Bantuan Pengkajian
TJS, Ibrani 6


TJS, Ibrani 6:1–10. Bandingkan dengan Ibrani 6:1–10

Asas-asas ajaran Kristus menuntun pada kesempurnaan.

1 Oleh kerana itu dengan tidak meninggalkan asas-asas ajaran Kristus, marilah kita menuju kepada kesempurnaan; tidak lagi melandaskan pertaubatan pada pekerjaan-pekerjaan yang mati, dan iman kepada Tuhan.

2 Tentang ajaran pembaptisan, tentang perletakan tangan, dan tentang kebangkitan orang mati, dan tentang penghakiman abadi.

3 Dan kita akan terus menuju kepada kesempurnaan jika Tuhan mengizinkan.

4 Kerana Dia telah menjadikannya mustahil bagi mereka yang dahulunya diterangi, dan telah merasakan kurniaan syurgawi, dan dijadikan pengambil bahagian dari Roh Kudus,

5 Dan telah merasakan firman Tuhan yang baik, dan kekuasaan dari dunia yang akan datang,

6 Jika mereka jatuh, untuk diperbaharui lagi pada pertaubatan; kerana mereka telah menyalibkan Putera Tuhan dalam diri mereka, dan mengaibkan-Nya secara terbuka.

7 Kerana hari itu akan datang bahawa tanah yang meresap air hujan yang selalu turun ke atasnya, dan menumbuhkan herba-herba sesuai untuk mereka yang tinggal di dalamnya, yang ditanam oleh mereka sendiri, yang sekarang menerima berkat-berkat daripada Tuhan, akan dibersihkan dengan api.

8 Kerana apa yang berduri dan beronak akan dibuang, dan tidak lama lagi akan dikutuk; oleh kerana itu mereka yang tidak menghasilkan buah-buah yang baik, akan dicampakkan ke dalam api; kerana akhir hidup mereka adalah untuk dibakar.

9 Tetapi, saudara-saudara yang terkasih, kami yakin bahawa kamu mempunyai sesuatu yang lebih baik, dan yang mendatangkan keselamatan, walaupun kami berkata demikian.

10 Kerana Tuhan bukanlah tidak soleh, oleh kerana itu Dia tidak akan melupakan pekerjaanmu dan usaha yang penuh kasih, yang telah kamu tunjukkan pada nama-Nya, dengan itu kamu telah melayani orang-orang suci itu, dan masih melayani.