2017
Kuasa Yesus Kristus yang Membolehkan dan Korban Tebusan-Nya
March 2017


Pesanan Pengajar Berkunjung, Mac 2017

Kuasa Yesus Kristus yang Membolehkan dan Korban Tebusan-Nya

Kaji bahan pengajaran ini dengan berdoa dan cari inspirasi untuk mengetahui apa yang harus dikongsi. Bagaimana dengan memahami tujuan Lembaga Pertolongan menyediakan para puteri Tuhan untuk berkat kehidupan abadi?

Imej
Relief Society seal

Iman, Keluarga, Pertolongan

“Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan” (Filipi 4:13). “Walaupun kita semua mempunyai kelemahan, kita boleh mengatasinya,” kata Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama. “Sesungguhnya adalah dengan rahmat Tuhan bahawa jika kita merendahkan hati dan beriman, hal-hal yang lemah boleh menjadi kuat.”1

Juruselamat kita berkata dalam Ajaran dan Perjanjian, “Aku akan pergi di hadapan mukamu. Aku akan berada pada sisi kananmu dan pada sisi kirimu, dan Roh-Ku akan berada dalam hatimu, dan para malaikat-Ku di sekitarmu, untuk menopangmu” (A&P 84:88).

“Nefi adalah contoh seseorang yang tahu, faham, dan bergantung pada kuasa membolehkan Juruselamat,” kata Elder David A. Bednar dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Abang-abang Nefi mengikatnya dengan tali dan merancang kemusnahan dia. Sila ambil perhatian kepada doa Nefi: ‘Ya Tuhan, menurut imanku kepada-Mu, sudikah Engkau melepaskan aku dari tangan saudara-saudaraku; ya, bahkan memberi aku kekuatan agar aku dapat memutuskan ikatan ini dengan mana aku diikat.(1 Nefi 7:17; penekanan ditambah).

“… Nefi tidak berdoa supaya keadaan dia di ubah. Tetapi, dia berdoa untuk kekuatan menukar keadaan dia. Dan saya percaya dia berdoa dalam cara ini secara tepat kerana dia tahu, faham dan mempunyai pengalaman kuasa Korban Tebusan yang membolehkan.

“Saya tidak rasa bahawa ikatan dengan mana Nefi diikat telah jatuh secara magis daripada tangan daripada dan pergelangan tangannya. Tetapi, Saya mengesyaki bahawa dia diberkati dengan kegigihan dan kekuatan peribadi melebihi kapasiti semula jadinya, yang dia kemudian ‘dalam kekuatan Tuhan’ (Mosia 9:17) memulas dan menarik tali itu, dan akhirnya dan secara harafiah dapat memutuskan tali tersebut,”2

Tulisan suci dan Maklumat Tambahan

Yesaya 41:10Eter 12:27 reliefsociety.lds.org

Nota

  1. Dieter F. Uchtdorf, “Kurniaan Rahmat” Liahona, Mei 2015, 108.

  2. David A. Bednar, “Strength beyond Our Own,” New Era, Mar. 2015, 4.