Bantuan Pengkajian
Pembaptisan, Membaptis


Pembaptisan, Membaptis

Perkataan yang digunakan dalam teks Yunani asli yang bermaksud ā€œcelupā€ atau ā€œtenggelam.ā€ Pembaptisan dengan pencelupan di dalam air oleh seorang yang memiliki wewenang merupakan permulaan tatacara Injil dan adalah perlu untuk menjadi seorang anggota Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Ia dilakukan selepas iman pada Yesus Kristus dan pertaubatan. Ia kemudiannya diikuti dengan penerimaan kurnia Roh Kudus untuk menjadi lengkap (2Ā Ne. 31:13ā€“14). Pembaptisan melalui air dan Roh adalah perlu sebelum seseorang dapat memasuki kerajaan selestial. Adam adalah orang yang pertama dibaptiskan (Musa 6:64ā€“65). Yesus juga telah dibaptiskan untuk menggenapi segala kebenaran dan untuk menunjukkan jalan bagi semua umat manusia (Mat. 3:13ā€“17; 2Ā Ne. 31:5ā€“12).

Oleh kerana semua yang berada di bumi tidak mempunyai peluang untuk menerima Injil semasa kefanaan, Tuhan telah memberi izin pembaptisan melalui perwakilan bagi orang mati. Oleh kerana itu, mereka yang menerima Injil di dunia roh dapat layak memasuki kerajaan Tuhan.

Kepentingan

Pembaptisan dengan pencelupan

Pembaptisan untuk pengampunan dosa-dosa

Wewenang yang wajar

Kelayakan untuk pembaptisan

Perjanjian yang dibuat melalui pembaptisan

Pembaptisan untuk orang mati

Pembaptisan bukan untuk bayi