Bantuan Pengkajian
TJS, Galatia 3


TJS, Galatia 3:19–20. Bandingkan dengan Galatia 3:19–20

Musa ialah pengantara bagi perjanjian yang pertama. Yesus Kristus ialah pengantara bagi perjanjian yang baru.

19 Maka oleh itu, hukum itu ditambah kerana pelanggaran, sehinggalah keturunan itu akan datang kepada dia yang mana janji itu telah dibuat di dalam hukum yang diberikan kepada Musa, yang telah ditahbiskan oleh tangan para malaikat untuk menjadi pengantara bagi perjanjian suci yang pertama ini, (hukum itu.)

20 Sekarang pengantara ini bukanlah pengantara bagi perjanjian baru; tetapi terdapat seorang pengantara bagi perjanjian baru itu, iaitu Kristus, seperti yang tertulis di dalam hukum tentang janji-janji yang dibuat kepada Abraham dan keturunannya. Sekarang Kristus ialah pengantara kehidupan; kerana ini adalah janji yang Tuhan buat kepada Abraham.