Kitab Suci
Moroni 2


Bab 2

Yesus memberi kedua belas pengikut bangsa Nefi kuasa untuk menganugerahkan kurniaan Roh Kudus. Kira-kira 401–421 tahun M.

1 Firman Kristus, yang telah Dia ucapkan kepada apara pengikut-Nya, dua belas orang tersebut yang telah dipilih-Nya, sambil Dia meletakkan tangan-Nya ke atas diri mereka—

2 Dan Dia memanggil mereka dengan nama, memfirmankan: Kamu akan meminta kepada Bapa dalam nama-Ku, dalam doa yang membara; dan setelah kamu melakukan ini kamu akan memiliki akuasa agar kepadanya yang kamu akan letakkan btangan-tanganmu, ckamu akan memberikan Roh Kudus; dan di dalam nama-Ku kamu akan memberikannya, kerana begitulah yang dilakukan oleh para rasul-Ku.

3 Sekarang, Kristus memfirmankan firman ini kepada mereka pada waktu kemunculan diri-Nya yang pertama; dan orang ramai tersebut tidak mendengarnya, tetapi para pengikutnya telah mendengarnya; dan seberapa ramai yang ke atas diri mereka telah mereka aletakkan tangan mereka, turunlah Roh Kudus kepada mereka.