2012.

Bercakap tentang isterinya, Donna, Presiden Boyd K. Packer berkata, “Kerana jabatan yang saya pegang, saya mempunyai kewajiban yang serius untuk mengatakan kebenaran: Dia sempurna.”1

Imej
President Dieter F. Uchtdorf and his wife.

“Dia sinar matahari dalam hidupku,”2 kata Presiden Dieter F. Uchtdorf mengenai isterinya, Harriet.

Imej
President Henry B. Eyring and Sister Eyring at their wedding.

President Henry B. Eyring, merujuk kepada isterinya, Kathleen, berkata, “Dia [adalah] orang yang telah sentiasa membuat saya ingin menjadi yang terbaik yang saya boleh.”3

Imej
LDS Church President Thomas S. Monson gives his wife, Frances, a kiss at their 60th anniversary celebration, 10/6/2008, at the Lion House. The two met in 1944 and were married in the Salt Lake Temple on Oct. 7, 1948.

Dan Presiden Thomas S. Monson, bercakap tentang isterinya yang terkasih Frances, berkata: “Dia adalah orang yang kucintai dalam hidupku, pasanganku yang terpercaya, dan rakan saya yang terdekat. Untuk menyatakan yang saya merinduinya tidaklah bermula untuk menyampaikan kedalaman perasaan saya.”4

Saya juga ingin menyatakan kasih sayangku kepada suamiku yang terkasih, Craig. Dia adalah kurnia yang berharga kepada saya! Merujuk kepada suami saya, satu frasa yang dihargai dan kudus dalam berkat bapa bangsa saya, menjanjikan bahawa hidup saya dan kehidupan daripada anak-anak saya akan “dijaga olehnya.” Itu jelas bagi saya bahawa Craig adalah penggenapan janji itu. Meminjam perkataan Mark Twain, saya berkata bahawa “hidup tanpa [Craig], hidup tidak akan baik.”5 Saya mencintainya, sepenuh hatiku!

Peranan Ilahi dan Tanggung Jawab

Hari ini saya ingin memberi penghormatan kepada suami, ayah, saudara lelaki, anak, dan pak cik yang tahu siapa mereka dan yang melakukan yang terbaik untuk memenuhi peranan mereka yang diberi oleh Tuhan seperti yang dihuraikan dalam perisytiharan keluarga, termasuk dengan benar memimpin dan memberi bekalan dan melindungi keluarga mereka. Perlu diketahui bahawa saya sangat menyedari bahawa topik kebapaan, keibuan, dan perkahwinan boleh jadi menyusahkan bagi ramai orang. Beberapa ahli Gereja merasakan bahawa keluarga mereka tidak akan pernah mencapai apa yang mereka anggap sempurna. Ramai yang terlukai kerana pengabaian, penderaan, ketagihan, dan tradisi dan budaya yang salah. Saya tidak memaafkan tindakan para lelaki dan wanita yang telah dengan sengaja atau pun tanpa menyedarinya menyebabkan rasa sakit, kesedihan, dan putus asa di rumah mereka. Tetapi hari ini saya bercakap tentang sesuatu yang lain.

Saya yakin bahawa suami tidak pernah lebih menarik kepada isterinya daripada apabila dia berkhidmat dalam peranannya yang diberi Tuhan sebagai seorang pemegang imamat yang layak—terutamanya di rumah. Saya suka dan percaya perkataan ini dari Presiden Packer kepada para suami dan bapa yang layak: “Anda mempunyai kuasa imamat secara langsung dari Tuhan untuk melindungi rumah anda. Akan ada masa-masa apabila semua yang melindungi anda dan keluarga anda dari kenakalan musuh adalah kuasa itu.”6

Pemimpin Rohani dan Pengajar dalam Rumah

Awal tahun ini saya menghadiri pengebumian seorang lelaki yang luar biasa—Pak Cik suami saya, Don. Salah satu anak lelaki Pak Cik Don berkongsi sebuah pengalaman yang dia mempunyai semasa dia seorang anak kecil, tidak lama setelah ibu bapanya membeli rumah pertama mereka. Kerana adanya lima anak kecil untuk diberi makan dan pakaian, jadi tidak ada cukup wang untuk pagar halaman. Mengambil dengan serius salah satu peranan ilahinya sebagai pelindung keluarganya, Pak Cik Don memakukan tiang kayu ke tanah, mengambil beberapa tali, dan mengikatkan tali dari tiang ke tiang di sekeliling halaman. Dia kemudian memanggil anak anaknya kepadanya. beliau menunjukkan kepada mereka tiang-tiang dan tali dan menjelaskan kepada mereka bahawa jika mereka akan tinggal di bahagian dalam pagar sementara itu, mereka akan selamat.

Suatu hari pengajar berkunjung memandang dalam ketidakpercayaan semasa mereka menghampiri rumah dan melihat lima anak kecil berdiri dengan patuh pada tepi tali itu, melihat dengan rindu pada bola yang melantun di sempadan mereka dan keluar ke jalan. Seorang anak kecil berlari mendapatkan ayah mereka, yang, sebagai jawaban, berlari dan mengambil bola itu.

Kemudian selama pengebumian, anak lelaki tertua dengan menangis menyatakan bahawa semua yang dia pernah harapkan dalam hidup ini adalah menjadi seperti ayahnya yang tercinta.

Imej
Sister Burton's son and grandson reading together.

Presiden Ezra Taft Benson berkata:

“Oh, para suami dan bapa di Gereja, anda boleh berbuat begitu banyak untuk keselamatan dan kemuliaan keluarga anda!  …

“Ingatlah panggilan kudus anda sebagai seorang bapa di Gereja—panggilan yang terkudus anda dalam masa dan keabadian—sebuah panggilan yang mana anda tidak pernah akan dibebaskan.”

Imej
Sister Burton's son and grandson on a bed together.

“Anda mesti membantu mencipta sebuah rumah dimana Roh Tuhan boleh hadir.”7

Betapa bergunanya perkataan kenabian itu pada hari ini.

Itu mestilah sukar, pada terbaik, bagi lelaki perjanjian untuk hidup di dunia yang bukan hanya menghina peranan ilahi dan tanggung jawab mereka tetapi juga menghantar mesej yang salah tentang apa ertinya menjadi seorang “lelaki sejati.” Satu mesej yang salah adalah “Perkara yang terpenting adalah diriku.” Dan juga ada mesej yang merendahkan dan mengejek bahawa suami dan bapa tidak lagi diperlukan. Saya memohon kepada anda untuk tidak mendengar kepada bohongan Iblis! Iblis telah terlucut hak keistimewaan kudus untuk menjadi seorang suami atau ayah. Kerana dia cemburu terhadap mereka yang mempunyai peranan kudus yang dia tidak pernah akan penuhi, dia berniat membuat “semua orang … getir seperti dirinya sendiri”!8

Menyokong dan Membantu dalam Peranan Pelengkap Kita

Saudara dan saudari, kita saling memerlukan! Sebagai wanita dan lelaki yang mematuhi—perjanjian, kita perlu menyokong satu sama lain dan membantu satu sama lain menjadi orang yang Tuhan ingin kita menjadi. Dan kita perlu bekerja bersama-sama untuk menyokong angkatan muda dan membantu mereka mencapai potensi ilahi mereka sebagai pewaris kehidupan abadi. Kita boleh berbuat seperti Elder Robert D. Hales dan isterinya, Mary, telah lakukan dan mengikut pepatah ini “Anda menyokong saya dan Saya menyokong anda, dan kita akan maju bersama-sama.”9

Kita mengetahui dari kitab suci bahawa “tidak baik … manusia hidup seorang diri.” Itulah sebabnya Bapa Syurgawi kita menjadikan “seorang teman yang sesuai untuk menolong dia.”10 Frasa teman untuk menolong bererti “seorang penolong yang sesuai. layak, ataupun yang sepadan untuk dia.”11 Sebagai contoh, kedua-dua tangan kita serupa satu sama lain tetapi tidak betul-betul sama. Sebenarnya, mereka adalah bertentangan antara satu sama lain, tetapi mereka melengkapi antara satu sama lain dan sesuai untuk satu sama lain. Bekerja bersama-sama, mereka menjadi lebih kuat.12

Dalam satu bab tentang keluarga, buku panduan Gereja mengandungi pernyataan ini: “Sifat roh lelaki dan wanita adalah sedemikian rupa sehingga mereka saling melengkapi.”13 Harap diperhatikan bahawa ia mengatakan “saling melengkapi,” tidak “bersaing dengan satu sama lain”! Kita berada di sini untuk membantu, menyokong, dan bersukacita dengan satu sama lain semasa kita berusaha menjadi diri kita yang terbaik. Sister Barbara B. Smith dengan bijaksana mengajarkan, “Kita akan mempunyai begitu banyak kebahagiaan apabila kita bergembira dengan kejayaan orang lain bukan hanya dengan diri kita sendiri.”14 Apabila kita berusaha untuk “melengkapi” daripada “bersaing”, ia adalah lebih mudah untuk menyokong satu sama lain!

Apabila saya seorang ibu muda dari beberapa anak-anak kecil, pada akhir hari yang dipenuhi dengan mengganti lampin, mencuci pinggan, dan mendisiplinkan, tidak ada seorangpun yang bernyanyi dengan pengakuan lagu Sekolah Primer “Saya sangat gembira apabila bapa pulang.”15 Saya sedih mengakui saya tidak sentiasa riang ketika Craig nampaknya dengan riang masuk ke rumah setelah seharian bekerja keras. Dia sentiasa menyambut setiap daripada kita dengan pelukan dan ciuman dan mengubah hari yang banyak kesusahan dan kadang-kadang malang menjadi saat yang menyenangkan dihabiskan bersama ayah. Saya berharap saya telah sedikit kurang peduli dengan banyak perkara yang saya masih harus selesaikan pada hari itu dan dengan lebih bijaksana menumpukan perhatian, seperti yang dia, lakukan, pada perkara yang lebih penting. Saya akan kerap berhenti dan menikmati masa kudus keluarga dan akan berterima kasih kepadanya lebih kerap bagi memberkati kehidupan kita!

Marilah Kita Sering Bertutur Kata yang Baik Satu Sama Lain

Belum lama ini, seorang saudari yang setia dari Gereja berkongsi dengan saya kerisauan yang mendalam yang dia telah berdoa berkenaannya untuk beberapa waktu. Kerisauannya adalah untuk beberapa saudari di bahagiannya. Dia memberitahu saya betapa itu menyakiti hatinya melihat bahawa mereka kadang-kadang bercakap secara tidak hormat kepada suami mereka dan tentang suami mereka, walaupun di hadapan anak-anak mereka. Dia kemudian memberitahu saya bagaimana semasa dia seorang wanita muda dia telah dengan sungguh-sungguh mengingini dan berdoa untuk menemukan dan mengahwini seorang pemegang imamat yang layak dan membina sebuah rumah bahagia dengan dia. Dia telah dibesarkan di rumah di mana ibunya yang memerintah dan ayahnya telah dengan ketakutan memenuhi keinginan ibunya untuk menjaga kedamaian di rumah. Dia merasa bahawa terdapat cara yang lebih baik. Dia tidak pernah melihat ia dicontohkan dalam rumah dia dibesarkan, tetapi semasa dia berdoa dengan bersungguh-sungguh bagi arahan, Tuhan memberkati dia untuk mengetahui bagaimana untuk mencipta sebuah rumah dengan suaminya di mana Roh akan disambut dengan mesra. Saya telah berada di rumah itu dan boleh bersaksi ianya sebuah tempat yang kudus!

Saudara dan saudari, seberapa sering kita dengan sengaja “bertutur kata yang baik kepada satu sama lain”?16

Kita mungkin menguji diri kita dengan menanyakan beberapa soalan. Dengan sedikit penyesuaian, soalan-soalan ini boleh berlaku bagi kebanyakan kita, sama ada kita sudah berkahwin atau tunggal dan apa jua kemungkinan situasi rumah kita.

  1. Bilakah kali terakhir saya dengan tulus memuji pasangan saya, sama ada sendirian atau di hadapan anak-anak kita?

  2. Bilakah kali terakhir saya mengucapkan terima kasih, menyatakan cinta atau dengan bersungguh-sungguh memohon dalam iman bagi pihak pasaangan saya dalam doa?

  3. Bilakah kali terakhir saya menghentikan diri daripada berkata sesuatu yang saya tahu boleh menjadi menyakitkan?

  4. Bilakah kali terakhir saya dengan rendah hati memohon maaf dan meminta ampun—tanpa menambah perkataan ini ”tetapi anda seharusnya” atau ”tetapi jika anda tidak seharusnya”?

  5. Bilakah kali terakhir saya memilih untuk menjadi gembira dan bukannya menuntut untuk menjadi ”betul”?

Sekarang, jika mana-mana soalan-soalan ini menyebabkan anda berasa malu atau juga sedikit bersalah, ingatlah yang Elder David A. Bednar telah ajarkan bahawa “kesan kesalahan atas roh kita adalah serupa dengan kesan kesakitan pada tubuh kita—amaran akan bahaya dan perlindungan daripada kerosakan tambahan.”17

Saya menjemput setiap daripada kita untuk mengendahkan permohonan yang tulus dari Elder Jeffrey R. Holland: “Saudara dan saudari, dalam usaha panjang yang abadi untuk menjadi lebih seperti Juruselamat kita, semoga kita mencuba untuk menjadi lelaki dan wanita yang ‘sempurna’ dalam sekurang-kurangnya dengan satu cara ini sekarang—dengan tidak menyinggung dengan kata, atau dengan cara yang lebih positif dikatakan, bercakap dengan bahasa baru, bahasa para malaikat.”18

Semasa saya bersiap sedia untuk peluang hari ini, Roh telah mengajar saya, dan saya telah bersetuju untuk bercakap lebih perkataan baik lebih kerap kepada dan tentang pendamping saya yang dihargai, dan menyokong para lelaki dalam keluarga saya dan mengucapkan syukur bagi cara mereka memenuhi peranan ilahi mereka dan peranan mereka yang saling melengkapi. Dan saya telah bersetuju untuk mengikut pepatah “Anda menyokong saya dan saya menyokong anda, dan kita akan maju bersama-sama.”

Mahukah anda bergabung dengan saya dalam mencari bantuan Roh Kudus untuk mengajar kita bagaimana kita boleh lebih baik menyokong satu sama lain dalam peranan kita yang saling melengkapi sebagai anak lelaki dan anak perempuan perjanjian daripada ibu bapa syurgawi kita yang tercinta?

Saya tahu bahawa melalui kuasa yang membenarkan dari Korban Tebusan dan iman kita kepada Yesus Kristus, kita boleh melakukannya. Saya berdoa kita akan menaruh kepercayaan kita kepada-Nya untuk membantu kita menolong satu sama lain hidup bahagia selama-lamanya semasa kita maju bersama-sama, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Notes

  1. Boyd K. Packer, dalam “Donna Smith Packer Receives Family History Certificate from BYU,” news.byu.edu/archive12-jun-packer.aspx.

  2. Dieter F. Uchtdorf, in Jeffrey R. Holland, “Elder Dieter F. Uchtdorf: On to New Horizons,” Ensign, Mar. 2005, 12; Liahona, Mar. 2005, 10.

  3. Henry B. Eyring, in Gerald N. Lund, “Elder Henry B. Eyring: Molded by ‘Defining Influences,’” Ensign, Sept. 1995, 14; Liahona, Apr. 1996, 31.

  4. Thomas S. Monson, “Aku Akan Sentiasa Menyertai Engkau, Dan Tidak sekali-kali Meninggalkan Engkau,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 85

  5. Mark Twain, Eve’s Diary (1905), 107.

  6. Boyd K. Packer, “Kuasa Imamat,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 9.

  7. Ezra Taft Benson, “To the Fathers in Israel,” Ensign, Nov. 1987, 51, 50.

  8. 2 Nefi 2:27.

  9. Lihat Robert D. Hales, “Strengthening Families: Our Sacred Duty,” Ensign, May 1999, 34; Liahona, July 1999, 40; Lihat juga LaRene Gaunt, “Elder Robert D. Hales: ‘Return with Honor,’” Ensign, July 1994, 51; Liahona, Apr. 1995, 31.

  10. Kejadian 2:18.

  11. Kejadian 2:18, nota kaki b.

  12. Lihat Bruce K. Satterfield, “The Family under Siege: The Role of Man and Woman” (presentation given at Ricks College Education Week, June 7, 2001), 4; emp.byui.edu/SATTERFIELDB/PDF/RoleManWoman2.pdf.

  13. Handbook 2: Administering the Church (2010), 1.3.1.

  14. Barbara B. Smith, “Hearts So Similar,” Ensign, May 1982, 97.

  15. “Daddy’s Homecoming,” Children’s Songbook, 210.

  16. “Let Us Oft Speak Kind Words,” Hymns, no. 232.

  17. David A. Bednar, “We Believe in Being Chaste,” Ensign atau Liahona, May 2013, 44.

  18. Jeffrey R. Holland, “The Tongue of Angels,” Ensign or Liahona, May 2007, 18.