2018
Berdoa untuk Setiap Saudari mengikut Nama
March 2018


Asas Pengajaran Berkunjung, Mac 2018

Berdoa untuk Setiap Saudari mengikut Nama

Kasih dan ilham kita mengenai orang-orang yang kita berkunjung untuk ajar akan meningkat apabila kita dengan rendah hati berdoa untuk setiap saudari secara khusus mengikut nama.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Imej
Meterai Lembaga Pertolongan

Tulisan suci berkongsi banyak contoh lelaki dan wanita yang berdoa untuk orang lain mengikut nama. Antara yang paling dramatik ialah bapa kepada Alma yang Muda. Seorang malaikat bercakap kepada Alma yang Muda, memberitahunya bahawa bapanya “telah berdoa dengan banyak iman berkenaan engkau … ; oleh kerana itu, untuk tujuan ini aku telah datang untuk meyakinkan engkau tentang kuasa dan wewenang Tuhan, agar doa-doa para hamba-Nya boleh disempurnakan menurut iman mereka.” (Mosia 27:14).

Berdoa untuk satu sama lain membuka hati kita untuk menerima berkat-berkat yang Tuhan ingin berikan kepada kita. “Tujuan doa bukan untuk mengubah kehendak Tuhan, tetapi untuk memperoleh bagi diri kita sendiri dan orang lain berkat yang Tuhan sudah bersedia untuk beri, tetapi kita harus meminta untuk mendapatkannya.”1

Seorang saudari menceritakan bahawa dalam tempoh yang sukar dalam hidupnya, panggilan telefon atau sms ringkas sering datang dari pengajar berkunjungnya pada “hari-hari yang sangat gelap.” Mereka seolah-olah tahu bila dia memerlukan galakkan. Dia tahu bahawa mereka berdoa untuknya, semasa kunjungan mereka dan semasa mereka sendirian.

“Fikirkan gabungan kekuatan kita jika setiap saudari berdoa dengan ikhlas setiap pagi dan malam atau, lebih baik lagi, berdoa tanpa henti seperti yang diperintahkan oleh Tuhan,” kata Julie B. Beck, bekas Presiden Lembaga Pertolongan Umum.2 Berdoa bagi mereka yang kita mengunjungi untuk ajar menguatkan kita sebagai individu dan sebagai wanita Orang Suci Zaman Akhir.

Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama, berkata: “berdoa untuk ketahui isi hati. … Kamu perlu tahu apa Tuhan inginkan kamu lakukan untuk membantu mereka dan melakukan semua sebaik mungkin dengan hanya perasaan kasih sayang Tuhan terhadap mereka.”3

Nota

  1. Guide to the Scriptures, “Prayer.”

  2. Julie B. Beck, “What Latter-day Saint Women Do Best: Stand Strong and Immovable,” Liahona, Nov. 2007, 110.

  3. Henry B. Eyring, “Imamat dan Doa Peribadi,” Liahona, Mei 2015, 85.