Buku Panduan dan Panggilan
0. Pengenalan Keseluruhan


“0. Pengenalan Keseluruhan,” Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (2020).

“0. Pengenalan Keseluruhan,” Buku Panduan Umum.

0.

Pengenalan Keseluruhan

0.0

Pengenalan

Tuhan berfirman, “Biarlah setiap lelaki mempelajari tugasnya, dan bertindak dalam jawatan yang telah ditetapkan kepadanya, dengan penuh ketekunan” (Ajaran dan Perjanjian 107:99). Sebagai pemimpin Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, anda harus mencari wahyu peribadi untuk membantu anda belajar dan memenuhi tanggungjawab panggilan anda.

Mengkaji tulisan suci dan ajaran-ajaran nabi zaman akhir akan membantu anda memahami dan memenuhi tanggungjawab anda. Semasa anda mengkaji firman Tuhan, anda akan lebih terbuka kepada pengaruh Roh (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:85).

Anda juga boleh mengenali tugas anda dengan mengkaji arahan dalam buku panduan ini. Arahan ini dapat menjemput wahyu jika ia digunakan untuk menyediakan pemahaman tentang asas, polisi, dan prosedur untuk diterapkan ketika mencari bimbingan Roh.

0.1

Buku Panduan ini

Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menyediakan panduan bagi para pemimpin Gereja umum dan tempatan. Ia dibahagikan kepada empat bahagian:

  • Asas Ajaran: Bab-bab ini mengemukakan ajaran dan asas-asas untuk melayan di Gereja. Ia menjelaskan:

    • Rancangan kebahagiaan Tuhan, pekerjaan penyelamatan dan permuliaan, dan tujuan Gereja.

    • Peranan keluarga dalam rancangan Tuhan, pekerjaan penyelamatan dan permuliaan di rumah, dan hubungan di antara rumah dan Gereja.

    • Asas-asas imamat.

    • Asas-asas untuk memimpin Gereja Juruselamat.

  • Organisasi Gereja: Bab-bab ini menyediakan arahan untuk presidensi pancang dan lembaga uskup, pemimpin kuorum imamat, pemimpin organisasi pancang dan bahagian, dan lain-lain yang melayani di Gereja.

  • Pekerjaan Penyelamatan dan Permuliaan: Bab-bab berikut mengajar tentang pekerjaan teras Gereja:

    • Menjalankan injil Yesus Kristus

    • Menjaga orang yang memerlukannya

    • Menjemput semua untuk menerima injil

    • Menyatukan keluarga untuk keabadian

  • Pentadbiran Gereja: Bab-bab berikut memberi panduan tambahan untuk mentadbir Gereja. Tajuk-tajuk termasuk pertemuan, panggilan, catatan, kewangan, dan polisi.

Tajuk dan tajuk kecil dalam buku panduan ini diberi nombor untuk memudahkan pencarian topik dan rujukkan. Contohnya, arahan mengenai perkahwinan bait suci disediakan dalam 27.3.1. Nombor 27 merujuk kepada bab, nombor 3 merujuk kepada bahagian dalam bab tersebut, dan nombor 1 merujuk kepada bahagian kecil.

0.2

Penyesuaian dan Sumber-sumber Pilihan

Tidak semua pancang dan bahagian mempunyai keperluan yang sama. Buku panduan ini mengandungi garis panduan untuk penyesuaian serta sumber-sumber pilihan:

  • Garis Panduan untuk Penyesuaian ( ) memberi arahan bagaimana menyesuaikan organisasi dan program Gereja bagi unit dengan keperluan dan sumber yang berbeza.

  • Sumber-sumber Pilihan ( ) mengandungi maklumat tambahan dan arahan yang berguna bagi pemimpin pancang dan bahagian.

Pemimpin mencari ilham tentang panduan dan sumber-sumber pilihan untuk memenuhi keperluan para ahli.

0.3

Kemas Kini

Buku panduan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Senarai perubahan terkini terdapat di “Ringkasan Kemas Kini Terkini.”

0.4

Soalan tentang Arahan

Apabila timbul soalan yang tidak dijawab dalam tulisan suci, kata-kata para nabi hidup, atau dalam buku panduan ini, ahli Gereja harus bergantung pada perjanjian mereka dengan Tuhan, nasihat pemimpin tempatan mereka, dan ilham Roh untuk bimbingan.

Sekiranya pemimpin mempunyai pertanyaan mengenai maklumat dalam buku panduan ini atau mengenai masalah yang tidak dapat ditangani, mereka boleh berunding dengan pemimpin terdekat mereka.

0.5

Istilah

Kecuali jika dinyatakan sebaliknya:

  • Istilah uskup dan lembaga uskup dalam buku panduan ini juga merujuk kepada presiden cabang dan presidensi cabang. Istilah presiden pancang dan presidensi pancang juga merujuk kepada presiden daerah dan presidensi daerah. Untuk ringkasan perbezaan di antara wewenang presiden daerah dan presiden pancang, lihat 6.3.

  • Rujukan untuk bahagian dan pancang juga digunakan bagi cabang, daerah, dan misi.

  • Rujukan untuk hari Ahad digunakan untuk apa pun hari Sabat yang ditentukan secara tempatan.

  • Istilah unit merujuk kepada bahagian dan cabang.

  • Rujukan untuk ibu bapa turut digunakan untuk penjaga yang sah.

Panggilan uskup dan presiden cabang tidak setara dalam wewenang dan tanggungjawab, begitu juga panggilan presiden pancang dan presiden daerah. Uskup adalah jawatan dalam imamat, dan pentahbisan hanya diizinkan oleh Presidensi Utama. Presiden pancang dipanggil oleh Penguasa Umum dan Tujuh Puluh Kawasan.

0.6

Menghubungi Ibu Pejabat Gereja atau Pejabat Kawasan

Beberapa bab dalam buku panduan ini merangkumi arahan untuk menghubungi ibu pejabat Gereja atau pejabat kawasan. Arahan untuk menghubungi ibu pejabat Gereja hanya bagi mereka yang berada di Amerika Syarikat dan Kanada. Arahan untuk menghubungi pejabat kawasan adalah untuk mereka yang berada di luar Amerika Syarikat dan Kanada.