Bantuan Pengkajian
10. Adam-ondi-Ahman


10. Adam-ondi-Ahman

Imej
foto 10

Memandang ke selatan di lembah Adam-ondi-Ahman, sebuah lembah yang aman, dan indah berlokasi di barat daya Missouri berdekatan dengan komuniti Galatin.

Peristiwa Penting: Tiga tahun sebelum dia mati, Adam memanggil keturunannya yang soleh ke lembah ini dan mengurniakan berkat terakhir kepada mereka (A&P 107:53–56). Pada 1838 Adam-ondi-Ahman adalah tempat tinggal bagi antara 500 dan 1,000 Orang Suci Zaman Akhir. Para Orang Suci meninggalkan tempat tinggal ini apabila diusir dari Missouri. Sebelum Kedatangan Kedua Kristus dalam kemuliaan, Adam dan keturunannya yang soleh, termasuk para Orang Suci seluruh zaman keagamaan, akan berkumpul kembali di lembah ini untuk bertemu dengan Juruselamat. (Dan. 7:9–10, 13–14; A&P 27; 107:53–57; 116).