2010–2019
Kenapa Perkahwinan dan Keluarga Penting – Di Seluruh Dunia.
April 2015


Kenapa Perkahwinan dan Keluarga Penting – Di Seluruh Dunia.

Keluarga adalah pusat hidup dan kunci untuk kegembiraan abadi.

November lepas, saya berpeluang untuk dijemput—bersama dengan Presiden Henry B.Eyring dan Uskup Gérald Caussé—untuk menghadiri kolokium di Vatikan dalam Rom, Itali. Dalam kehadiran adalah wakil agama daripada 14 kepercayaan dan dari enam dari tujuh benua, semua yang dijemput untuk meluahkan kepercayaan mereka tentang apa yang sedang terjadi dengan keluarga dalam dunia hari ini.

Imej
President Henry B. Eyring, Bishop Gerald Causse and Elder Perry in Rome

Pope Francis membuka sesi pertama perhimpunan itu dengan kenyataan ini: “Kita sekarang hidup dalam budaya sementara, dimana semakin ramai orang yang meninggalkan perkahwinan sebagai komitmen awam. Revolusi dalam adab dan moral ini selalu mengibarkan bendera kebebasan, tetapi faktanya adalah ia membawa kemusnahan rohani dan duniawi kepada ramai manusia, terutamanya yang paling miskin dan terdedah. … Ia adalah mereka yang selalu menderita dalam krisis ini.”1

Dengan merujuk kepada generasi baru, dia berkata bahawa ia adalah penting untuk mereka “tidak memberi diri mereka kepada racun [mentaliti] yang sementara, tetapi menjadi ahli revolusi dangan keberanian untuk mencari cinta yang sebenar, melawan arus biasa”; ini harus dilakukan.2

Imej
Synod hall with the faith leaders on the marriage summit

Ini diikuti dengan persembahan selama tiga hari dan perbincangan dengan pemimpin agama mengenai isu perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Semasa saya mendengar kepada golongan nombor para agamawan paling lebar sekali yang dapat dibayangkan, Saya mendengar mereka bersetuju dengan penuh dan meluahkan sokongan untuk kepercayaan satu sama lain dalam kesucian institusi perkahwinan dan kepentingan keluarga sebagai unit asas dalam masyarakat. Saya rasa kuasa persamaan dan perpaduan bersama mereka.

Terdapat ramai yang melihat dan meluahkan perpaduan ini, dan mereka membuat perkara ini dalam pelbagai cara. Salah satu kegemaran saya adalah seorang ulama Muslim dari Iran yang memetik dua perenggan kata demi kata daripada perisytiharan keluarga kepada dunia kita sendiri.

Semasa kolokium, saya memerhati apabila pelbagai iman dan mahzab dan agama adalah bersatu dalam perkahwinan dan keluarga, mereka juga bersatu dalam nilai-nilai dan perpaduan dan komitmen yang secara semulajadi dikaitkan dengan unit keluarga. Ia amat menakjubkan bagi saya untuk melihat bagaiman perkahwinan dan kepentingan keluarga merentasi perbezaan politik, ekonomi dan agama. Apabila ia tentang kasih-sayang suami atau isteri dan harapan, kebimbangan, dan impian untuk kanak-kanak, kita semua adalah sama.

Imej
President Henry B. Eyring speaking in a news room.

Ia adalah amat menakjubkan untuk berada dalam mesyuarat dengan pembentang dari seluruh dunia sambil mereka secara universal meluahkan perasaan mereka tentang kepentingan perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Setiap daripada ucapan mereka diikuti dengan kesaksian daripada pemimpin agama lain. Presiden Henry B.Eyring memberikan kesaksian terakhir dalam kolokium itu. Dia memberikan kesaksian yang amat berkuasa tentang kecantikan perkahwinan yang komited dan kepercayaan kita dalam perjanjian berkat dalam keluarga abadi.

Kesaksian Presiden Eyring adalah doa penutup yang sesuai untuk tiga hari yang khas itu.

Sekarang, kamu mungkin bertanya, “Jika majoriti merasa kesamaan dalam kepentingan keluarga dan kepercayaan, jika semua iman dan agama bersetuju apa itu perkahwinan, dan jika mereka semua bersetuju tentang nilai yang harus diletakkan dalam rumah dan hubungan keluarga, jadi macam mana kita berbeza? Bagaimana Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir membezakan dirinya daripada seluruh dunia?”

Ini adalah jawapannya: walaupun ia amat indah untuk melihat dan merasa bahawan kita mempunyai banyak persamaan dengan seluruh dunia tentang keluarga, kita mempunyai tambahan dan wawasan yang amat berbeza dan sudut pandangan abadi tentang Injil yang dipulihkan.

Apa yang dibawa oleh Injil yang dipulihkan kepada perbincangan dalam perkahwinan dan keluarga adalah sangat besar dan berkaitan dan ia tidak boleh diremehkan: kita membuatkan subjek ini abadi! Kita membawa komitmen dan kesucian perkahwinan ke tahap yang lebih besar kerana kepercayaan kita dan pemahaman yang keluarga adalah sebelum dunia ini dan ia boleh kehadapan kearah keabadian.

Ajaran ini diajar dengan mudah dan dengan kuasa oleh lagu Sekolah Primer Ruth Gardner “Keluarga Boleh Bersama Selamanya”. Berfikir seketika dan fikirkan bahawa semua kanak-kanak Sekolah Primer di seluruh dunia menyanyikan lagu ini dalam bahasa mereka, dengan seluruh kuasa paru-paru mereka, dengan semanagt yang hanya boleh didatangi dengan kasih saying dalam keluarga.

Keluarga boleh bersama selamanya

Melalui rancangan Bapa Syurgawi

Saya selalu ingin untuk bersama keluarga saya,

Dan Tuhan telah menunjukkan saya bagaimana saya boleh.3

Keseluruhan teologi Injil yang dipulihkan memusatkan keluarga dan juga ke perjanjian baru dan kekal tentang perkahwinan. Dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita percaya dalam kehidupan prafana dimana kita hidup sebagai roh dan anak Tuhan Bapa Syurgawi kita. Kita percaya bahawa kita dulu dan sekarang adalah ahli keluarga-Nya.

Kita percaya bahawa perkahwinan dan hubungan keluarga boleh disambungkan melimpasi kubur—perkahwinan yang dilangsungkan oleh mereka yang memegang kuasa sebetulnya dalam Bait Suci-Nya akan sah di dunia yang akan datang. Upacara perkahwinan kita menghapuskan perkataan “sehingga kematian yang memisahkan kita” tetapi kita berkata “untuk masa dan keabadian.”

Kita percaya bahawa keluarga tradisional yang kuat bukan sahaja unit asas dalam masyarakat yang mantap, ekonomi yang stabil dan nilai budaya yang stabil—tetapi mereka juga adalah unit asas bagi keabadian dan kerajaan Tuhan.

Kita percaya bahawa organisasi dan kerajaan syurga akan dibina disekeliling keluarga dan keluarga besar.

Ini adalah kerana kepercayaan kita dalam perkahwinan dan keabadian keluarga yang kita, sebagai satu Gereja, mahu menjadi pemimpin dan peserta dalam gerakan antarabangsa untuk mengukuhkan mereka. Kita tahu bahawa bukan sahaja mereka yang aktif dalam agama yang berkongsi nilai dan kepentingan sebuah perkahwinan yang kukuh dan hubungan keluarga yang kuat. Ramai orang yang sekular juga telah membuat kesimpulan bahawa perkahwinan yang komited dan gaya hidup berkeluarga adalah paling wajar, berekonomi dan cara hidup yang paling mengembirakan.

Tidak pernah ada seseorang yang mencipta cara yang lebih cekap untuk membesarkan generasi yang seterusnya daripada sebuah rumahtangga yang dipenuhi ibu bapa dengan anak-anak.

Kenapa perkahwinan dan keluarga penting—diserata tempat? Undian pendapat awam mendapati bahawa perkahwinan masih sesuai dan harapan majoriti kalangan setiap kumpulan umur—termasuk generasi millennial, dimana kita mendengar yang ramai telah memilih cara membujang, kebebasan peribadi, dan pasangan yang bersekedudukan. Faktanya adalah majoriti yang kuat masih mahukan anak-anak dan mempunyai keluarga yang kukuh.

Apabila kita sudah berkahwin dan apabila kita mempunyai kanak-kanak, persamaan sebenar diantara semu manusia menjadi semakin jelas. Sebagai “orang berkeluarga”—tidak terkira dimana kita hidup atau apa kepercayaan agama kita—kita berkongsi kesusahan yang sama, penyesuaian yang sama, dan harapan, kebimbangan dan impian yang sama untuk anak-anak kita.

Seperti yang dikatakan kolumnis New York Times David Brooks: “Orang ramai tidak dalam keadaan yang lebih baik jika diberikan kebebasan peribadi yang maksimum untuk berbuat apa yang mereka mahu lakukan. Mereka akan lebih dalam keadaan yang baik jika diselubungi dengan tanggungjawab yang melebihi pilihan peribadi-komitmen kepada keluarga, Tuhan, kraf dan Negara.”4

Satu masalah adalah terdapat banyak pengeluaran media dan dunia penghiburan yang dikongsi dunia tidak mencerminkan kepentingan dan nilai yang majotiti. Untuk sebab yang tidak diketahui, terlalu banyak television, wayang, music dan internet menayangkan kes klasik dimana kepercayaan minoriti disamarkan sebagai kepercayaan majoriti. Tidak bermoral dan ketidaksopanan, daripada keganasan grafik kepada seks rambang, ditayangkan sebagai kebiasaan dan boleh menyebabkan mereka yang mempunyai nilai arus perdana untuk berasa yang mereka tidak mengikut peredaran masa dan dari zaman dahulu kala. Dalam dunia yang dikuasai media dan internet, tidak pernah ia lebih susah untuk membesarkan anak-anak yang bertanggungjawab dan menyimpankan perkahwinan dan keluarga bersama.

Walaupun apa yang dicadangkan media dan dunia hiburan, dan walaupun terdapat kemerosotan benar dalam perkahwinan dan orientasi keluarga untuk beberapa orang, majoriti teguh dikalangan manuisa masih percaya bahawa perkahwinan harus diantara seorang lelaki dan seorang wanita. Mereka percaya dalam kesetiaan dalam perkahwinan dan mereka percaya dalam ikrar perkahwinan iaitu “dalam kesakitan dan dalam kesihatan” serta “sehingga meninggal dunia baru dipisahkan.”

Kita harus mengingati diri kita sekali-sekala, seperti saya diingati di Rom, tentang keindahan yang meyakinkan dan fakta selesa bahawa perkahwinan dan keluarga masih aspirasi dan sesuai untuk kebanyakan orang dan kita tidak keseorangan dalam kepercayaan ini. Ia tidak pernah lebih mencabar untuk mencari keseimbangan praktikal diantara pekerjaan, keluarga dan keperluan peribadi dalam masa kita ini. Sebagai Gereja, kita mahu menolong dalam segala yang kita mampu untuk mewujudkan dan menyokong perkahwinan dan keluarga yang kuat.

Ini sebabnya Gereja menyertai secara aktif dan menyediakan pimpinan kepada pelbagai pakatan dan usaha ekumenikal untuk memperkuatkan keluarga. Ini sebabnya kita mengkongsikan nilai yang berfokuskan keluarga dalam laman media dan media social. Ini sebabnya juga kenapa kita mengkongsikan rekod genealogi dan rekod keluarga besar kepada semua bangsa.

Kita mahukan suara kita didengari menentang semua cara hidup palsu dan altenatif yang cuba mengantikan organisasi keluarga yang ditubuhkan Tuhan sendiri. Kita juga mahukan suara kita didengari dalam menyokong kegembiraan dan kepenuhan yang dibawa keluarga semulajadi. Kita harus sentiasa melambungkan suara kita keseluruh dunia dalam mengisytiharkan kenapa perkahwinan dan keluarga adalah amat penting, kenapa perkahwinan dan keluarga memang perlu, dan kenapa ia akan selalu begitu.

Saudara dan saudari, Injil yang dipulihkan memusatkan perkahwinan dan keluarga. Ini adalah dimana kita boleh bersatu dengan iman yang berlainan, dimana kita boleh mencari persamaan yang paling terbesar dengan seluruh dunia. Ia adalah disekeliling perkahwinan dan keluarga yang Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir boleh menjadi cahaya di atas bukit.

Benarkan saya tutup dengan memberikan kesaksian (dan sembilan dekad saya diatas dunia ini mentauliahkan saya mengatakan ini) yang semakin saya menjadi tua, semakin saya sedat bahawa keluarga adalah pusat hidup dan kunci untuk kegembiraan abadi.

Saya berterima-kasih kepada isteriku, kepada anak-anakku, untuk cucu-cucku dan cicit-cicitku dan semua sepupu dan ipar-iparku, dan keluarga besar yang membuatkan hidup saya kaya dan ya, dan juga abadi. Tentang kebenaran abadi ini, saya memberi kesaksian yang paling kuat dan paling suciku dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Paus Francis memberi ucapan di Humanum: Satu Kolokium Pelbagai Agama Antarabangsa Dalam Saling Kelengkapan Lelaki dan Wanita, Nov. 17, 2014, humanum.it/en/videos; see also zenit.org/en/articles/pope-francis-address-at-opening-of-colloquium-on-complementarity-of-man-and-woman.

  2. Paus Francis, Kolokium Pelbagai Agama Antarabangsa Dalam Saling Kelengkapan Lelaki dan Wanita.

  3. “Keluarga Boleh Bersama Selamanya” Hymns, no. 300.

  4. David Brooks, “The Age of Possibility,” New York Times, Nov. 16, 2012, A35; nytimes.com/2012/11/16/opinion/brooks-the-age-of-possibility.html.