Buku Panduan dan Panggilan
0. Pengenalan Keseluruhan


“0. Pengenalan Keseluruhan,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“0. Pengenalan Keseluruhan,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

0.

Pengenalan Keseluruhan

0.0

Pengenalan

Tuhan berfirman, “Biarlah setiap lelaki mempelajari tugasnya, dan bertindak dalam jawatan yang telah ditetapkan kepadanya, dengan penuh ketekunan” (Ajaran dan Perjanjian 107:99). Sebagai pemimpin Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, anda harus mencari wahyu peribadi untuk membantu anda belajar dan memenuhi tanggungjawab panggilan anda.

Mengkaji tulisan suci dan ajaran-ajaran nabi zaman akhir akan membantu anda memahami dan memenuhi tanggungjawab anda. Semasa anda mengkaji firman Tuhan, anda akan lebih terbuka kepada pengaruh Roh (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:85).

Anda juga boleh mengenali tugas anda dengan mengkaji arahan dalam buku panduan ini. Arahan ini dapat menjemput wahyu jika ia digunakan untuk menyediakan pemahaman tentang asas, polisi, dan prosedur untuk diterapkan ketika mencari bimbingan Roh.

0.1

Buku Panduan

Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menyediakan panduan bagi para pemimpin Gereja umum dan tempatan.

Tajuk dan tajuk kecil dalam buku panduan ini diberi nombor untuk memudahkan pencarian topik dan rujukkan. Contohnya, arahan tentang siapa yang boleh dimeteraikan dalam bait suci ada dalam 27.3.1. Nombor 27 merujuk kepada bab, nombor 3 merujuk kepada bahagian dalam bab tersebut, dan nombor 1 merujuk kepada bahagian kecil.

0.2

Penyesuaian dan Sumber-sumber Pilihan

Tidak semua pancang dan bahagian mempunyai keperluan yang sama.

Pemimpin mencari ilham tentang panduan dan sumber-sumber pilihan untuk memenuhi keperluan para ahli.

0.4

Soalan tentang Arahan

Apabila timbul soalan-soalan yang tidak dijawab dalam tulisan suci, kata-kata para nabi hidup, atau dalam buku panduan ini, ahli Gereja harus bergantung pada perjanjian mereka dengan Tuhan, nasihat pemimpin tempatan mereka, dan ilham Roh untuk bimbingan.

Sekiranya pemimpin mempunyai pertanyaan mengenai maklumat dalam buku panduan ini atau mengenai masalah yang tidak dapat ditangani, mereka boleh berunding dengan pemimpin terdekat mereka.

0.5

Istilah

Kecuali jika dinyatakan sebaliknya:

  • Istilah uskup dan lembaga uskup dalam buku panduan ini juga merujuk kepada presiden cabang dan presidensi cabang. Istilah presiden pancang dan presidensi pancang juga merujuk kepada presiden daerah dan presidensi daerah. Untuk ringkasan perbezaan di antara wewenang presiden daerah dan presiden pancang, lihat 6.3.

  • Rujukan kepada bahagian dan pancang secara umum juga digunakan untuk cabang, daerah, dan misi.

  • Rujukan untuk hari Ahad digunakan untuk apa pun hari Sabat yang ditentukan secara tempatan.

  • Istilah unit merujuk kepada bahagian dan cabang.

  • Rujukan untuk ibu bapa turut digunakan untuk penjaga yang sah.

Panggilan uskup dan presiden cabang tidak setara dalam wewenang dan tanggungjawab, begitu juga panggilan presiden pancang dan presiden daerah. Uskup adalah jawatan dalam imamat, dan pentahbisan hanya diizinkan oleh Presidensi Utama. Presiden pancang dipanggil oleh Penguasa Umum dan Tujuh Puluh Kawasan.

0.6

Menghubungi Ibu Pejabat Gereja atau Pejabat Kawasan

Beberapa bab dalam buku panduan ini merangkumi arahan untuk menghubungi ibu pejabat Gereja atau pejabat kawasan. Arahan untuk menghubungi ibu pejabat Gereja hanya bagi mereka yang berada di Amerika Syarikat dan Kanada. Arahan untuk menghubungi pejabat kawasan adalah untuk mereka yang berada di luar Amerika Syarikat dan Kanada.