2014
Mengetahui Nenek Saya
Julai 2014


Remaja

Mengetahui Nenek Saya

Pengarang ini tinggal di Virginia, USA.

Untuk salah satu projek Remaja Puteri, saya bersukarela untuk menolong nenek saya untuk mencari nenek moyangnya dengan menatal mikrofilem di pusat sejarah keluarga di Mesa, Arizona, USA. Semasa kami duduk bersama dan mencari keluarga kami, saya berfirkir: “Adakah saya benar-benarnya tahu nenek saya yang duduk di sebelah saya?”

Kami dapat mencari banyak ahli keluarga, sediakan informasi mereka, dan pergi ke Bait Suci Mesa Arizona untuk melaksanakan pembaptisan dan penetapan mereka. Tidak lama selepas itu, nenek saya berikan saya satu buku kompilasi sejarah keluarganya.

Sebab dia menderita dari artritis reumatoid, kerja menaip ialah satu kerja yang menyakitkan bagi dia. Saya suka menolong dia untuk melakukan kerja komputer. Bersama-sama, kami catakan cerita kehidupannya untuk faedah rohani keluarga kami. Saya suka menjadi sebahagian hidupnya dan belajar banyak tentang sejarah Gereja semasa kami berkerjasama untuk melakukan projek-projek ini.