2017
Memeluk Mereka Yang Sesat Dengan Kasih Sayang
October 2017


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Oktober 2017

Memeluk Mereka Yang Sesat Dengan Kasih Sayang

Kajilah pesanan ini dengan penuh doa dan cari ilham untuk ketahui apa untuk dikongsi. Bagaimanakah pemahaman tujuan Lembaga Pertolongan menyediakan puteri-puteri Tuhan untuk berkat-berkat kehidupan abadi?

Imej
Relief Society seal

Iman Keluarga Pertolongan

“Realitinya adalah tidak ada keluarga yang sempurna … ,” kata Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama. Apa jua masalah yang dihadapi keluarga anda, apa jua yang harus anda lakukan untuk menyelesaikannya, permulaan dan pengakhiran penyelesaian ialah kasih ihsan, kasih suci Kristus.”1

Berkenaan mereka yang belum menurut Injil sepenuhnya, Linda K. Burton, bekas Presiden Utama Lembaga Pertolongan, telah berkata: “Bapa Syurgawi mengasihi semua anak-anak-Nya. … Tanpa mengira di mana mereka—mengikut jalan atau tidak—Dia inginkan mereka kembali ke rumah.”2

“Tidak kira betapa sesat [anak anda], … apabila anda bercakap dengan mereka, jangan melakukannya dengan marah, dengan keras, dengan cara mengutuk,” ajar Presiden Joseph F. Smith (1838–1918). “Bercakap kepada mereka dengan baik hati.”3

Elder Brent H. Nielson dari Tujuh Puluh mengulang arahan Juruselamat bagi mereka yang mempunyai 10 keping perak dan kehilangan sekeping: “Cari sehingga ia dijumpai. Apabila yang sesat itu anak lelaki atau anak perempuan anda, abang atau kakak anda, … selepas berusaha sebaik mungkin, kita mengasihi mereka dengan sepenuh hati. …

“Semoga kamu dan saya menerima wahyu untuk mengetahui cara yang terbaik untuk mendekati mereka yang sesat, dan apabila perlu, untuk bersabar dan mempunyai kasih sayang Bapa di Syurga dan Putera-Nya, Yesus Kristus, sambil kita menyayangi, memerhati dan menunggu untuk yang sesat.”4

Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Utama dalam Presidensi Utama, berkata: “Saya telah berdoa dengan iman supaya seseorang yang saya kasihi akan mencari dan berasa kuasa Korban Tebusan. Saya telah berdoa dengan iman bahawa malaikat manusia akan datang menolong, dan mereka datang.

“Tuhan telah merancangkan cara untuk menyelamatkan setiap orang anak-anak-Nya.”5

Tulisan Suci dan Maklumat Tambahan

Matius 18:12; Alma 31:35; 3 Nefi 13:32; A&P 121:41–42

reliefsociety.lds.org

Nota

  1. Dieter F. Uchtdorf, “Pujian Kepada Orang Yang Menyelamatkan,” Liahona, Mei 2016, 79, 80.

  2. Linda K. Burton, dalam Sarah Jane Weaver, “Sister Burton, Sister Wixom Visit Church’s Pacific Area,” Church News, Apr. 2, 2013, lds.org/church/news.

  3. Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Joseph F. Smith (1998), 254.

  4. Brent H. Nielson, “Menunggu yang Sesat,” Liahona, Mei 2015, 103.

  5. Henry B. Eyring, “Kepada Cucu-cucu Saya,” Liahona, Nov. 2013, 71.