2014
Satu Saul Yang Kukuh
April 2014


Pesanan Presidensi Utama, April 2014

Satu Sauh Yang Kukuh

Imej
Oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf

Tidak lama dulu saya berpeluang untuk berlayar pada satu kapal di sepanjang pantai Alaska, Amerika Syarikat. Apabila kapten kapal buat persediaan untuk bermalam di satu teluk yang terpencil, dia memeriksa lokasi dan keadaan di situ dengan berhati-hati, seperti urutan pasang surut, kedalaman air, dan jarak dari halangan yang berbahaya. Apabila dia berasa puas hati, dia labuhkan sauh supaya kapal itu boleh berhenti dengan selamat, membenarkan para penumpang menikmati keindahan cipataan Tuhan di situ.

Semasa saya menikmati pandangan pinggir pantai itu saya mula bersedar bahawa kapal itu digerak oleh angin dan arus bawah yang kecil hampir tanpa disedari oleh orang. Namun begitu, kapal itu tetap kukuh di situ dan dan hanya boleh bergerak dalam lingkungan kepanjangan dan kekuatan sauh.

Kapten itu tidak simpankan sauh pada kapal itu, hanya dilabuhkan dalam satu ribut. Dia labuhkan kapal itu sebagai satu tindakan pencegahan dan untuk melindung kapal itu dari memasuki laut yang tidak selamat atau membenarkan kapal itu bergerak secara perlahan-lahan supaya para penumpang dan para anak kapal berasa selamat.

Semasa saya merenungkan situasi ini, saya sedar bahawa, jika ini bukan satu cerita ibarat, jadi saya tidak pernah menerbang satu kapal terbang.

Mengapa Kita Perlukan Sauh

Tujuan satu sauh adalah untuk menjaga keselamatan kapal dan menetapkan kapal pada satu lokasi serta untuk mengawal kapal dalam satu ribut. Tetapi, untuk mencapai tujuan-tujuan penting itu, mempunyai satu sauh adalah tidak cukup. Sauh itu mesti kukuh, boleh diharap, dan digunakan dengan betul pada masa dan tempat yang betul.

Individu dan keluarga perlukan sauh juga.

Kesusahan boleh datang seperti satu ribut yang besar untuk meniupkan kita ke arah yang salah dan mengancam untuk melemparkan kita ke batu-batu yang bahaya. Kadang-kala kita juga berada dalam kebahayaan apabila nampaknya selamat— apabila angin dan air tenang. Sebenarnya, kita mungkin berada dalam kebahayaan yang paling besar apabila kita bergerak dengan sedikit sahaja sampai kita hampir tidak berasa gerakan itu.

Injil Ialah Sauh Kita

Sauh mesti kukuh, kuat, dan dijaga dengan baik supaya ia sedia digunakan apabila diperlukan. Selain itu, sauh mesti diikat kepada satu dasar yang berupaya untuk menanggung keberatan kuasa pertentangan.

Tentunya, injil Yesus Kristus ialah sauh ini. Injil disediakan oleh Pencipta alam semesta untuk satu tujuan ilahi dan untuk memberi keselamatan dan bimbingan kepada anak-anak-Nya.

Jadi, apakah injil, selain daripada rancangan Tuhan untuk menebuskan anak-anak-Nya dan membimbing mereka untuk pulang ke kehadiran-Nya?

Segala perkara bersifat untuk bergerak, kita mesti labuhkan sauh kita pada batuan dasar kebenaran injil. Sauh itu mesti tidak dilabuhkan ke atas pasir kesombongn atau tidak tetap kukuh pada perkemukaan keyakinan kita.

Bulan ini kita akan berpeluang untuk mendengar ucapan-ucapan dari para hamba Tuhan dalam satu persidangan umum Gereja. Kata-kata mereka, bergabung dengan kitab suci dan tekanan Roh, memberikan kita satu batuan dasar nilai dan asas-asas abadi yang kukuh di mana kita boleh labuhkan sauh kita supaya kita boleh tetap taat setia dan selamat apabila menghadapi perjuangan dan cubaan kehidupan.

Nabi Helaman mengajar, “Di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu, ia tidak akan berkuasa ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir, kerana di atas batu yang kamu dibangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh” (Helaman 5:12).

Nilai Pelabuhan Kukuh Sauh

Kehidupan ini ada cara untuk menguji sauh kita dan menggoda kita untuk bergerak. Namun begitu, jika sauh kita dilabuhkan ke atas batu Penebus, sauh itu akan tetap kukuh—mahupun dalam angin yang kuat, pasang surut yang berkuasa, atau ombak yang tinggi.

Tentunya, satu kapal tidak direka untuk berhenti tetap pada satu pelabuhan tetapi untuk mengangkatkan sauh dan berlayar dalam laut. Tetapi itu satu cerita ibarat buat lain kali.

Buat masa sekarang, saya berasa senang hati kerana saya tahu bahawa sauh injil dan batu penebus kita akan menjaga dan menyelamat kita.

Sauh ini akan mengelakkan kita dari bergerak ke kebahayaan dan kemalangan. Ia akan berikan kita peluang agung untuk menikmati keindahan kehidupa yang selalu berubah.

Kehidupan ini adalah indah dan bernilai. Angin, ribut, dan ombak yang kuat boleh menggoda kita untuk bergerak terhadap kebahayaan yang boleh dinampak atau tidak boleh dinampak, tetapi pesanan injil dan kuasa ilahinya akan menjaga kita pada jalan pulang ke pelabuhan Bapa Syurgawi kita.

Jadi, biarlah kita tidak hanya dengar ucapan-ucapan persidang umum April tetapi juga mengaplikasikan pesanan-pesanan itu sebagai satu sauh yang kukuh dalam kehidupan harian kita.

Semoga Tuhan memberkat dan membimbing kita dalam usaha yang penting dan mustahak ini!

Mengajar dari Pesanan Ini

Timbangkan kepentingan sauh dalam konteks pelayaran keluarga Lehi ke negeri yang dijanjikan (lihat 1 Nefi 18). Kamu mungkin hendak tunjukkan 1 Nefi 18:11–15, masa apabila Nefi diikat, dan Liahona henti bekerja, dan kapal mereka dipukul oleh ribut yang ganas. Apakah akibat yang akan kita hadapi apabila kita tidak memegang ketat kepada injil? Kamu mugkin juga hendak menunjukkan 1 Nefi 18:21–22 dan berbincang tentang cara kita boleh memperolehi keselamatan dengan berpaling kepada Juruselamat.