2014
Melayan Tuhan Dengan Kasih Sayang
Februari 2014


Pesanan Presidensi Utama, Februari 2014

Melayan Tuhan Dengan Kasih Sayang

Imej
Presiden Thomas S. Monson

Tuhan Yesus Kristus mengajar, “Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mendapat hidup yang sejati” (Lukas 9:24).

Presiden Thomas S. Monson berkata, “Aku percaya bahawa Sang Penyelamat sedang memberitahu kita bahawa kecuali kita melupakan diri kita dalam pelayanan kepada orang lain, tiada makna dalam kehidupan kita. Mereka yang hanya hidup untuk diri sendiri akan menjadi kering dan kerepot dan hilangkan hidup mereka secara erti kiasan, tetapi mereka yang hilangkan diri sendiri dalam pelayanan akan berkembang—dan menyelamat hidup mereka.”1

Dalam petikan-petikan berikut dari pelayanan Presiden Monson, dia memperingatkan orang-orang Suci Zaman Akhir bahawa merekalah tangan Tuhan dan berkat-berkat kekal menunggukan mereka yang melayan dengan beriman.

Pelayanan Dalam Bait Suci

“Pelayanan yang besar dilakukan bila kita melaksanakan tatacara-tatacara bagi mereka yang sudah meninggal dunia. Kita tidak mengenali kebanyakan orang yang kita layan secara wakilan. Kita tidak harapkan kesyukuran dari mereka, dan kita tidak pasti sama ada mereka akan menerima tatacara yang kita lakukan bagi pihak mereka atau tidak. Tetapi, kita layan, dan dalam proses itu kita memperoleh perkara yang hanya datang dari usaha ini: kita menjadi penyelamat pada Gunung Sion. Seperti Juruselamat kita berikan nyawa-Nya secara wakilan untuk kita, kita juga, dalam cara yang lebih kecil, lakukan yang sama bila kita laksanakan kerja bait suci secara wakilan bagi orang yang tidak dapat bergerak depan tanpa pelayanan dari orang pada bumi ini.”2

Kita Tangan Juruselamat

“Saudara dan saudariku, kita dikelilingi oleh orang yang perlukan perhatian kita, galakan kita, sokongan kita, kesenangan hati dari kita, kebaikan hati kita—mahupun mereka keluarga anda, rakan anda, kenalan anda atau orang asing. Kitalah tangan Tuhan pada bumi ini, kita diarah untuk melayan dan meningkatkan anak-anak-Nya. Dia bergantung pada kita setiap orang…

“Kita dipanggil untuk melayan dalam pelayanan Tuhan Yesus Kristus.”3

Melayan Dalam Bayang Juruselamat

“Dalam Dunia Baru, Tuhan yang sudah bangkit mengisytiharkan, ‘Kamu tahu hal yang mesti kamu lakukan di dalam gereja-Ku; kerana pekerjaan yang telah kamu lihat Aku lakukan itu akan kamu lakukan juga; kerana apa yang telah kamu lihat Aku lakukan bahkan itu jugalah yang akan kamu lakukan.’ [3 Nefi 27:21].

“Kita memberkat orang lain bila kita melayan dalam bayang “Yesus orang Nasaret … pergi ke serata tempat untuk berbuat baik’ [Kisah Rasul-rasul 10:38]. Tuhan memberkat kita untuk mendapat kebahagiaan dalam pelayanan kepada Bapa Syurgawi kita bila kita melayan anak-anak-Nya pada bumi ini.”4

Keperluan Untuk Melayan

“Kita perlu diberi peluang untuk melayan. Kita boleh berdoa untuk mencarikan cara untuk menolong ahli-ahli yang tidak aktif atau tidak ingin mengambil bahagian serta tidak terikat dalam Gereja. Minta mereka untuk melayan dalam apa kapasiti pun mungkin satu insentif bagi mereka untuk menjadi aktif sekali lagi. Tetapi para pemimpin yang boleh menolong dalam hal ini kadang-kala enggan untuk membuat demikian. Kita perlu ingat bahawa orang boleh berubah. Mereka boleh hilangkan tabiat yag buruk. Mereka boleh bertaubat dari pelanggaran. Mereka boleh layak memegang imamat. Dan mereka boleh melayan Tuhan dengan tekunnya.”5

Adakah Kita Lakukan Segala Yang Harus Kita Lakukan?

“Dunia ini perlukan pertolongan kita. Adakah kita lakukan segala yang harus kita lakukan? Dapatkah kita ingat kata-kata Presiden John Taylor: “Jika anda tidak mengembangkan panggilan anda, Tuhan akan buat anda bertanggungjawab terhadap mereka yang mungkin dapat anda selamat jika anda lakukan tugas anda’? [Teachings of Presidents of the Church: John Taylor (2001), 164]. Kita harus menstabilkan kaki, memegang tangan, menggalakan orang, mengilhamkan hati, dan menyelamatkan jiwa. Berkat-berkat yang kekal menunggukan anda. Anda bukan penonton sahaja pada pentas pelayanan, tetapi berhak untuk mengambil bahagian.”6

Nota

  1. “What Have I Done for Someone Today?” Liahona, Nov. 2009, 85.

  2. “Until We Meet Again,” Liahona, Mei 2009, 113–14.

  3. “What Have I Done for Someone Today?” 86, 87.

  4. “The Savior’s Call to Serve,” Liahona, Ogos. 2012, 5.

  5. “See Others as They May Become,” Liahona, Nov. 2012, 68.

  6. “Willing and Worthy to Serve,” Liahona, May 2012, 69.

  7. Teaching, No Greater Call: A Resource Guide for Gospel Teaching (1999), 12.

Mengajar dari Pesanan Ini

“Jika anda berbelas kasihan seperti Kristus, anda akan lebih bersedia untuk mengajar injil. Anda akan diilham untuk menolong orang untuk mengetahui Juruselamat dan untuk mengikut Dia.”7 Bertimbang untuk berdoa untuk meningkatkan perasaan ihsan terhadap orang yang anda kunjung. Semasa anda memupuk belas kasihan seperti Kristus terhadap mereka, anda akan mejadi lebih bermampu untuk melayan Tuhan dan orang yang anda ajar dengan cara yang bererti.