Buku Panduan dan Panggilan
34. Kewangan dan Audit


“34. Kewangan dan Audit,” Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (2020).

“34. Kewangan dan Audit,” Buku Panduan Umum.

34.

Kewangan dan Audit

34.9

Audit

34.9.5

Kehilangan, Kecurian, Penyelewengan atau Penyalahgunaan Dana Gereja

Jika dana Gereja hilang atau dicuri, atau jika seorang pemimpin telah menyeleweng atau salah guna dana Gereja, presiden pancang atau pengerusi komiti audit pancang harus diberitahu dengan segera. Dia memberitahu Jabatan Pengauditan Gereja (atau pengawal kawasan jika unit itu berada di luar Amerika Syarikat dan Kanada). Jabatan Audit Gereja (atau pengawal kawasan) menghantar satu borang laporan kehilangan kepada presiden pancang atau pengerusi komiti audit. Di bawah arahan Jabatan Pengauditan Gereja (atau pengawal kawasan), presiden pancang atau pengerusi komiti audit memastikan bahawa hal itu disiasat dengan teliti dan borang kehilangan dilengkapkan dan dihantar dengan betul.

Jika satu penyalahgunaan dana besar ditemui, presiden pancang atau pengerusi komiti audit juga memberitahu Presidensi Kawasan.