2014
Rantai Kasih Sayang
Februari 2014


Kanak-Kanak

Rantai Kertas Kasih Sayang

Minta seorang dewasa menolong anda untuk mengguntingkan 28 keping kertas yang agak-agaknya seluas 2.5 cm dan sepanjang 20cm. Dalam bulan ini, lakukan satu pelayanan setiap hari untuk menunjukkan kasih sayang anda terhadap seseorang. Mungkin anda boleh menolong ibu bapa anda untuk mengemaskan rumah atau tuliskan satu nota yang indah bagi jiran anda.

Catatkan pelayanan anda setiap hari pada kepingan kertas itu, dan kemudian lekatkan kedua-dua hujung kertas itu untuk membuat satu bulatan. Anda boleh gabungkan bulatan-bulatan anda dengan masukkan satu hujung keping kertas yang baru melalui bulatan dari hari lepas dan kemudian lekatkan kedua-dua hujung kertas baru itu. Rantai kasih sayang anda akan menjadi semakin panjang! Anda boleh teruskan rantai pelayanan anda selepas Februari.