2017
Agar Mereka Menjadi Satu
July 2017


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Julai 2017

Agar Mereka Menjadi Satu

Kajilah pesanan ini dengan penuh doa dan cari ilham untuk ketahui apa patut dikongsi. Bagaimanakah pemahaman tujuan Lembaga Pertolongan menyediakan puteri-puteri Tuhan untuk berkat-berkat kehidupan abadi?

Imej
Relief Society seal

Iman Keluarga Pertolongan

“Yesus mencapai persatuan sempurna bersama Bapa dengan menyerahkan diri-Nya, tubuh daging dan roh, kepada kehendak Bapa,” ajar Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul.

“… Sudah tentu kita tidak akan bersatu dengan Tuhan dan Kristus sehinggalah kita membuat kehendak dan perhatian Mereka sebagai hasrat terbesar kita. Kepatuhan sedemikian tidak dapat di capai dalam sehari, tetapi melalui Roh Kudus, Tuhan akan mengajar kita jika kita sudi sehinggalah, dalam suatu masa, ia boleh diungkapkan bahawa Dia berada dalam kita seperti mana Bapa berada dalam Dia.”1

Linda K. Burton, Presiden Umum Lembaga Pertolongan, mengajar bagaimana untuk mencapai kesatuan ini: “Membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian kita ialah satu ekspresi komitmen kita untuk menjadi seperti Juruselamat. Paling idealnya adalah untuk berusaha dengan sikap yang ternyata dalam beberapa ungkapan dari nyanyian rohani kegemaran: ‘Ku pergi ke mana Kau inginkan. … ‘Ku ucapkan yang engkau inginkan. … ‘Ku siap jadi hamba mu.’”2

Elder Christofferson juga mengingatkan kita bahawa “apabila kita berusaha setiap hari dan setiap minggu untuk mengikut teladan Kristus, roh kita menegaskan keunggulannya, perjuangan dalaman reda, dan godaan menjadi tidak menyusahkan.”3

Neill F. Marriott, Penasihat Kedua Remaja Puteri Presidensi Umum, memberi saksi akan berkat-berkat yang diterima apabila kita menjajarkan kehendak kita dengan kehendak Tuhan: “Saya telah berjuang untuk mengusir keinginan fana untuk memperoleh cara saya, akhirnya sedar bahawa cara saya sangat berkurangan, terhad, dan rendah daripada cara Yesus Kristus. ‘Jalan [Bapa Syurgawi kita] adalah jalan yang menerajui kebahagiaan dalam hidup ini dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang.’”4 Marilah kita dengan rendah hati berusaha untuk bersatu dengan Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus.

Tulisan Suci dan Maklumat Tambahan

Yohanes 17:20–21; Efesus 4:13; Ajaran dan Perjanjian 38:27; reliefsociety.lds.org

Nota

  1. D. Todd Christofferson, “That They May Be One in Us,” Liahona, Nov. 2002, 72.

  2. Linda K. Burton, “The Power, Joy, and Love of Covenant Keeping,” Liahona, Nov. 2013, 111.

  3. D. Todd Christofferson, “That They May Be One in Us,” 71

  4. Neill F. Marriott, “Yielding Our Hearts to God,” Liahona, Nov. 2015, 32.