Bantuan Pengkajian
TJS, Yakobus 2


TJS, Yakobus 2:1. Bandingkan dengan Yakobus 2:1

Para anggota tidak seharusnya menganggap satu orang lebih tinggi daripada yang lain.

1 Para saudaraku, kamu tidak boleh memiliki iman terhadap Tuhan Yesus Kristus, Tuhan kemuliaan, namun pilih kasih kepada orang lain.

TJS, Yakobus 2:14–21. Bandingkan dengan Yakobus 2:14–22

Iman tanpa pekerjaan adalah mati dan tidak boleh menyelamatkan.

14 Apakah untungnya, para saudaraku, bagi seseorang untuk mengatakan dia memiliki iman, dan tidak mempunyai pekerjaan? Bolehkah iman menyelamatkan dia?

15 Ya, seseorang itu mungkin berkata, aku akan menunjukkan kepadamu aku memiliki iman tanpa pekerjaan; tetapi aku berkata, Tunjukkanlah imanmu tanpa pekerjaan, dan aku akan menunjukkan kepadamu imanku melalui pekerjaanku.

16 Kerana jika seorang saudara lelaki atau perempuan telanjang dan miskin, dan salah seorang daripadamu berkata, Pergilah dengan damai, panaskanlah dirimu dan makanlah; akan tetapi tidak memberikan apa yang diperlukan oleh tubuh itu; apakah untungnya imanmu itu kepada yang sedemikian?

17 Bahkan juga iman, jika ia tidak mempunyai pekerjaan adalah mati, kerana sendirian.

18 Oleh kerana itu adakah kamu tahu, Wahai manusia yang sombong, bahawa iman tanpa pekerjaan adalah mati dan tidak dapat menyelamatkanmu?

19 Engkau percaya adanya satu Tuhan; engkau melakukannya dengan baik; para iblis juga percaya, dan mengigil; engkau telah menjadikan dirimu seperti mereka, tidak dipersolehkan.

20 Bukankah Abraham bapa kita dipersolehkan melalui pekerjaan, semasa dia menawarkan Ishak anak lelakinya di atas altar?

21 Lihatkah engkau bagaimana pekerjaan dihasilkan oleh imannya, dan melalui pekerjaan iman disempurnakan?