Bantuan Pengkajian
TJS, Mazmur 11


TJS, Mazmur 11:1–5. Bandingkan dengan Mazmur 11:1–5

Pada hari-hari terakhir para orang soleh akan pergi ke gunung Tuhan. Apabila Tuhan datang, Dia akan menghancurkan yang jahat dan menyelamatkan yang soleh.

1 Pada hari itu engkau akan datang, Ya Tuhan; dan aku akan meletakkan kepercayaanku kepada-Mu. Engkau akan berfirman kepada para umat-Mu, kerana telingaku telah mendengar suara-Mu; Engkau akan berfirman kepada setiap jiwa, Pergilah ke gunung-Ku; dan yang soleh akan pergi seperti seekor burung yang dibebaskan dari genggaman penjeratnya.

2 Kerana yang jahat membengkokkan busur mereka; lihatlah, mereka menyediakan anak panah mereka di tali panah, agar mereka boleh memanah hati mereka yang benar, untuk menghancurkan landasan mereka.

3 Tetapi landasan-landasan mereka yang jahat akan dihancurkan dan apakah yang mampu mereka lakukan?

4 Kerana Tuhan, apabila Dia akan datang ke dalam bait suci-Nya yang kudus, duduk di atas taktha Tuhan di Syurga, mata-Nya akan menembusi yang jahat.

5 Lihatlah kelopak mata-Nya akan menguji anak-anak manusia, dan dia akan menyelamatkan yang soleh, dan mereka akan diuji. Tuhan mengasihi yang soleh, tetapi kepada yang jahat, dan dia yang sukakan keganasan, dibenci oleh-Nya.