2014
Masa Yang Paling Baik Untuk Menanam Sebatang Pokok
Januari 2014


Pesanan Presidensi Utama, Januari 2014

Masa Yang Paling Baik Untuk Menanam Sebatang Pokok

Imej
Oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf

Pada zaman purba Rom, Janus seorang Tuhan permulaan. Dia selalu digambarkan dengan dua muka—satu yang memandang balik ke masa lepas, dan satu lagi yang memandang ke masa depan. Bulan Januari dinamakan dari Janus kerana permulaan tahun adalah satu masa untuk merenung dan merancang.

Selepas beribu-ribu tahun, banyak budaya dari seluruh dunia ada satu tradisi untuk membuat resolusi pada masa tahun baru. Untuk membuat resolusi adalah mudah—tetapi untuk melaksanakan resolusi adalah lebih susah.

Ada seorang yang sudah buat satu senarai resolusi-resolusi Tahun Baru dan dia berasa bangga ke atas kemajuannya. Dia fikir, “Sehingga kini, saya tetap dengan diet saya, saya belum menjadi marah, saya ikut belanjawan saya, dan saya belum merungut tentang anjing jiran saya. Tetapi hari ini hari bulan Januari 2 dan jam loceng baru berbunyi dan saya harus bangun dari katil. Saya perlukan satu mukjizat untuk menolong saya untuk mengikut resolusi-resolusi saya.”

Bermula Lagi

Permulaan yang baru adalah satu harapan. Tidakkan kita semua pada suatu masa hendak bermula lagi tanpa sebarang kesalahan pun?

Saya suka memperolehi satu komputer baru dengan pemacu keras yang baru. Komputer itu berjalan dengan sempurna buat satu masa. Tetapi selepas banyak program dipasang (adanya dengan bertujuan, adanya dengan tidak sengaja), komputer itu mula menjadi tertegun, dan menjadi perlahan. Kadang kala ia tidak jalan sekali pun. Untuk membuka komputer itu menjadi satu masalah kerana pemacu keras terlalu dibebani dengan data dan fungsi yang tidak diperlukan dan tidak berguna. Kadang kala, penyelesaiannya adalah untuk format semula komputer itu.

Manusia juga boleh menjadi terlalu berbeban dengan ketakutan, keraguan, dan perasaan bersalah. Kesilapan yang sudah kita lakukan (yang sengaja dan tidak sengaja) boleh membebankan kita sehingga menjadi susah bagi kita untuk melakukan perkara yang kita tahu harus kita lakukan.

Bagi dosa, proses pertaubatan membenarkan kita untuk membersihkan pemacu keras kita dari perkara-perkara yang membebankan hati kita. Injil, melalui Penebusan Yesus Kristus yang berbelas kasihan dan penuh dengan mukjizat, menunjukkan kita cara untuk membersihkan jiwa kita dari dosa dan menjadi baru, suci, dan tidak bersalah seperti seorang kanak-kanak sekali lagi.

Tetapi kadang kala ada perkara yang memperlahankan dan menghalangkan kita, menyebabkan fikiran dan tindakan yang tidak berhasil yang menyusahkan usaha kita untuk bermula.

Menampakkan Sifat Kita Yang Terbaik

Menetapkan matlamat adalah satu usaha yang mulia. Kita tahu bahawa Bapa Syurgawi kita ada matlamat kerana Dia sudah beritahu kita bahawa kerja dan kemuliaan-Nya adalah “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia” (Musa 1:39).

Matlamat peribadi kita boleh menolong kita untuk menampakkan sifat kita yang terbaik. Namun begitu, salah satu perkara yang mengganggu usaha kita untuk membuat dan menjaga resolusi-resolusi kita ialah perbuatan yang berlengah-lengah. Kadang kala kita berlengah untuk bermula, menunggukan saat yang sempura untuk bermula—hari pertama tahun baru, permulaan musim panas, masa kita dipanggil sebagai uskup atau presiden Lembaga Pertolongan, selepas anak-anak kita bersekolah, selepas kita bersara.

Anda tidak perlukan satu jemputan sebelum anda mula bergerak terhadap arah ke matlamat-matlamat soleh anda. Anda tidak perlu menunggukan keizinan untuk menjadi seorang yang harus anda jadi. Anda tidak perlu menunggukan jemputan untuk melayan dalam Gereja.

Kadang kala kita buangkan bertahun-tahun semasa menunggu untuk dipilih (lihat A&P 121:34–36). Itu satu premis yang palsu. Anda sudah dipilih!

Dalam hidup saya, ada masanya saya tidak dapat tidur kerana saya khuatir tentang isu-isu, kebimbangan, atau kedukaan peribadi. Tetapi betapa gelap malam pun, saya selalunya digalak oleh fikiran ini: matahari akan angkat pada waktu pagi.

Setiap hari, fajar yang baru datang—tidak hanya bagi bumi ini, tetapi bagi kita semua juga. Pada hari yang baru datanglah satu permulaan yang baru—satu peluang untuk bermula lagi.

Apa Akan Terjadi Jika Saya Gagal?

Kadang kala ketakutanlah yang menghalangkan kita dari perkembangan. Mungkin kita takut bahawa kita tidak akan berjaya, jika kita berjaya, kita akan berasa malu, kejayaan mungkin boleh ubahkan kita, atau kejayaan boleh ubah orang yang kita kasihi.

Jadi, kita tunggu. Atau mengaku kalah.

Satu perkara yang harus kita ingat bila kita menetapkan matlamat: Kita hampir-hampir pastinya akan gagal—sekurang-kurangnya pada jangka pendek. Sebalik dari menjadi kecewa, kita boleh diperkukuhkan kerana pemahaman ini menyingkirkan tekanan untuk menjadi sempurna pada masi kini. Kita faham dari mulanya bahawa ada masanya kita akan gagal. Pengakuan ini pada permulaan mengelakkan kejutan dan kekecewaan dari kegagalan.

Bila kita menghadapi matlamat kita dengan cara ini, kegagalan tidak akan hadkan kita. Ingatlah, walaupun kita gagal untuk mencapai destinasi kita dengan serta merta, kita akan bergerak depan sepanjang jalan yang menghala ke destinasi itu.

Dan ini perkara yang penting—ini sangat bererti.

Walaupun kita mungkin gagal mencapai matlamat kita, usaha untuk menerus pada perjalanan itu akan lebih memperkukuhkan kita.

Sekarang Ialah Masa Yang Paling Baik Untuk Bermula

Ada satu pepatah berkata, “Masa yang paling baik untuk menanam sepohon pokok ialah 20 tahu lalu. Jika itu tidak dapat berlaku, tanamlah sekarang.”

Sekarang perkataan ini indah dan penuh dengan harapan. Jika kita pilih untuk membuat keputusan sekarang, kita boleh bergerak depan pada saat ini.

Sekarang ialah masa yang terbaik untuk mula menjadi seorang manusia yang kita ingin menjadi—tidak hanya buat 20 tahun dari sekarang tetapi buat kekekalan.

Mengajar dari Pesanan Ini

Presiden Uchtdorf menjelaskan bahawa bila kita gagal untuk mencapai matlamat-matlamat kita, “kita boleh diperkukuhkan. … Walaupun kita mungkin gagal mencapai matlamat kita, usaha untuk menerus pada perjalanan itu akan lebih memperkukuhkan kita.” Minta ahli-ahli keluarga untuk mengongsikan pengalaman di mana mereka belajar lebih banyak dari proses dan bukan dari hasil kejadian itu, seperti memperolehi ijazah dari sekolah atau menerima satu anugerah.