2014
Misi Ilahi Yesus Kristus: Putera Kedamaian
Disember 2014


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Disember 2014

Misi Ilahi Yesus Kristus: Putera Kedamaian

Kajikan bahan ini dengan berdoa dan carikan perkara untuk dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan peranan Juruselamat boleh meningkat iman kamu kepada Dia dan memberkat mereka yang kamu jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari .Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

“Juruselamat ialah sumber damai yang benar,” kata Elder Quentin L. Cook dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Walaupun adanya cubaan hidup, kerana Penebusan dan rahmat Jururselamat, kehidupan yang soleh akan diganjar dengan kedamaian peribadi.”1 Kefahaman bahawa Yesus Kristus ialah Putera Kedamaian boleh menolong kita untuk mencari kedamaian jiwa dan meningkat iman kepada Dia.

Yesus Kristus berkata: “Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia” (Yohanes 16:33). Linda S. Reeves, penasihat kedua dalam presidensi umum Lembaga Pertolongan memberi kasaksian tentang kebenaran ini dengan berkata: “Tuhan sudah berbelas kasihan ke atas saya dan sudah meringankan beban saya. Dia sudah menolong saya untuk merasa kedamaian.”2

Elder Richard G. Scott dari Kuorum Dua Belas Rasul mengajar: “Tempat yang ideal untuk mencapai … kedamaian adalah dalam rumah kita, di mana kia sudah melakukan sedaya upaya untuk menumpukan perhatian kepada Yesus Kristus.”3

Ayat-ayat Suci Tambahan

Yesaya 9:6; Lukas 2:14; Yohanes 14:27; 1 Nefi 13:37; Ajaran dan Perjanjian 59:23

Dari Tulisan Suci

Yesaya menubuat tentang kelahiran Yesus Kristus, Putera Kedamaian (lihat Yesaya 9:6). Di Amerika, Samuel, orang Laman menubuat tentang tanda-tanda yang akan meneman kelahiran Kristus lima tahu kemudian (lihat Helaman 14:3,5). Apabila semakin dekat hari yang sudah dinubuat itu, orang yang tidak percaya mengancam untuk membunuh semua orang Kristian jika tanda-tanda itu tidak berlaku. Nabi Nefi “berseru dengan amat kuat kepada Tuhan sepanjang hari itu; dan lihatlah, suara Tuhan datang kepadanya, memfirmankan: …pada keesokan hari datanglah Aku ke dalam dunia ini” ( 3 Nefi 1:12–13). Tanda-tanda itu muncul, dan dengan kelahiran Kristus, “bangsa itu mula lagi mempunyai kedamaian di dalam negeri itu” (ayat 23).

Di Betlehem, Maria “melahirkan seorang anak lelaki, anaknya yang sulung. Anak itu dibedungnya lalu diletakkan di dalam palung” (Lukas 2:7).

Nota

  1. Quentin L. Cook, “Personal Peace: The Reward of Righteousness,” Liahona, Mei 2013, 35.

  2. Linda S. Reeves, “Claim the Blessings of Your Covenants,” Liahona, Nov. 2013, 120.

  3. Richard G. Scott, “For Peace at Home,” Liahona, Mei 2013, 29

Timbangkan ini

Dalam cara apa Juruselamat bawakan kedamaian ke dalam hidup kamu?