Kitab Suci
Musa 8


Bab 8

(Februari 1831)

Metusalah bernubuat—Nuh dan anak-anaknya mengkhutbahkan Injil—Kejahatan besar berkuasa—Seruan untuk pertaubatan tidak diendahkan—Tuhan menetapkan kehancuran semua manusia melalui Air Bah.

1 Dan seumur hidup Henokh adalah empat ratus tiga puluh tahun.

2 Dan terjadilah bahawa Metusalah, anak lelaki Henokh, tidak diambil, agar perjanjian-perjanjian Tuhan boleh digenapi, yang telah Dia buat dengan Henokh; kerana Dia benar-benar berjanji dengan Henokh bahawa Nuh akan menjadi buah auratnya.

3 Dan terjadilah bahawa Metusalah bernubuat bahawa dari auratnya akan datang semua kerajaan di bumi (melalui Nuh), dan dia mengambil kemuliaan bagi dirinya sendiri.

4 Dan datanglahlah suatu bencana kebuluran yang besar ke tanah itu, dan Tuhan mengutuk tanah itu dengan suatu kutukan yang parah, dan banyak penduduknya mati.

5 Dan terjadilah bahawa Metusalah telah hidup seratus lapan puluh tujuh tahun, dan melahirkan Lamekh;

6 Dan Metusalah hidup, selepas dia melahirkan Lamekh, tujuh ratus lapan puluh dua tahun, dan melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan;

7 Dan seumur hidup Metusalah adalah sembilan ratus enam puluh sembilan tahun, dan dia meninggal.

8 Dan Lamekh hidup seratus lapan puluh dua tahun, dan melahirkan seorang anak lelaki.

9 Dan dia memanggil namanya Nuh, mengatakan: Anak ini akan membantu kita dalam pekerjaan dan usaha keras kita kerana Tuhan telah mengutuk tanah ini.

10 Dan Lamekh hidup, selepas dia melahirkan Nuh, lima ratus sembilan puluh lima tahun, dan melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan;

11 Dan seumur hidup Lamekh adalah tujuh ratus tujuh puluh tujuh tahun, dan dia meninggal.

12 Dan Nuh berumur empat ratus lima puluh tahun, dan melahirkan Yafet; dan empat puluh dua tahun selepas itu ibu Yafet melahirkan Sem, dan semasa dia berumur lima ratus tahun dia melahirkan Ham.

13 Dan Nuh dan anak-anak lelakinya mendengar kepada Tuhan, dan mendengar, dan mereka dipanggil anak-anak Tuhan.

14 Dan apabila orang-orang ini mula bertambah di atas permukaan bumi, dan mereka melahirkan anak perempuan, para anak manusia melihat bahawa anak-anak perempuan itu cantik, dan mereka mengambil mereka sebagai isteri, bahkan menurut pilihan mereka.

15 Dan Tuhan berfirman kepada Nuh: Anak-anak perempuan daripada anak-anak lelakimu telah menjual diri mereka sendiri; kerana lihatlah kemarahan-Ku ternyala terhadap para anak manusia, kerana mereka tidak mahu mendengar suara-Ku.

16 Dan terjadilah bahawa Nuh bernubuat, dan mengajarkan hal-hal tentang Tuhan, bahkan seperti sejak dari permulaan.

17 Dan Tuhan berfirman kepada Nuh: Roh-Ku tidak akan selalu berusaha mempengaruhi manusia, kerana dia akan mengetahui bahawa semua yang fana akan mati; namun hayatnya akan mencecah seratus dua puluh tahun; dan jika manusia tidak bertaubat, Aku akan mengirimkan air bah ke atas mereka.

18 Dan pada zaman itu terdapat gergasi di atas bumi, dan mereka mencari Nuh untuk mengambil nyawanya; tetapi Tuhan bersama Nuh, dan kuasa Tuhan berada padanya.

19 Dan Tuhan mentahbiskan Nuh menurut tarekat-Nya, dan memerintahkannya agar dia harus pergi dan memaklumkan Injil-Nya kepada anak-anak manusia, bahkan seperti yang diberikan kepada Henokh.

20 Dan terjadilah bahawa Nuh meminta kepada anak-anak manusia agar mereka seharusnya bertaubat; tetapi mereka tidak mendengarkan perkataannya;

21 Dan juga, selepas mereka mendengarnya, mereka datang ke hadapannya, mengatakan: Lihatlah, kami adalah anak-anak Tuhan; bukankah kami telah mengambil anak-anak perempuan manusia untuk diri kami? Dan bukankah kami makan dan minum, dan berkahwin dan dikahwini? Dan para isteri kami melahirkan anak-anak kami, dan mereka ialah para lelaki perkasa, seperti para lelaki dahulu, para lelaki dengan kemasyhuran besar. Dan mereka tidak mendengar kepada perkataan Nuh.

22 Dan Tuhan melihat bahawa kejahatan manusia telah menjadi besar di bumi; dan setiap orang terangkat dalam khayalan fikiran hatinya, yang hanya merupakan kejahatan yang berterusan.

23 Dan terjadilah bahawa Nuh meneruskan pengkhutbahannya kepada orang-orang itu, mengatakan: Dengarlah, dan endahkanlah perkataanku;

24 Percayalah dan bertaubatlah dari dosa-dosamu dan dibaptiskanlah dalam nama Yesus Kristus, Putera Tuhan, bahkan seperti para moyang kita, dan kamu akan menerima Roh Kudus, agar segala hal boleh dinyatakan kepadamu; dan jika kamu tidak melakukan ini, air bah akan datang kepadamu; walaupun demikian mereka tidak mendengar.

25 Dan Nuh berasa sesal, dan hatinya sedih bahawa Tuhan telah menciptakan manusia di atas bumi, dan hatinya menjadi pilu.

26 Dan Tuhan berfirman: Aku akan menghancurkan manusia yang Aku telah ciptakan, dari permukaan bumi, baik manusia mahupun binatang, dan makhluk yang merayap, dan burung di udara; kerana itu Nuh berasa sesal bahawa Aku telah menciptakan mereka, dan bahawa Aku telah menjadikan mereka; dan dia telah memohon kepada-Ku; kerana mereka telah mengancam nyawanya.

27 Dan demikianlah Nuh menemui rahmat di mata Tuhan; kerana Nuh ialah seorang yang adil, dan sempurna dalam generasinya; dan dia berjalan bersama Tuhan, seperti juga tiga orang anak lelakinya, Sem, Ham, dan Yafet.

28 Bumi merosak di hadapan Tuhan, dan ianya dipenuhi dengan keganasan.

29 Dan Tuhan memandang bumi, dan, lihatlah, ianya merosak, kerana semua makhluk telah menjalani hidup yang rosak di atas bumi.

30 Dan Tuhan berfirman kepada Nuh: Waktu pemusnahan semua makhluk telah tiba di hadapan-Ku, kerana bumi dipenuhi dengan keganasan, dan lihatlah Aku akan menghancurkan semua makhluk dari seluruh bumi.