2017
Bersenjatakan Kesolehan
March 2017


Pesanan Presidensi Utama, Mac 2017

Bersenjatakan Kesolehan

Nabi Tuhan di dunia, Presiden Thomas S. Monson, telah menyatakan, “Hari ini, kita berkhemah menentang pelbagai jenis dosa, maksiat dan kejahatan yang pernah dikumpulkan di hadapan mata kita.”1

Adakah anda akan terkejut mengetahui bahawa Presiden Monson menutur perkataan-perkataan itu 50 tahun dahulu? Jika kita berkhemah menentang pelbagai jenis kejahatan dahulu, berapa banyak lagi kejahatan menggugat kita hari ini? Untuk sebab yang baik, Tuhan telah mengisytiharkan tentang zaman keagamaan kita, “Lihatlah, musuh bergabung” (A&P 38:12).

Peperangan di mana “kita terpadu”2 bermula sebelum kita dilahirkan di dunia. Ia bermula sebelum dunia dicipta. Ia bermula beberapa ribu tahun dahulu di pra-fana, di mana Setan memberontak dan “berupaya untuk menghancurkan hak pilihan manusia” (Musa 4:3).

Setan kalah dalam peperangan itu dan “di usir keluar kepada dunia” (Wahyu 12:9), di mana dia menyambung peperangannya hari ini. Di dunia “dia memicu perang terhadap para orang suci Tuhan, dan mengepung di sekitar mereka” (A&P 76:29) dengan penipuan, kekeliruan dan godaan.

Dia berperang menentang nabi dan rasul. Dia berperang menentang hukum kemurnian ahklak dan kesucian perkahwinan. Dia berperang menentang keluarga dan bait suci. Dia berperang menentang apa yang baik, kudus, dan suci.

Bagaimana kita berperang dengan musuh sebegini? Bagaimana kita lawan kejahatan yang nampaknya menyelubungi dunia kita? Apakah perisai kita? Siapa sekutu kita?

Kuasa Anak Domba

Nabi Joseph Smith mengajar bahawa Setan mempunyai kuasa ke atas kita hanya pada kadar yang kita benarkan dia.3

Melihat zaman kita, Nefi “nampak kuasa Anak Domba Tuhan, bahawa ia turun ke atas orang suci gereja Anak Domba, dan ke atas umat perjanjian Tuhan, yang telah dicerai-beraikan ke seluruh permukaan bumi; dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung” (1 Nefi 14:14; penekanan ditambah).

Bagaimana kita boleh bersenjatakan diri kita dengan kesolehan dan kuasa? Kita menguduskan hari Sabat dan menghormati imamat. Kita membuat dan menyimpan perjanjian kudus, membuat sejarah keluarga, dan menghadiri bait suci. Kita berusaha secara berterusan untuk bertaubat dan mengaku kepada Tuhan untuk “kenakanlah darah korban tebusan Kristus agar kami boleh menerima pengampunan akan dosa-dosa kami” (Mosia 4:2). Kita berdoa dan melayani dan bersaksi dan beriman kepada Yesus Kristus.

Kita juga bersenjatakan diri kita dengan kesolehan dan kuasa apabila kita “simpanlah baik-baik dalam fikiranmu secara berkelanjutan firman kehidupan” (A&P 84:85). Kita menyimpan perkataan itu dengan keasyikan kita dalam kitab suci dan dalam ayat daripada hamba pilihan Tuhan, yang akan berkongsi firman, fikiran dan suara-Nya (lihat A&P 68:4) semasa persidangan umum bulan depan.

Dalam peperangan kita menentang kejahatan, kita harus sentiasa ingat bahawa kita mempunyai pertolongan daripada kedua-dua bahagian tirai. Sekutu kita termasuk, Tuhan Bapa yang Abadi, Tuhan Yesus Kristus, dan Roh Kudus.

Sekutu kita juga termasuk tentera syurga yang tidak terlihat. “Janganlah takut,” Elisa memberitahu lelaki muda yang takut apabila mereka berdepan tentera kejahatan “yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka” (lihat 2 Raja-Raja 6:15-16).

Kita tidak perlu takut. Tuhan menyayangi para orang Suci-Nya. Dia tidak akan meninggalkan kita.

Saya mengetahui bahawa Tuhan, dalam jawapan kepada doa, telah memenuhi permintaan saya untuk membebaskan saya daripada kejahatan. Saya bersaksi bahawa dengan pertolongan Tuhan Bapa, Juruselamat dunia, dan Roh Kudus, kita boleh yakin bahawa kita akan di beri kuasa lebih daripada yang di perlukan untuk menahan apa sahaja kuasa kejahatan yang kita hadapi.

Semoga kita selalu bersenjatakan kesolehan supaya kita mempunyai keyakinan dalam kemenangan yang muktamad.

Nota

  1. Thomas S. Monson, “Correlation Brings Blessings,” Majalah Lembaga Pertolongan, Apr. 1967, 247.

  2. “Kita Terpadu,” Lagu Rohani no.119

  3. Lihat Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 214.