Buku Panduan dan Panggilan
Menggunakan Pilihan dari Buku Panduan Umum


“Menggunakan Pilihan dari Buku Panduan Umum,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023)

“Menggunakan Pilihan dari Buku Panduan Umum,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Menggunakan Pilihan dari Buku Panduan Umum

Pilihan dari Buku Panduan Umum ialah kompilasi arahan paling penting dari Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang penuh. Ia adalah untuk pemimpin yang:

  • Tiada akses kepada buku panduan penuh dalam bahasa pilihan mereka.

  • Ingin menggunakan versi ringkasan Panduan Umum.

Bab, bahagian dan nombor kecil dalam Pilihan dari Buku Panduan Umum padan dengan nombor Buku Panduan Umum penuh. Ia memudahkan rujukan silang dan perbandingan keduanya.

Nombor dalam Pilihan dari Buku Panduan Umum kadang kala akan melangkau nombor bahagian atau sub-bahagian dalam buku panduan penuh. Ini kerana versi ringkasan ini hanya mengekalkan kandungan buku panduan yang paling penting.

Walaupun Pilihan dari Buku Panduan Umum boleh menjawab kebanyakan soalan, pemimpin mungkin akan ada beberapa soalan yang tidak ditangani atau dijawab sepenuhnya. Dalam situasi ini, pemimpin boleh merujuk Buku Panduan Umum penuh jika ia tersedia dalam bahasa pilihan mereka. Pemimpin juga boleh berunding dengan wewenang pemimpin mereka untuk bimbingan.

Semoga Tuhan memberkati anda semasa anda menyertai-Nya dalam kerja penyelamatan dan permuliaan bagi anak-anak-Nya.

Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul