Bantuan Pengkajian
TJS, Roma 3


TJS, Roma 3:5–8. Bandingkan dengan Roma 3:5–8

Paulus mengajarkan bahawa seseorang itu tidak boleh melakukan kejahatan untuk membawa kebaikan.

5 Tetapi jika kita tetap tinggal di dalam ketidaksolehan kita dan memuji kesolehan Tuhan, beranikah kita mengatakan, Tuhan itu tidak soleh yang membalas dendam? (aku berkata sebagai seorang lelaki yang takutkan Tuhan)

6 Sekali-kali tidak; kerana jika demikian bagaimanakah Tuhan akan menghakimi dunia ini?

7 Kerana jikalau kebenaran Tuhan telah tersebar luas melalui pembohonganku, (seperti yang dianggap oleh bangsa Yahudi itu,) pada kemuliaannya; mengapakah aku dihakimi sebagai seorang pendosa? Dan tidak diterima? Kerana kami dilaporkan secara fitnah;

8 Dan ada yang menegaskan bahawa kami mengatakan, (merekalah yang akan dilaknat dengan adil,) Marilah kita melakukan kejahatan agar kebaikan dapat datang. Tetapi ini adalah salah.