Kitab Suci
Abraham 5


Bab 5

Para Tuhan menyelesaikan rancangan Mereka tentang penciptaan segala sesuatu—Mereka melaksanakan Penciptaan menurut rancangan-rancangan Mereka—Adam menamakan setiap makhluk hidup.

1 Dan demikianlah Kita akan menghabiskan langit dan bumi, dan segala isinya.

2 Dan para Tuhan berkata di antara sesama sendiri: Pada waktu aketujuh Kita akan mengakhiri pekerjaan kita, yang telah bincangkan; dan Kita akan beristirahat pada waktu ketujuh dari semua pekerjaan kita yang telah kita bincangkan.

3 Dan para Tuhan selesai pada waktu ketujuh, kerana pada waktu ketujuh mereka akan aberistirahat dari semua pekerjaan mereka yang telah mereka (para Tuhan) bincangkan di antara sesame sendiri untuk membentuk; dan bmenguduskannya. Dan demikianlah keputusan-keputusan mereka pada waktu semasa mereka berbincang di antara sesama sendiri untuk membentuk langit dan bumi.

4 Dan para Tuhan turun dan membentuk peringkat-peringkat langit dan bumi ini, semasa mereka dibentuk pada hari para Tuhan tersebut membentuk bumi dan langit,

5 Menurut semua yang telah mereka firmankan mengenai setiap tanaman di padang asebelum ianya berada di bumi, dan setiap tumbuhan di padang sebelum ianya tumbuh; kerana para Tuhan belum menyebabkan hujan turun ke atas bumi semasa mereka berbincang untuk melakukannya, dan belum membentuk seorang manusia untuk mengerjakan tanah.

6 Tetapi datanglah suatu kabus dari tanah, dan mengairi seluruh permukaan tanah.

7 Dan apara Tuhan membentuk manusia dari bdebu tanah, dan membawa crohnya (iaitu, roh manusia), dan menempatkannya ke dalam dirinya; dan menghembuskan nafas kehidupan ke dalam lubang hidungnya, dan manusia menjadi suatu djiwa yang hidup.

8 Dan para Tuhan menanam sebuah taman, di bahagian timur aEden, dan di sana mereka menempatkan lelaki itu, yang mana rohnya telah ditempatkan oleh mereka ke dalam tubuh yang mereka telah bentukkan itu.

9 Dan dari tanah para Tuhan menjadikan setiap pokok yang mencantikkan pandangan dan baik sebagai makanan untuk tumbuh; apokok kehidupan, juga, berada di tengah-tengah taman, dan pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.

10 Ada sebuah sungai mengalir dari Eden, untuk mengairi taman itu, dan dari sana ia terbahagi dan menjadi empat hulu.

11 Dan para Tuhan membawa lelaki itu dan menempatkannya di dalam Taman Eden, untuk mengolah dan untuk memeliharanya.

12 Dan para Tuhan memerintahkan lelaki itu, memfirmankan: Dari setiap pokok di taman ini engkau boleh makan dengan bebas,

13 Tetapi dari pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat, janganlah engkau memakannya; kerana pada saat engkau memakannya, engkau pasti akan mati. Sekarang aku, Abraham, melihat bahawa perkara itu terjadi menurut awaktu Tuhan, yang menurut waktu bKolob; kerana para Tuhan belum menentukan lagi pengiraannya kepada Adam.

14 Dan para Tuhan berfirman: Marilah kita menjadikan seorang penolong bagi lelaki itu, kerana tidaklah baik bagi lelaki itu seorang diri, oleh kerana itu Kita akan membentuk seorang penolong yang sesuai baginya.

15 Dan para Tuhan menyebabkan tidur yang nyenyak kepada aAdam; dan dia tertidur, dan Mereka mengambil salah satu daripada tulang-tulang rusuknya, dan menutup kembali dagingnya;

16 Dan dari tulang rusuk yang telah diambil oleh para Tuhan daripada lelaki itu, mereka membentuk seorang aperempuan, dan membawanya kepada lelaki itu.

17 Dan Adam berkata: Inilah tulang daripada tulang-tulangku, dan daging daripada dagingku; sekarang dia akan dinamakan Perempuan, kerana dia diambil daripada lelaki;

18 Oleh kerana itu seorang lelaki akan meninggalkan bapa dan ibunya, dan akan aberpaut teguh kepada isterinya, dan mereka akan menjadi bsatu daging.

19 Dan mereka berdua telanjang, lelaki itu dan isterinya, dan tidak malu.

20 Dan dari tanah para Tuhan telah membentuk setiap binatang di padang, dan setiap burung di udara, dan membawa mereka kepada Adam untuk melihat apa yang akan dia namakan mereka; dan apa pun yang Adam namakan kepada setiap makhluk hidup, itulah yang akan menjadi namanya.

21 Dan Adam memberi nama-nama kepada semua haiwan ternak, kepada burung di udara, kepada setiap binatang di padang; dan bagi Adam, telah ada seorang penolong yang sesuai baginya.